Blog Sabree Hussin

13 Perkara yang akan buat anda suka atau benci dengan pekerjaan anda sekarang

Tahukah anda, sekurang-kurangnya terdapat 13 perkara yang akan menentukan sama ada pekerjaan anda sekarang ni, akan jadi satu pengalaman bekerja yang menarik dan manakjubkan ataupun akan memberi anda pengalaman yang mengecewakan. Adakah anda suka dengan pekerjaan yang anda lakukan sekarang ni?

 

Bagi menilai sama ada pekerjaan yang kita lakukan sekarang ini benar-benar memberikan kepuasan (job satisfaction) seperti yang kita mahukan atau sebaliknya, saya nak mengajak anda untuk meneliti kesemua 13 poin yang bakal saya bincangkan sebentar lagi. Anda nak tahu apa dia ketiga belas-tiga belas poin tersebut? Jom teruskan pembacaan.

 

(1) Jadual kerja

Adakah jadual kerja anda mengikut waktu bekerja yang biasa, iaitu 8:00 am – 5:00 pm ataupun anda bekerja mengikut syif?

 

Kalau kerja syif ni, biasanya ada dua atau tiga syif. Syif pagi, syif petang dan juga syif malam. Mereka yang kerja ikut syif yang berbeza ni pula mempunyai hari cuti yang sentiasa berubah. Saya rasa kalau orang bujang sesuai la kerja ikut syif macam ni, tapi kalau yang dah berkeluarga akan terasa sedikit susah untuk ikut syif.

 

Ketika orang lain tengah bercuti, kita pulak kena bekerja. Orang lain syok dapat cuti waktu public holiday, kita pula kena kerja macam biasa. Memandangkan waktu cuti kita tak sama, selalunya kita akan dapat cuti sewaktu orang lain tengah bekerja. Kelebihannya ialah bila kita nak bershopping. Terasa shopping complex tu lengang je, sebab orang lain tengah kerja, kita tengah sibuk bershopping sakan.

 

Yang tak berapa syoknya ialah bila musim perayaan. Kadang-kadang kita susah nak dapat cuti pada hari yang sama waktu orang sedang bercuti.

 

(2) Job security

Adakah pekerjaan anda akan tetap wujud dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang? Dari apa yang saya dapat perhatikan, kebanyakkan pekerjaan yang available di pasaran pekerjaan kebanyakkannya adalah contract basis. Setiap tahun, ataupun mungkin setiap dua tahun, pekerja perlu renew contract tersebut, dan dalam situasi ini, pihak majikan dan pihak pekerja ada opsyen sama ada nak teruskan tandatangan kontrak yang baru atau tamatkan sahaja.

 

Disebabkan status kita bukannya permanent staff, maka agak sukar untuk kita merancang untuk pembelian aset yang mahal harganya. Sama ada nak beli rumah, kenderaan dan sebagainya.

 

Ada ketikanya, pihak bank akan luluskan pinjaman sekiranya kita telah bekerja melebihi 6 bulan ataupun dah melepasi tahap probation. Tapi selagi kita bergelar contract staff, selagi tu kita akan rasa kurang yakin nak buat loan. Betul tak?

 

(3) Lokasi tempat kita bekerja

Adakah tempat kerja kita terlalu jauh dengan tempat kita tinggal atau pun berdekatan. Atau mungkin untuk sesetengah orang, dia perlu sentiasa travel untuk menjalankan tugas masing-masing. Sama ada keperluan untuk travel tu disebabkan perlu buat site visit, jumpa klien dan sebagainya.

 

Ataupun boleh juga dilihat dari aspek lokasi kita dengan pasangan kita. Adakah disebabkan faktor kerja, kita terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan kita (isteri atau suami) masing-masing. Walaupun kerja gaji tinggi, namun cukup susah nak jumpa pasangan masing-masing. Jarak memisahkan. Seorang berada di Utara, manakala seorang lagi berada di selatan tanah air. Boleh tahan ke hidup berjauhan begitu? Sampai bila?

 

(4) Pengurusan dan ketua pasukan

Sesetengah syarikat ada mengamalkan sistem kerja berkumpulan dan dalam setiap kumpulan akan dilantik seorang ketua yang biasanya kita panggil sebagai Team Leader (TL). Dapatkah anda bekerjasama dalam sebuah pasukan, atau anda tak boleh nak bekerja bersama dengan TL tersebut.

 

Kalau semua orang dalam team boleh beri kerjasama dengan baik, tetapi tidak anda, bermakna yang bermasalah adalah anda, bukannya team tersebut.

 

(5) Bos!

Merujuk kepada individu yang berkuasa penuh keatas anda. Bagaimana agaknya sikap dan perwatakkan bos anda? Senang ke nak dapat approval untuk bercuti? Berapa banyak bebanan kerja yang diamanahkan kepada anda?

 

(6) Rakan sekerja

Rakan sekerja adalah individu yang paling rapat dengan kita. Kalau kita baik dengan rakan sekerja, maka suasana kerja juga akan jadi lebih baik.

 

Kadang-kadang kita boleh jadi kurang selesa dengan rakan sekerja. Contohnya tempat tu terlalu ramai orang cina, atau kebanyakkan pekerja adalah orang india, dan kita pulak satu-satunya orang melayu yang kerja kat situ. Situasi macam ni boleh wujudkan suasana yang kurang menyenangkan.

 

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung pada cara kita bawa diri.

 

(7) Benefits – cuti tahunan, medical check up, insentif, bonus, komisen dan sebagainya

Kalau bekerja untuk syarikat besar, selalunya memang tak ada masalah untuk kita nikmati kelebihan-kelebihan seperti ini. Walaubagaimanapun, ia masih lagi tetap bergantung kepada sejauh mana tahap efisien pihak pengurusan.

 

Saya sendiri pernah bekerja dengan syarikat yang besar dan mempunyai status MNC (Multi National Company). Namun disebabkan dalam kontrak saya adalah pekerja kontrak semata-mata, jadi tak banyak kelebihan yang saya dapat perolehi.

 

(8) Suasana kerja

Kita di Malaysia hidup dalam suasana berbilang bangsa. Tempat kita bekerja juga besar kemungkinan terdiri daripada pelbagai bangsa. Namun, apa yang penting ialah adakah dapat bekerja dalam suasana yang harmoni.

 

Pelbagai latar belakang, budaya, agama, bangsa dan sebagainya. Jika setiap orang pandai menjaga sensitiviti setiap orang, maka tak ada masalah. Namun kalau sebaliknya yang berlaku, ini akan menyebabkan persekitaran kerja jadi kurang kondusif.

 

(9) Gaji basic

Bagi fresh graduate, yang mempunyai ijazah, kebanyakkannya akan bermula dengan gaji sekitar RM1, 800 – RM2,500.

 

Ini adalah rate yang ditawarkan kepada saya dalam banyak syarikat yang saya pernah pergi interview. Ianya tidak begitu tinggi, namun tidak juga terlalu rendah. Hakikatnya, ramai lagi yang pendapatannya dibawah RM1,500 dan mereka terpaksa terima sahaja pendapatan sebegitu.

 

(10) Peluang untuk berkembang dalam syarikat

Kebiasaannya, kita akan masuk sebagai seorang executive. Selepas dua atau tiga tahun, adakah kita masih lagi seorang executive ataupun bakal dinaikkan pangkat.

 

(11) Latihan dan pembangunan diri

Sesetengah syarikat akan menghantar para staf untuk mengikuti program latihan, sama ada program latihan yang diadakan di tempat sendiri ataupun program latihan yang dilakukan di tempat-tempat tertentu.

 

Kalau dapat peluang macam ni, memang sangat digalakkan untuk ambil. Anda bukan sahaja bakal menerima latihan secara percuma, malahan anda dibayar untuk jadi lebih pandai.

 

(12) Reputasi syarikat

Adakah syarikat anda bekerja terkenal dan mudah dikenali? Biasa kalau kita bersama kawan-kawan, mesti akan ada je yang nak tanya, “weh ko keje kat mana sekarang?”

 

Kalau syarikat tempat anda bekerja mempunyai reputasi yang baik, dan dikenali, mudah untuk terus sebutkan nama syarikat tersebut. Contohnya

“Aku kerja dengan Lazada sekarang.”

“Aku kerja dengan Air Asia”

“Aku kerja kat Maybank”

 

Akan tetapi, jika syarikat tempat kita bekerja adalah syarikat kecil, dan ia kurang dikenali, mungkin agak sukar untuk kita share dengan kawan kita tu, apa benda sebenarnya yang kita buat di tempat kerja.

 

(13) Nilai syarikat

Kalau tadi kita dah lihat tentang reputasi syarikat, kali ini kita lihat pula nilai syarikat. Apa yang dimaksudkan dengan nilai syarikat itu ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan operasi syarikat. Adakah syarikat tempat kita bekerja mengamalkan sistem yang bertentangan dengan nilai-nilai yang kita pegang, sama ada nilai peribadi ataupun nilai keagamaan.

 

Kita tahu, sistem piramid itu salah. Jika syarikat amalkan sistem ini adakah kita masih tetap nak sokong syarikat. Ataupun, kita tahu syarikat kita bekerja selalu sangat tidak jujur pada pelanggan dalam kempen-kempen pemasaran. Menipu dan sebagainya. Jika kita terus berada dalam syarikat tersebut, kita juga akan turut dicap sebagai penipu.

 

Adakah sebarang kepuasan dalam bersekongkol dengan syarikat yang tak jujur? Pastinya jawapannya tidak.

 

Kesemua perkara ini adalah aspek yang akan digunakan untuk dibuat penilaian bagi mengetahui tahap kepuasan seseorang terhadap kerja yang sedang dilakukan. Anda juga boleh nilai tahap kepuasan anda terhadap kerja yang sedang anda lakukan sekarang ini. Lihat bagimana hasilnya. Adakah anda suka dengan pekerjaan anda tu? Jika ya, apa yang buatkan anda suka dan jika tak suka, boleh saya tahu, daripada 13 poin ini, poin yang mana satu yang buatkan anda tak suka dengan pekerjaan anda tu ya.

 

Terima kasih kerana membaca dan semoga bermanfaat.

 

 

Exit mobile version