Blog Sabree Hussin

Kelemahan dan kekurangan menjalankan bisnes bakeri dan produk pastri

Bisnes bakeri ada kelemahannya. Itu sudah tentu.

 

Ia tak jauh beza dengan lain-lain jenis bisnes yang ada diluar sana. Tiada bisnes yang perfect, yang langsung tak ada kelemahan atau kekurangan.

 

Namun sebagai usahawan atau bakal usahawan produk bakeri, kelemahan yang terdapat pada bisnes ini sepatutnya bukanlah menjadi alasan untuk melemahkan semangat dan menghalang diri untuk menceburi bisnes ini.

Saya kongsikan antara kelemahan menjalankan bisnes ini disini, bukannya untuk melemahkan, sebaliknya untuk membuka minda dan menambah pengetahuan, apakah perkara yang bakal anda hadapi apabila menjalankan bisnes ini.

 

Tujuannya supaya anda lebih bersedia, dan dapat mengambil langkah yang bijak apabila berhadapan dengan situasi dan keadaan yang tak diingini dimasa akan datang.

 

Baiklah, untuk mereka yang bakal memulakan bisnes bakeri nanti, ini adalah antara perkara yang saya lihat menjadi point kenapa saya katakan bisnes bakeri ini ada kelemahannya.

 

(1) Mudah untuk memulakan bisnes

Ya, tahukah anda, bisnes bakeri ini boleh dimulakan hanya dari rumah!

Baca lagi disini: Contoh bisnes yang boleh dimulakan dari dapur rumah anda

 

Untuk pengetahuan anda juga, jika anda minat nak belajar macam mana nak buat bisnes bakeri dari rumah, anda boleh belajar sekarang juga dengan memuat turun panduan menerusi pautan ini.

Siapa yang dah pernah dapatkan panduan tersebut, boleh mula jalankan bisnes ini dengan serta merta. Apa yang penting, anda mempunyai bahan-bahan untuk buat adunan, ada peralatan yang sesuai dan ada akaun media sosial, itupun sudah cukup untuk membolehkan anda mula ambil tempahan.

 

Oleh kerana bisnes ini tak begitu susah untuk dimulakan, ini menjadikan persaingan antara penjual jadi makin sengit dengan bertambahnya usahawan baru yang menceburi bidang ini.

 

Kalau dilihat dari konteks mudah untuk memulakan bisnes bakeri ini, sebenarnya kita boleh lihat dari dua sudut pandang yang berbeza.

 

Pertama ia boleh jadi satu perkara yang baik kerana dengan mudahnya untuk menjalankan bisnes ini sesiapa sahaja boleh melakukannya. Bagi mereka yang memerlukan pendapatan tambahan boleh menceburi bisnes ini.

 

Namun dek kerana mudahnya untuk menjalankan bisnes ini persaingan jadi makin bertambah. Berita baiknya ialah sekiranya anda berjaya dapat pelanggan dan pelanggan tersebut suka dengan rasa makanan yang anda buat, besar kemungkinan dia akan menjadi pelanggan setia anda.

 

(2) Persaingan yang sengit

Bisnes bakeri bukanlah satu model bisnes yang baru di Malaysia. Kalau kita lihat di kawasan pekan dan bandar-bandar, pasti akan terjumpa dua atau lebih kedai yang menjual produk seumpama ini.

 

Kalau dalam situasi saya sendiri, kalau terasa nak makan kek, biasanya saya akan pilih untuk beli kek di Secret Recipe ataupun di Starbucks.

 

Sekiranya anda minat nak mulakan bisnes ini, anda terpaksa bersaing dengan nama-nama besar yang memang dah well establish dipasaran.

 

Selain kedai-kedai kek yang telahpun popular terdapat juga kedai yang tidak begitu popular yang anda perlu ambil kira kerana kewujudan mereka ini turut memberi persaingan pada perniagaan yang bakal dijalankan.

 

Tetapi jangan jadikan ini sebagai satu point yang boleh melemahkan semangat anda. Sebabnya sekarang ini, ramai orang mula mencari-cari hasil tangan yang dikategorikan sebagai “home made”. Produk homemade biasanya kita boleh katakan, ianya dibuat dengan penuh teliti, ada unsur kasih sayang, dan rasanya boleh jadi lebih sedap berbanding yang dibuat secara pukal dikilang.

 

(3) Bukan makanan ruji penduduk Malaysia

Permintaan untuk produk seperti kek ini adakalanya bermusim. Kek diperlukan apabila ada majlis keramaian, sambutan hari lahir, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

 

Sesekali kek dan lain-lain produk bakeri dihidangkan juga untuk minum petang. Namun, bukan semua orang amalkan minum petang.

 

(4) Pematuhan kepada aspek kesihatan dan keselamatan

Dalam bisnes ini, anda perlu mengendalikan makanan. Ini bermakna anda juga perlu tahu serba sedikit mengenai akta makanan 1983 dan perlu mendapat suntikan vaksin imunisasi anti-typhoid bagi mengawal penularan penyakit demam kepialu.

 

Saya rasa, bisnes yang lebih ringkas dan tak perlu nak ambil tahu mengenai pematuhan pada akta-akta seperti ini, boleh pertimbangkan untuk bisnes jual produk melalui laman web Shopee sahaja.

 

(5) Margin keuntungan yang rendah

Dalam bisnes ni, kita akan menjual barangan yang tak tahan lama dan mudah rosak. Misalnya, bun, pizza dan sebagainya.

Kalau pada hari tertentu, produk yang dihasilkan tak berjaya dijual sampai habis, pengurusan perlu fikirkan cara untuk elakkan produk tersebut dibuang.

 

Sebab itu kalau kita perhatikan, kalau dekat Aeon sekitar jam 9.00 malam macam tu, produk yang dijual akan ada pengurangan harga. Kalau tak silap dalam 40% diskaun macam tu.

 

Kalau kedai-kedai kek yang lain juga ada buat promosi yang lebih kurang sama. Ada yang saya pernah jumpa, staff kedai tersebut akan jual bun, pizza dan sebagainya dengan harga lebih murah, tapi jauh dari kedai. Ada yang jual dikawasan kaki lima pun ada.

 

Dalam keadaan ini, kena pilih sama ada nak rugi ataupun untung cuma sedikit.

 

(6) Kos bahan mentah yang mahal

Untuk menghasilkan kek yang sedap, anda perlu gunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

 

Anda boleh baca perkongsian seorang kenalan saya yang telah menjalankan bisnes kek dari rumah lebih kurang 3 tahun.

Baca disini: Pengalaman menjalankan bisnes bakeri dari rumah selama 3 tahun

 

Menurut beliau untuk menghasilkan kek coklat yang sedap perlu menggunakan coklat dari jenama Van Houten yang agak mahal harganya.

 

Boleh juga gunakan coklat dari jenama yang kurang terkenal tetapi rasanya tidaklah sesedap menggunakan dari jenama yang terkemuka.

 

Bahan mentah untuk buat kek dan lain-lain produk pastri boleh dibeli di supermarket. Walaubagaimanapun, jika untuk tujuan bisnes, beli dari supermarket tidak digalakkan kerana harganya agak tinggi. Barangan yang dijual di supermarket sebenarnya adalah untuk pasaran pengguna. Bukannya untuk peniaga.

 

Sebagai peniaga, patut dapatkan dari sumber pertama iaitu pengeluar ataupun jika sukar, dapatkan terus dari pemborong. Lagi dekat dengan sumber pertama lebih baik, kerana ini akan menaikkan margin untung.

 

(7) Sukar mendapatkan pekerja yang mahir

Andai kata anda perlukan pekerja untuk bantu anda dibahagian cashier, atau bahagian kedai yang bertanggungjawab menyusun atur kek, membersihkan kedai dan sebagainya, itu tak begitu sukar.

 

Sebaliknya kalau anda perlukan pekerja yang mampu untuk membuat kek, menghias kek, ini pastinya lebih mencabar. Bukan semua orang ada skill dan tahap kreativiti yang tinggi untuk lakukan kerja-kerja seumpama ini.

 

Kadang-kadang boleh juga berlaku dimana bila kita dah berjaya dapatkan pekerja yang mahir seperti itu, mereka ini tak akan bekerja lama dengan kita. Mereka minta kerja dengan kita hanya sebab mereka mahu pengalaman, nak belajar bisnes dengan kita. Bila dah pandai, dia akan berhenti kerja dan mulakan bisnes dia sendiri.

 

(8) Masa bekerja yang tidak begitu fleksibel

Ada beberapa keadaan yang membuatkan masa untuk uruskan bisnes ini tidak berapa fleksibel.

 

Andai kata anda mempunyai kedai bakeri anda sendiri, dan anda ingin sasarkan pelanggan yang keluar rumah pada awal pagi untuk beli sarapan dari kedai anda. Untuk menyediakan produk pastri yang segar, anda perlu sediakan adunan, lebih kurang seawal jam 2 pagi, yang mana pada waktu ini orag lain sedang nyenyak tidur.

 

Sanggup ke?

 

Ataupun jika anda pilih untuk meniaga kek dari rumah, anda mungkin akan dapat tempahan pada waktu yang anda ingin pergi bercuti, atau berehat-rehat.

 

Tak apa lah, inilah cabaran dalam bisnes ni. Kalau betul-betul minat, pasti tak kisah.

 

(9) Perlu siap sedia dengan modal dan bajet

Kalau dah namanya bisnes, sudah tentulah kena ada modal. Setuju?

 

Cuma disini, saya rasa saya perlu highlight tentang beberapa keadaan yang akan memerlukan anda untuk bersiap sedia dengan modal.

  1. Membeli peralatan untuk membuat kek dan lain-lain produk berkaitan
  2. Kotak pembungkusan
  3. Kos untuk menghadiri kelas dan belajar skil baru
  4. Kos untuk membuat kerja-kerja pemasaran termasuk pengiklanan
  5. Kos untuk pengurusan bisnes

 

Dan saya percaya senarai ini akan makin bertambah.

 

(10) Perancangan jangka panjang untuk bisnes

Setiap orang perlu mula dari sesuatu tahap.

 

Sama ada nak mulakan bisnes ini dari rumah. Bergerak seorang diri dengan membuat promosi dan dapatkan tempahan melalui bantuan media sosial, ataupun nak bermula dengan menyewa sebuah kedai kek dikawasan pekan atau ditempat yang agak rendah kos sewaannya.

 

Semua itu memerlukan anda untuk mempunyai perancangan bisnes yang baik.

Baca juga: Langkah demi langkah cara menulis kertas kerja rancangan perniagaan dengan format yang betul 

 

Pada peringkat permulaan, anda mungkin boleh uruskan bisnes ini seorang diri. Namun, sampai satu tahap anda akan memerlukan bantuan dan kepakaran dari luar untuk memajukan lagi bisnes anda.

 

Misalnya, kalau sampai satu masa, anda sudah tak ada masa untuk buat kerja-kerja pemasaran, dapatkanlah khidmat ejen pemasaran atau cari mana-mana freelancer yang boleh bantu anda buat kerja pemasaran.

 

Jika anda perlukan bantuan dalam bab-bab pengurusan kewangan, ada sebarang masalah berkaitan dengan aspek percukaian, juga ada individu yang anda boleh rujuk. Kalau tanya saya, saya akan cadangkan anda rujuk dengan akauntan dan saya syorkan anda hubungi kenalan saya iaitu Pn Diyana.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan aspek pengurusan kewangan, percukaian dan hal-hal berkaitan syarikat, boleh terus whatsapp ke nombor beliau di talian +6011-2720 4420.

Anda juga boleh klik ke pautan ini untuk whatsapp Pn Diyana http://urusbisnes.wasap.my/

 

Jadi macam mana? Masih nak buat bisnes ini? Apapun, saya doakan semoga bisnes anda berjaya capai tahap yang anda rancangkan!

 

 

Exit mobile version