Blog Sabree Hussin

3 Cara belajar menjalankan Bisnes Ais Krim di Malaysia

Artikel ni ditulis sebagai jawapan balas kepada komen yang ditinggalkan oleh pembaca untuk artikel bertajuk kelebihan dan kelemahan bisnes ais krim yang anda perlu tahu, yang pernah diterbitkan dalam blog ini sebelum ini.

 

Kebiasaannya saya memang akan abaikan sahaja sebarang komen-komen yang lebih kepada mengecam, sebab komen sedemikian biasanya diberikan oleh seorang haters.

 

Kalau komen jenis kritikkan, itu saya tak ada masalah untuk terima. Biasanya dari kritikkan yang membina itulah kita dapat hasilkan sesuatu yang lebih baik dimasa akan datang.

 

Tapi tak apa, memandangkan saya ada masa yang terluang, saya ambil peluang ini untuk hasilkan sebuah artikel khas based on komen tersebut.

 

Ini komennya

“Ingat niaga ice cream ..rupanya niaga buku ..tak ikhlas..buatlah training practical .. 2 atau 3 hari cas 60 .. sorang baru ikhlas,”

 

“Salah ke berniaga buku?”

 

“Betul ke kalau buat training praktikal 2-3 hari caj RM60 tanda orang tu ikhlas?”

 

Ok, ini point untuk menjawab komen tersebut.

 

Memandangkan fokus artikel ini adalah kepada kaedah untuk kita pelajari bagaimana cara menjalankan bisnes ais krim yang berjaya, justeru saya ingin kongsikan 3 cara bagaimana ianya dapat dilakukan.

 

Melalui 3 cara ini kita boleh belajar selok-belok tentang bisnes aiskrim. Cara paling bagus adalah jika kita boleh hadir ke kursus sebab dalam masa 1-2 hari kita sudah boleh belajar proses pembuatan aiskrim. Kalau tak mahu belajar cara membuat ais krim sekalipun, boleh menjadi ejen atau dropship mana-mana syarikat aiskrim yang anda kenali.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita bincangkan satu per satu cara yang dimaksudkan.

 

(1) Belajar melalui ebook

Ini cara paling senang untuk belajar bisnes Ais Krim, iaitu dengan memuat turun ebook ini. Melalui panduan ini, anda dapat mengetahui apa yang perlu anda tahu dalam menjalankan bisnes aiskrim. Ebook ini dijual dengan harga RM80 di laman web ini.

Mahal ke harga RM80? Buku ini ditulis oleh Chef Afiq Rusly yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang kulinari (atau dikenali bidang masakan), terutama dalam bidang masakan khusus untuk perniagaan.

 

Kalau anda berhasrat untuk belajar memasak bagi tujuan bisnes, Chef Afiq ini adalah salah seorang trainer yang anda boleh hubungi.

 

Dalam ebook ini, antara perkara yang anda akan dapat pelajari adalah jenis aiskrim yang perlu anda kenali yang sesuai untuk berniaga. Diluar sana terdapat pelbagai jenis aiskrim antaranya popsicle, aiskrim colek, soft aiskrim dan sebagainya.

Setiap jenis aiskrim ni pula memerlukan mesin yang berbeza untuk menyediakannya. Harga jualan bagi setiap mesin untuk buat ais krim juga berbeza-beza.

Anda boleh lihat halaman ini untuk lihat harga pelbagai mesin membuat ais krim.

 

Selain itu, dalam ebook ini juga anda akan belajar cara sebenar mendapatkan RM5,000 sebulan melalui bisnes ais krim. Selepas anda baca ebook ini, anda boleh bandingkan cara mana yang lebih berkesan, sama ada cara anda ataupun strategi bisnes yang diajarkan dalam ebook ini.

 

Saya kongsikan beberapa testimoni pembaca ebook ini dibawah.

 

 

Dengan memuat turun ebook bisnes ais krim ini, anda mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk belajar cara menjalankan bisnes ini. Pada bila-bila masa, anda boleh rujuk ebook ini dan absorb ilmu-ilmu yang dikongsikan.

 

Diluar sana mungkin ramai orang yang tahu cara untuk buat ais krim, dan mungkin anda boleh minta resipi dari mereka, namun berapa ramai yang tahu cara untuk membina perniagaan yang berjaya melalui produk ini? Sebab itu, kalau anda melihat ebook bisnes ais krim ini sebagai just another recipe book, yang anda boleh beli di kedai-kedai buku, maka anda silap.

 

Saya faham, diluar sana ada ramai yang berkira-kira untuk keluarkan modal untuk belajar ilmu ini. Mungkin anda perlu tanyakan pada diri anda, adakah anda benar-benar serius nak buat bisnes dan adakah anda sudah mempunyai ilmu bisnes ais krim yang benar-benar solid sebelum nak mula? 

 

Jangan nanti, bila anda sudah mulakan bisnes anda sendiri, ketika itu baru anda menyesal, sebab ada banyak perkara yang anda tak tahu, sebelum mula buat bisnes ini. Maklumlah, kadang-kadang kita ini tak tahu, apa perkara yang kita tak tahu.

 

Lagi satu, kebiasaannya, mereka yang mempunyai mindset bisnes ini, mereka memang tak kisah untuk dapatkan ilmu seberapa banyak yang boleh. Apa salahnya keluarkan modal untuk belajar sekarang, asalkan dimasa akan datang boleh bina perniagaan yang menguntungkan dan In Shaa Allah keuntungan yang bakal diperolehi itu nanti akan dapat cover semula kos memiliki ebook ini.

 

Bagaimana kalau selepas anda baca ebook bisnes Ais krim ini nanti, anda rasa bisnes ais krim langsung tak sesuai untuk anda?

Ya, anda akan rugi. Tapi kerugian anda hanyalah setakat RM80 itu sahaja untuk beli ebook ini dan baca.

 

Cuba bandingkan dengan mereka yang tak baca ebook ini. Dia beli semua keperluan berniaga, pelbagai mesin ais krim, lain-lain peralatan untuk berniaga, dan bila dia dah mulakan bisnes tersebut selama sebulan, ketika itu baru dia tahu… bisnes ais krim tak sesuai untuk dia.

 

Berapa kerugian dia pada ketika itu? Ya, beribu ringgit. Pada masa itu, suka atau tidak, dia perlu jalan terus. Jika tidak, usaha dia selama ini akan jadi sia-sia, dan modal beribu yang telah dikeluarkan sebelum ini masih belum balik modal.

 

Lebih ironi, dia perlu teruskan bisnes dalam keadaan dia tak cukup ilmu. Tak mustahil, sama ada suka atau tidak, ketika itu mungkin dia terpaksa patah balik dan mencari ilmu semula, untuk menyelamatkan bisnes miliknya.

 

Kalau anda masih rasa takut untuk keluar modal RM80 untuk ebook ni apa kata cuba kaedah seterusnya iaitu belajar dengan cara bekerja dengan orang yang menjalankan bisnes aiskrim ni.

 

Dengan cara tersebut, anda bukan sahaja akan dapat ilmu, malahan anda juga dibayar gaji untuk kerja-kerja yang anda lakukan.

 

(2) Belajar melalui pengalaman bekerja

Melalui pengalaman bekerja dengan orang lain, anda boleh dapat ilmu cara memproses aiskrim bergantung kepada jenis ais krim pemilik atau perniagaan ais krim yang dijalankan. Kalau ais krim kon, (atau lebih dikenali aiskrim colek) proses buat aiskrim mengambil masa dalam sejam setengah atau dua jam bergantung pada kuantiti yang mahu dibuat.

 

Sekali proses, mesin aiskrim colek ni dapat menghasilkan 250-300 skop aiskrim. Mesin proses setengah jam sahaja tapi lepas tu perlukan masa untuk aiskrim tersebut beku. Ais krim perlu dimasukkan ke dalam bekas untuk pembekuan selama 2 jam ke atas.

 

Kalau tak kena cara serta teknik yang betul dalam proses pembuatan ini, boleh menyebabkan bahan aiskrim tidak berkembang secara elok dan mengakibatkan hasil berkurangan.

 

Apabila bekerja dengan orang, anda boleh belajar cara pembuatan dan pemprosesan ais krim. Langkah seterusnya adalah kaedah serta teknik menjual.

(3) Belajar dengan masuk kursus

Ini cara paling bagus sebenarnya kalau nak cepat belajar cara buat bisnes ais krim. Sesetengah orang memang lebih senang dan selesa belajar melalui cara ini.

 

Lupakan sahaja idea untuk bekerja atau berkuli semata mata untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Melalui cara ini juga anda boleh tanya apa sahaja, dari proses pembuatan hinggalah ke cara menjual, pemasaran dan sebagainya. Anda juga boleh dapat jawapan segera dari tenaga pengajar.

 

Melalui cara ini juga anda tidak perlu beli ebook, dan tak payah habiskan masa untuk membaca teori semata-mata. Dengan hadir kursus, proses pembelajaran boleh jadi lebih pantas dan berkesan.

 

Walaubagaimanapun, saya mengesyorkan anda hadir kursus yang mempunyai modul praktikal dan bukan sekadar teori semata-mata. Sebelum mendaftar, pastikan anda tahu apa yang bakal dipelajari. Minta senarai modul dan topik-topik yang bakal dipelajari. Kalau ada sesi praktikal lebih bagus.

Kenapa saya highlight perkara ini?

Diluar sana, terdapat ramai guru palsu! Mereka ini buat duit dengan mengadakan kursus dan bukannya mempunyai bisnes sebenar. Mereka kata, mereka ingin ajar anda cara buat bisnes ais krim, tapi setelah anda sertai kursus yang mereka anjurkan, selama setengah hari anda perlu dengar pengalaman hidup mereka.

 

Kononnya dulu mereka hidup susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hinggalah pada satu hari mereka temui satu sistem yang sangat power. Setelah mereka menggunakan sistem tersebut, akhirnya hidup mereka berubah dan jadi makin kaya.

 

Apa sistem tersebut? Adakah anda boleh pelajari sistem tersebut? Adakah sistem yang dimaksudkan itu nanti sesuai untuk bisnes ais krim?

Ya, sesuai. Kata guru palsu tersebut. Malahan sistem tersebut sesuai untuk semua jenis bisnes yang ada di dunia. Jika anda nak belajar, kena masuk kelas yang lebih advance, masterclass, mahaguru class dan sebagainya. Sila berhati-hati dengan guru seperti ini.

 

Kursus dijalankan biasanya sehari, teori sebelah pagi atau hanya selama 2-3 jam, kemudian kursus disambung secara hand ons atau praktikal sampai ke petang atau boleh habis awal jika peserta dapat memahami kandungan kursus dengan baik.

 

Oh terlupa untuk pernyataan kat atas tadi

 

“Ingat niaga ice cream ..rupanya niaga buku ..tak ikhlas..buatlah training practical .. 2 atau 3 hari cas 60 .. sorang baru ikhlas,”

 

Jawapannya YA memang berniaga buku, untuk pengetahuan pembaca dan follower blog saya, ebook aiskrim adalah salah satu ebook terbitan syarikat Klikjer.

 

Saya merupakan salah seorang yang telah mendaftar untuk menjadi ejen affiliate bagi syarikat ini. Kalau anda nak tahu, sesiapa sahaja yang berminat untuk jadi ejen seperti saya, boleh berbuat demikian dan daftar sebagai ejen.

 

Boleh daftar ejen melalui pautan ini. Setiap jualan yang terhasil anda sebagai affiliate akan menerima lima puluh peratus komisen dari jualan ebook tersebut.

 

Tak ikhlas?

 

Kalau nak kira nilai ikhlas ni, kita boleh tahu ke setiap orang yang kita beli produk atau servis melalui mereka ni ikhlas ke diorang berniaga? Susah atau hampir mustahil, kan? Lagipun persoalan ikhlas itukan persoalan apa yang ada dalam hati.

 

Buat training 2-3 hari dan caj RM60? Mari kita nilaikan, sama ada ianya munasabah ataupun tidak.

 

Mungkin orang yang keluarkan ayat macam ni tak tahu menilai kesanggupan, ilmu, dan kepakaran serta pengalaman orang yang mengajar.

 

Katakan penganjur atau pengajar bisnes aiskrim tu sendiri nak adakan kelas 1 hari kursus, kos yang perlu diambil kira (anggaran)

Sewa dewan – RM100-RM300

Kos penginapan pengajar – RM300

Kos makan, minum RM50

Kos minyak kereta, tol dan parking RM300

Kos bahan mentah untuk latihan amali RM100-RM500

Gaji untuk pembantu ketika kursus berjalan RM100

Anggaran untuk kos diatas saja sudah RM1550

 

Ya, mungkin akan ada beberapa kos yang boleh dijimatkan, misalnya kos penginapan akan jadi tak perlu jika kelas diadakan dalam kawasan yang tak jauh dengan pengajar. Namun, bagaimana pelajar yang datang dari luar kawasan? Adakah mereka ini sanggup untuk keluarkan kos untuk penginapan pula nanti?

 

Berbaloi ke untuk tenaga pengajar nak keluarkan kos begitu?

Kalau peserta dikenakan setiap orang dengan nilai yuran RM100 dan kehadiran dianggarkan 15 peserta kursus pun masih tidak berbaloi, baik buat kursus secara online atau kursus tanpa latihan amali.

 

Saya cadangkan orang macam ni boleh la cuba buat kelas, nak tengok berbaloi ke buat kelas praktikal dan caj RM60 sahaja.

 

Baiklah, apapun saya harap anda nampak, sebenarnya memang ada pelbagai kaedah untuk kita pelajari bisnes ini. Bagi yang suka belajar melalui pengalaman bekerja, boleh cuba bekerja dengan orang terlebih dahulu.

 

Kalau yang suka berkursus, boleh cuba cari peluang-peluang tersebut. Manalah tahu nanti kalau ada kursus sedemikian ditawarkan, anda boleh terus daftar dan sertai.

 

Andai kata anda nak belajar melalui cara yang lebih cepat, anda boleh muat turun ebook bisnes Ais Krim dan pelajari cara untuk menjalankan bisnes tersebut pada hari ini juga.

 

Walau apapun cara yang anda pilih, saya hormati keputusan anda, dan saya doakan semoga anda berjaya!

 

 

 

Exit mobile version