Blog Sabree Hussin

10 sebab kenapa anda akan gagal buat duit walaupun sudah join Jobdirumah

Kalau anda menyangka, semua orang yang dah join Jobdirumah akan berjaya buat duit… ANDA SILAP! 

 

Bukan semua orang akan berjaya buat duit walaupun setelah mendapat bantuan dan belajar menerusi manual dan tutorial yang disediakan oleh pihak Jobdirumah. Apa yang membezakan antara orang yang berjaya buat duit dengan yang gagal buat duit ialah satu perkara ini sahaja, iaitu TINDAKAN.

 

Apa tindakan anda selepas mengetahui apa dia tips-tips dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membantu anda buat duit sebagai seorang freelancer? Kalau anda ambil tindakan, dan terus buat, boleh jadi anda akan dapat hasilnya.

 

Bila saya kata anda perlu bertindak, perlu buat sesuatu… maknanya anda perlu BEKERJA. Ya… Bekerja! Sama seperti anda bekerja di pejabat. Bezanya cuma kali ini anda bekerja sama ada dari rumah, cyber cafe, atau dari mana-mana lokasi yang mempunyai sambungan internet. Jobdirumah bukannya program daftar, bayar yuran kemudian dapat hasil tanpa perlu buat apa-apa ya.

Kalau anda beranggapan sedemikian, maknanya anda dah silap sama sekali. Dalam catatan kali ini, saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekalian, apa dia sebab-sebab yang akan menyebabkan anda bakal gagal sama sekali untuk buat duit dengan Jobdirumah. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri bersama Jobdirumah. Jom kita lihat apa dia.

 

(1) TAK FAHAM/ Tak pandai Bahasa Inggeris

Panduan Jobdirumah disediakan dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, satu perkara yang anda perlu tahu ialah kebanyakkan peluang pekerjaan adalah dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana anda akan menerima tugasan dari pelbagai majikan dari seluruh dunia.

 

Mungkin majikan anda berada di Las Vegas, India, England atau mungkin di Singapore. Mereka berasal dari pelbagai negara yang berbeza dan dah tentu medium komunikasi ialah dalam bahasa Inggeris. Kalau anda tak pandai atau langsung tak faham bahasa Inggeris, memang mustahil untuk anda buat duit dengan bekerja dari rumah untuk majikan-majikan dari seluruh dunia ini.

 

Apa opsyen anda?

 

Sama ada anda bekerja sebagai ejen pemasaran untuk syarikat Kliks Solution yang mengeluarkan Panduan Jobdirumah ataupun anda cari majikan yang berasal dari Malaysia atau dari mana-mana negara yang menyasarkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan utama.

 

Wujudkah majikan seperti ini? Ya… Memang wujud. Namun bilangan mereka tidaklah begitu ramai.

 

(2) Tak bid

Adakah anda tahu apa fungsi bid? Untuk mendapatkan sesuatu kerja anda perlu bid pekerjaan tersebut. Dari situ, majikan akan memilih siapa yang sesuai untuk diberikan pekerjaan tersebut.

 

Di pihak majikan, sudah tentu mereka hanya mahukan yang terbaik untuk dianugerahkan sesuatu job tersebut.

 

(3) Bid tapi tak penah menang bid

Kriteria lain yang dilihat oleh bakal majikan sebelum memberi sesuatu pekerjaan kepada anda ialah dari segi tawaran bid anda. Berapa yang anda ingin caj kepada majikan sebagai upah untuk menyelesaikan tugasan tertentu.

 

Banyak kali juga saya lihat, majikan memberikan lebih prioriti kepada mereka yang boleh bekerja dengan kadar upah yang rendah.

 

Yela… majikan-majikan ni pun macam kita jugak. Sudah tentu mereka mahukan pekerja yang boleh bekerja dengan kadar upah yang rendah. Kalau mahal sangat, jadi tak berbaloi pulak nak upah freelancer.

 

(4) Profile online yang kurang menyakinkan dan LEMAH

Fungsi online profile adalah ibarat resume. Majikan akan melihat sama ada anda sesuai atau tidak untuk melakukan tugasan tertentu berdasarkan pada maklumat yang anda bekalkan pada resume atau online profile anda ini.

 

Jadi, anda perlulah ambil masa untuk menyediakan resume yang power!

 

(5) Tak faham apa kerja yang perlu dibuat

Ini betul-betul berlaku!

 

Tak faham apa kerja yang perlu dibuat bukannya sebab kerja tu terlalu susah, sebaliknya boleh jadi disebabkan oleh sistem atau software yang perlu kita kendalikan nanti begitu asing dengan teknologi yang biasa kita gunakan.

 

(6) Mengharap kerja yang senang

Susah atau senang sesuatu pekerjaan itu ada kaitan dengan sejauh mana anda menguasai kemahiran tertentu. Boleh jadi, kemahiran yang anda kuasai itu mempunyai ramai lagi pesaing.

 

Jangan terlalu mengharap kerja yang senang… dan sebenarnya tak ada kerja yang senang. Kalau ada kerja yang senang pun, selalunya kadar upahnya sangatlah rendah, dan leceh pulak tu.

 

(7) Bersaing untuk merebut job yang mempunyai banyak persaingan

Antara job yang ada banyak persaingan adalah seperti bekerja dalam bidang data entry. Kerjanya tidaklah sesukar mana, namun ada banyak pesaing yang mungkin akan apply untuk buat kerja yang sama.

 

Ini contoh kerja dalam bidang data entry.

Majikan ini meminta kita untuk dapatkan maklumat percutian untuk 750 buah kolej dan universiti berbeza. Kerjanya tak susah mana, namun leceh.

 

Namun kerja macam ni, memang ramai yang minat nak buat dan akan ada banyak persaingan. Kebiasaannya, golongan pelajar yang suka buat kerja-kerja macam ni.

 

(8) Tak ada tindakan atau suka bertangguh

Ehem… kadang-kadang saya pun begini. Rasa bersalah pun ada sebab selalu berada dalam situasi seperti ini. Semua benda kalau boleh nak ditangguhkan.

 

Sekarang ni masih tak free lagi, tunggu cuti tahun baru la baru nak mula.

Sekarang sibuk dengan kerja, study, exam, bla bla bla…

 

Maaflah. Sekali kita tangguh, sampai bila-bila kita tak akan dapat capai apa-apa.

 

(9) Tak memberi respons pada job yang ditawarkan

Berkenaan dengan tak beri respons ni, saya juga biasa buat macam ni.

 

Bukan apa, ada banyak job yang rasanya tak berapa kena dengan jiwa. ha ha

 

Ini cuma alasan semata-mata. Sebenarnya ada banyak kerja yang tak akan kena dengan jiwa kita. Setiap majikan akan memerlukan kita lakukan tugasan yang pelbagai dan berbeza. Jadi, kalau nak tunggu ada yang kena dengan jiwa, memang agak mustahil.

 

(10) Tidak improvise

Kalau rasa susah sangat nak buat duit, gunakan segala informasi dan pengetahuan yang diajarkan dalam modul dan tutorial yang disediakan oleh pihak Jobdirumah untuk wujudkan sumber pekerjaan anda sendiri.

 

Anda tak semestinya hanya perlu bergantung pada jobdirumah semata-mata untuk mengharapkan pendapatan, sebabnya, selepas anda tahu dan faham bagaimana cara kerja sebagai seorang freelancer, anda dah boleh bergerak sendiri.

 

Selepas saya dah mula faham, bagaimana cara kerja sebagai seorang freelancer, saya juga mula menawarkan servis penulisan artikel advertorial. Disini, jika ada mana-mana majikan yang minat nak dapatkan servis dari saya, boleh terus berhubung dengan saya menerusi laman web servis advertorial ini.

 

Baiklah, inilah dia antara perkara yang akan menyebabkan anda gagal untuk buat sebarang duit dengan jobdirumah. Adakah anda berupaya untuk mengelakkan perkara-perkara yang saya sebutkan ini daripada terjadi kepada anda? Jika jawapan anda adalah YA… maka saya percaya, anda akan dapat lagi banyak manfaat dan hasil setelah join Jobdirumah.

 

Namun jika jawapan anda adalah sebaliknya, saya lebih syorkan anda simpan sahaja duit anda dan belanjakan ia untuk tujuan lain yang lebih produktif.

 

Wallahua’lam

 

 

Anda minat shopping? Jom lihat tawaran diskaun disini.

 

 

 

Exit mobile version