Blog Sabree Hussin

Tip dan perkongsian pengalaman menjalankan bisnes menjual aiskrim

Bisnes aiskrim ni bila dengar boleh hasilkan untung sampai ribu ribu ringgit, bunyinya macam sangat menyeronokkan. Tapi bisnes ini juga sama seperti bisnes-bisnes lain di luar sana. Ada yang berjaya ada juga yang gagal.

 

Boleh baca dulu website ni sebelum anda berkecimpung dalam dunia bisnes aiskrim. Sekurang-kurangnya anda dapat pendedahan dan lebih bersedia dengan cabaran yang ada dalam bisnes ini.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tip berkaitan bisnes aiskrim, yang mungkin boleh digunakan untuk perniagaan anda. Ya, saya tahu semasa pandemic Covid 19 ini, ada banyak perkara yang berubah. Masa perniagaan berubah, lokasi perniagaan perlu ditukar dan begitu juga kaedah untuk mendapatkan jualan.

 

Semasa pandemik seperti sekarang ini, ada yang bertukar kepada bisnes lain, dan ada juga yang kekalkan bisnes sedia ada cuma perlu tukar strategi. Sama ada anda ingin tukar bisnes lain, atau hanya tukar strategi, semuanya terpulang kepada anda.

Cuma ketahuilah bahawa pandemik ini satu hari nanti akan berlalu pergi. Keadaan kita akan kembali kepada zaman sebelum pandemik secara perlahan-lahan. Kita cuma perlu lakukan sesuatu yang berbeza sekarang, supaya bisnes kita berjaya survive dalam melalui fasa yang sukar pada hari ini.

 

Jadi Ejen atau Dropship

Bila bercakap mengenai bisnes aiskrim, adakah anda membayangkan diri anda untuk jadi pembuat dan penjual aiskrim?

 

Boleh jadi anda rasa seronok dan puas hati apabila melihat telatah dan reaksi para pelanggan anda yang cukup suka menikmati kelazatan aiskrim yang anda hasilkan. Tunggu dulu. Sekarang ini mungkin belum masa yang sesuai untuk terus mulakan dengan menjual ais krim buatan sendiri.

 

Almaklumlah, mesin untuk buat aiskrim itu sendiri harganya agak mahal. At least untuk dapatkan sebuah mesin pembuat aiskrim yang bagus, perlu ada modal sebanyak 4 angka juga.

 

Dalam waktu pandemic macam ni mesti ramai kata “Baik berjimat dari beli mesin mahal mahal.” Ya pendapat tersebut memang ada betulnya. Apalah gunanya beli mesin mahal-mahal, tapi buat masa sekarang ini belum boleh bebas untuk keluar dan berniaga.

 

Satu lagi perkara yang saya nak highlight ialah, bila dah jadi pembuat aiskrim ni, kita perlu fikir bagaimana untuk mendapatkan jualan pula. Selagi kita belum jual aiskrim yang kita buat, selagi itu kita masih belum ada untung.

 

Kalau dah namanya nak buat bisnes, maka memang tak boleh lari daripada membuat jualan. Andai kata anda memang tak ada pengalaman menjual sebelum ini, apa kata anda bermula sebagai ejen atau buat bisnes ini secara dropship terlebih dahulu.

 

Sekarang ni ramai juga pemilik bisnes aiskrim yang buka pengambilan menjadi stockist, ejen serta dropship. Anda sebagai ejen hanya perlu tumpu bahagian marketing sahaja.

 

Bagi mereka yang tak mempunyai modal yang besar, boleh cuba jadi dropship. Kalau anda minat nak cuba jadi ejen boleh search ICELY aiskrim potong di facebook dan cubalah bertanya kepada mereka peluang menjadi dropship dan ejen.

Memulakan bisnes sebagai ejen atau ejen dropship, adalah satu cara yang kurang risikonya, namun masih boleh hasilkan keuntungan yang agak lumayan. Apa yang penting ialah anda mahir membuat pemasaran dan jualan.

 

Bawa bisnes aiskrim anda online

Berapa untung jual aiskrim? Mungkin ada yang tertanya-tanya soalan ini. Ini merupakan satu soalan yang valid, sebabnya bila kita nak berniaga, sudah tentu kita perlu tahu berapa keuntungan yang bakal kita perolehi.

 

Kalau kita lihat di laman web ini misalnya, kita boleh lihat beberapa testimoni dari penjual aiskrim yang berjaya hasilkan ribuan ringgit. Mereka ini bukannya hanya menjual 10 – 20 kon aiskrim sebaliknya mereka menjual ratusan malahan ribuan kon dalam satu masa.

 

Bagaimana nak dapatkan peluang sedemikian? Tak lain dan tak bukan, bisnes ini memerlukan satu strategi yang membolehkan kita berniaga di tempat-tempat seperti majlis kenduri kahwin, acara tertentu dan majlis keramaian. Bila terjadi covid 19 memang effect pada perniagaan.

 

Dua saja pilihan orang berniaga sama ada tutup, cari peluang berniaga lain atau bertukar strategi. Apa strategi online yang boleh dilakukan? Kalau masih boleh bertahan, cuba bertahan. Saya agak yakin, tak lama lagi pasti pandemik ini akan berakhir dan semua akan kembali kepada asal, walaupun mungkin bukannya sama 100%.

 

Buat masa ini, cubalah onlinekan bisnes aiskrim anda.

 

Gunakan media sosial dengan sebaiknya. Cari peluang untuk sertai group komuniti dimana anda biasa berniaga atau group komuniti tempat anda tinggal. Ini antara contoh group komuniti di kawasan saya tinggal.

Cari group komuniti yang mempunyai ahli yang ramai. Kemudian cubalah aktifkan diri anda disana sambil-sambil cuba untuk dapatkan jualan.

 

Dalam keadaan serba mencabar ketika ini, tak mustahil kalau ada yang akan bersimpati dan akan bantu anda dengan cara membeli ais krim yang anda jual.

 

Pembungkusan produk yang sesuai

Pembungkusan amat penting bila kita memilih untuk ubah strategi. Contoh dulu berniaga aiskrim dalam tong dan scoop aiskrim ke dalam kon aiskrim, sekarang boleh wujudkan satu kaedah pembungkusan yang boleh support delivery. 

 

Selain itu kena fikirkan sama ada pembungkusan tersebut senang disimpan pula oleh pembeli. Pembungkusan yang menarik dan kelihatan ‘mahal’ boleh membuatkan sesetengah pelanggan rasa tidak berkira untuk membeli.

 

Cuba cari peluang untuk dapatkan pelanggan secara online. Ok, mungkin ada yang tertanya-tanya, logik ke nak jual ais krim secara online?

 

Jawapannya memang tak mustahil, and in fact, memang ada orang yang sedang melakukannya. Lihat buktinya dibawah. Saya ambil screenshot ini dari laman web Shopee.

Nampak tak? Jual aiskrim secara online ini bukan lagi satu perkara yang mustahil. Apa yang penting anda mempunyai cara pembungkusan yang betul dan servis penghantaran yang boleh dipercayai!

 

Cari peluang untuk iklankan bisnes aiskrim anda bersama dengan micro-influencer yang ada di FB, IG dan Youtube

Ini salah satu strategi saya lihat founder aiskrim praktikkan, iaitu cari influencer yang mungkin bayarannya tidak terlalu mahal untuk bantu memperkenalkan produk mereka kepada para follower influencer tersebut. Biasanya mereka akan mencari instafamous dan influencer fb.

 

Pada zaman pandemik ini juga, saya perhatikan ada ramai juga influencer yang bersedia untuk bantu bisnes-bisnes kecil menghadapi saat mencabar. Boleh berbincang dengan mereka untuk dapatkan pakej harga yang munasabah.

 

Mana tahu, anda akan dapat servis iklan percuma dari mereka.

 

Boleh jadi tip diatas masih belum cukup bagi anda. Jadi kat sini saya nak kongsikan perkongsian pengalaman yang saya dapati melalui sharing rakan rakan yang pernah berniaga aiskrim dan ada yang bertahan sampai sekarang. Pengalaman ni hanya perkongsian melalui sembang terus dengan mereka dan ada juga sharing melalui fb live.

 

Masalah jualan aiskrim tak laku

Tak laku ni bukan sebab produk tersebut tak ada permintaan, tapi boleh jadi sebab berniaga sekejap sangat. Biasalah kalau berniaga tu pada peringkat awal tak da sambutan.

 

Mungkin pada peringkat awal awal semangat nak berniaga aiskrim, pada minggu pertama tak ada orang beli, minggu kedua tak ada orang beli.  Sepatutnya perlu ada tambah baikan atau perlu memasarkan dengan cara lain. Macam mana caranya? Ok sambung baca di bawah

 

USTAZAH PROMOSI BERTERUSAN

Ni cerita seorang sahabat yang bekerja sebagai pendidik kemudian berhenti atas alasan tertentu. Biasanya wanita yang bekerjaya sanggup meninggalkan kerjayanya disebabkan anak anak. Bila situasi duduk di rumah memang seronok sebab menjaga anak dan dapat melihat anak membesar depan mata tapi tiada pula pendapatan diperolehi.

 

Bila masa banyak habiskan dirumah, maka mulalah mencari peluang perniagaan yang bersesuaian yang boleh dijalankan hanya dari rumah. Laman web google dan facebook adalah sumber untuk untuk mendapatkan maklumat dan melihat peluang yang boleh dilakukan.

 

Bila terlihat iklan, dia mula berminat dengan bisnes aiskim, dan cuba jual melalui taman awam di hujung minggu bersama suami. Promosi juga melalui media social.

 

Jual di padang awam, setakat buka bonet dengan meja yang kosong. Memang tak ada orang yang beli. Kalau ada orang beli pun berapa sangat la keuntungan yang diperolehi. Dah masuk dua minggu ustazah tadi buat beberapa benda untuk menarik perhatian orang sekaligus menaikkan jualan.

 

Salah satunya ialah suami akan pakai kostum badut dan buat pelbagai gaya dengan belon yang diberi percuma, ketuk loceng untuk menarik perhatian.

Ini merupakan satu idea yang bagus dan praktikal. Cuma biasalah mungkin akan ada yang kurang selesa dengan penampilan badut. Jadi, apa kata kita ubah sedikit mengikut kesesuaian.

 

Apa kata kita tukarkan karekter badut kepada karekter seorang superhero.

Saya sebenarnya ada buat carian di laman web shopee, untuk tengok sendiri kalau-kalau ada seller yang menjual kostum superhero yang menarik. Bawah ini pula merupakan salah satu seller yang menjual kostum Spider-Man yang saya kira agak menarik.

Sesetengah orang mungkin agak segan untuk menegur individu yang tak dikenali, semata-mata untuk mengajak individu tersebut beli barang yang kita jual. Tapi, kalau kita pakai kostum, atau mengenakan mekap, rasa segan itu akan sedikit hilang.

 

Andai kata target pelanggan anda adalah kanak-kanak, mereka pasti suka untuk dekati anda sebab kostum super hero yang anda kenakan. Mereka boleh ambil peluang ini untuk bergambar bersama dengan anda.

 

Selain memakai kostum, ustazah ini juga ada cerita yang beliau agihkan 50 – 100 aiskrim percuma setiap kali mahu memulakan perniagaan. Rutin ini diteruskan selama dua hingga tiga minggu, barulah selepas itu mula nampak peningkatan hasilnya.

 

Kemudian, tak lama selepas tu ada menerima tempahan untuk majlis, sebab ada diletakkan kad nama perniagaan semasa berniaga aiskrim.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa nak bagi aiskrim percuma? Bukan sedikit, 50 – 100 pulak tu. Tak rugi ke? Sebenarnya inilah yang dinamakan sebagai marketing (pemasaran).

 

Dalam apa-apa bisnes sekalipun, kita mesti memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan pemasaran. Produk atau jenama yang masih baru, yang masih belum dikenali, selalunya memang agak sukar untuk menarik perhatian pelanggan. Bagi pelanggan, mereka merasa kurang yakin untuk membeli produk tersebut.

 

Ada macam-macam perkara bermain difikiran mereka, sama ada rasa aiskrim terlalu manis, kurang sedap, cepat cair, mengandungi pewarna tiruan dan macam-macam lagi.

 

Mereka merasakan seolah-olah satu kerugian untuk membeli sesuatu yang dia tak ada pengalaman beli atau guna sebelum ini. Tapi sekiranya diberikan sample percuma, ketakutan tersebut terus hilang dan mereka lebih terbuka untuk mencuba.

 

Bagi orang yang tidak mempunyai minda bisnes, mereka mungkin melihat memberi sampel percuma sebanyak 50 – 100 unit adalah satu kerugian dan satu pembaziran. Namun bagi pemilik bisnes, ini merupakan satu pelaburan yang berpotensi untuk beri pulangan yang lumayan dimasa hadapan.

 

Cuba bayangkan, dalam sehari dia berikan 100 sampel ais krim percuma. Kita andaikan, aiskrim ini diberikan kepada orang yang berbeza. Dalam seminggu, jika didarab dengan tujuh hari, jumlah pengunjung yang telah merasai keenakkan aiskrim tersebut jumlahnya adalah sebanyak 700 orang!

 

Sekarang cuba bayangkan, jika satu hari nanti kesemua 700 orang ini nanti kembali semula untuk beli aiskrim dari ustazah ini! Pada masa itu, mereka sudah ada pengalaman dan suka dengan rasa aiskrim yang dijual.

 

Mereka ini pasti akan kembali semula untuk beli lagi, sama ada untuk diri sendiri, ataupun untuk majlis keramaian. Jangan terlalu fokus terhadap “kerugian kecil” yang kita perlu hadapi sekarang, sedangkan potensi pulangan yang lebih besar sedang menunggu kita dihadapan.

 

TUKAR STRATEGI BILA COVID

Bila covid 19 melanda satu dunia, bukan sahaja nyawa manusia yang terjejas, majoriti perniagaan terkesan kerana tidak dapat buka premis atau menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa. Ada yang gulung tikar, ada yang tutup terus dan mencuba nasib dengan melakukan bisnes yang lain.

 

Ada pemilik bisnes aiskrim yang saya lihat masih bertahan, dan bila saya scroll status beliau, bisnes masih dapat bertahan disebabkan mempunyai ejen dan stockist yang masih menjual. Ejen dan stokis beliau focus kepada jualan runcit secara online. Melalui perkongsian beliau lagi, ada ejen dan stockist menyarankan melibatkan macro influencer.

 

Memang selepas itu, jualan semakin konsisten dan masih mampu bertahan. Ejen dan stokis diajar menggunakan facebook live dan pelbagai medium atas talian yang lain. Pemilik sentiasa dapatkan review dari golongan influencer sebab sebagaimana kita tahu memang mereka boleh mempengaruhi dan expose berkenaan aiskrim jenama berkenaan.

 

PRESENTION MENARIK

Presentation kotak aiskrim juga memainkan peranan. Kotak aiskrim yang kelihatan eksklusif dan mahal di mata pelanggan amat menarik perhatian pelanggan.

 

Paling penting kotak tersebut senang dikendalikan untuk penghantaran dan senang pula untuk disimpan dalam peti sejuk beku pembeli. Jika bisnes dah maju, ada baiknya belajar dan menhadiri kursus berkaitan teknologi pembungkusan. Biarlah produk tersebut memnpunyai nilai di mata pembeli dan tidak berkira untuk membeli.

 

Ketika musim pandemik ini, memanglah bisnes aiskrim turut menerima tempiasnya. Namun, In Shaa Allah bila pandemik ini berakhir, bisnes ini adalah antara bisnes yang akan jadi pilihan dan akan dapat bangkit semula.

Baca juga: Kelebihan dan kelemahan bisnes Aiskrim

 

 

Exit mobile version