Blog Sabree Hussin

Kelebihan dan kelemahan bisnes ais krim yang anda perlu tahu

Perkongsian mengenai bisnes ais krim ini sebenarnya adalah lanjutan bagi catatan saya sebelum ini yang berjudul 3 sebab kenapa anda patut ceburi bisnes ais krim. Saya syorkan anda baca dulu perkongsian tersebut sebelum baca catatan saya kali ini.

 

Menjadi satu kewajipan bagi seorang usahawan untuk menilai dan mengenal pasti terlebih dahulu sesebuah peluang perniagaan. Sama ada ianya memang benar-benar menguntungkan atau sebenarnya ianya hanya gimik semata-mata.

 

Sesetengah bisnes ia tak tahan lama.

 

Secara peribadi, saya pun pernah terlibat dengan bisnes yang pendek umur. Cuma mula-mula je nampak macam gempak, dan nampak macam gah, Akhirnya, tak sampai 6 bulan, permintaan terhadap produk terus menurun dan pihak syarikat pembekal juga tak mampu untuk bertahan.

 

Jadi untuk mengelakkan situasi yang sama menimpa saya berlaku kepada anda, ada baiknya kita lakukan serba sedikit kajian terhadap bisnes ais krim ini bagi mendapatkan gambaran sama ada bisnes ni boleh pergi jauh atau pun tidak.

 

Paling penting, dengan mengkaji pro dan kontra sesuatu perniagaan, kita juga boleh mengetahui sama ada sesuatu bisnes tu sesuai untuk anda ataupun tidak. Dalam situasi ini, kita akan lihat pro dan kontranya apabila menceburi perniagaan ais krim.

 

Apa yang bestnya dengan bisnes ais krim?

Kita akan lihat dari sudut kelebihan bisnes ais krim ini terlebih dahulu.

 

Sebenarnya, kalau kita nak bandingkan antara bisnes ais krim dan lain-lain bisnes berorientasikan makanan, bisnes ais krim ada kelebihannya. Pertama, saya nak cerita dari segi margin keuntungan. Bisnes ais krim memberikan margin keuntungan yang cukup tinggi.

 

Bagaimana bisnes ais krim boleh berikan margin keuntungan yang tinggi?

Menurut Chef Afiq, penulis ebook bisnes ais krim,  jawapannya adalah pada modal untuk menyediakan bahan-bahan mentah untuk diproses menjadi ais krim tidaklah terlalu tinggi. Dengan hanya bermodalkan sekitar RM30 – RM50, anda dah boleh dapat hasil jualan sekitar RM250 – RM350.

 

Selain itu, dari segi cara untuk mendapatkan bahan mentah bagi proses penyediaan ais krim juga mudah untuk didapati. Anda tak perlu berkunjung ke dua atau tiga tempat untuk mendapatkan bahan penyediaan ais krim.

 

Ramai sebenarnya yang tak tau, bahan-bahan untuk membuat ais krim boleh didapati di kedai menjual kek. Manakala kon ais krim pula boleh dibeli di pasaraya terkemuka seperti tesco, mydin, giant dan sebagainya.

 

Agak agak anda apa aktiviti bisnes makanan yang paling minimum aktivitinya atau paling ringkas proses pembuatannya? Ok, kita ambil contoh jual roti (saya tak kata bisnes roti tak laku tapi nak kerja paling senang adalah proses buat aiskrim ye)

 

Roti mula-mula nak diuli, kemudian nak dibentuk, seterusnya letak bahan bahan seperti mix vegetarian dan last sekali baru dibakar dalam oven. Bawa keluar tak kan terus nak packaging mesti bagi sejuk dulu baru boleh dibungkuskan.

 

Aiskrim pula hanya kacau bahan-bahannya. Kemudian masukkan ke dalam mesin aiskrim, tekan suis tunggu setengah jam. Masa ni kalau nak tinggal sekejap dan buat benda lain dulu pun tak apa.

 

Lepas tu boleh masukkan ke dalam bekas besar atau terus ke dalam bekas dadih. Cukup 2 jam beku boleh jual dah. Sambil tunggu proses ini siap, anda boleh buat benda lain memandangkan semua ni mesin yang akan tolong bekerja untuk anda.

 

Senangkan?

 

Lagi satu, apabila anda dah tau macam mana proses nak buat ais krim, anda boleh komersialkan pengetahuan dan kemahiran anda tu dengan mengambil tempahan untuk jual ais krim semasa kenduri-kenduri kahwin. Sekarang ni, boleh katakan banyak jugak rumah-rumah yang buat majlis perkahwinan yang hidangkan ais krim sebagai salah satu menu. Jadi kat sini je dah satu peluang untuk anda buat duit dengan bisnes ais krim.

 

Kalau anda buat dengan cara yang proper, pasti ada permintaan. Bukannya meniaga ais krim dengan motor lepas tu cuba menjual kat tetamu yang datang ke majlis perkahwinan. Walaupun cara ni pun boleh buat duit, tetapi jika bandingkan dengan menjual kepada tuan rumah, anda sebenarnya boleh dapat lebih banyak jualan.

 

Sebab biasanya dalam majlis kenduri, orang akan jemput dalam 800 – 1,000 orang tetamu (anggaran). Ini juga bermakna, kalau anda menjual kepada tuan rumah, lazimnya bilangan ais krim yang tuan rumah akan tempah dari anda pun lebih kurang banyak macam tu jugak. Kan lagi untung.

 

Apa pula agaknya kelemahan bisnes ais krim ni?

Asyik cerita bab kelebihan sahaja, saya khuatir akan ada yang beranggapan bisnes ais krim ini adalah bisnes yang SEMPURNA yang seolah-olah tak ada kekurangannya. Saya harap anda tak salah faham.

 

Bisnes ais krim juga ada sedikit kekurangannya. Saya ingin mulakan dengan bercerita tentang kos.

 

Kos permulaan untuk buat bisnes ais krim agak tinggi sebenarnya. Memanglah kos bahan mentah untuk proses pembuatan ais krim boleh didapati dengan harga yang agak rendah, akan tetapi, peralatan untuk buat ais krim tu yang agak mahal.

 

Untuk memulakan bisnes ais krim, sekurang-kurangnya anda perlukan modal untuk beli beberapa peralatan seperti berikut

 

1. Mesin ais krim

Mesin buat ais krim ini ada pelbagai jenis. Bergantung kepada anda juga, anda minat nak hasilkan ais krim yang bagaimana. Lain jenis ais krim, maka lainlah alat yang diperlukan.

Kalau anda rujuk laman web ini, ada pelbagai mesin ais krim yang anda boleh pilih. Harganya pula berbeza dan dalam range RM700 – RM2,000 dan ada juga yang lebih mahal dari itu. Anda perlu beli mesin yang bersesuaian dengan jenis ais krim yang anda ingin jual, dan bukan sekadar pilih harga yang paling murah.

 

2. Freezer

Khas untuk simpan ais krim.

 

3. Tong insulasi ais krim

Tong ini digunakan khusus untuk memastikan ais krim tidak cair walaupun ketika anda berniaga dibawah terik sinaran matahari. Bukan semua tempat yang anda pergi ada bekalan elektrik. Jadi, untuk tempat-tempat yang anda tak boleh gunakan freezer, anda dah tentu perlukan tong insulasi ini.

 

4. Stall ais krim

Ia akan bertindak seperti work station anda. Dengan adanya stall ais krim, bisnes anda akan kelihatan lebih kemas dan nampak lebih profesional.

 

5. Scoop, loceng, gunting dan lain-lain

Nampak macam perkara minoriti, namun ianya penting. Scoop ni pun ada beberapa jenis, dan anda perlu tahu mana satu yang sesuai untuk anda.

 

Selain itu, anda juga perlukan modal tambahan untuk belajar macam mana nak buat ais krim. Dalam keadaan ini, anda ada beberapa pilihan sama ada nak datang ke kursus buat ais krim ataupun belajar terus dari mana-mana chef yang membuka kelas.

 

Masalah dengan kursus ni ialah, ia bukan selalu ada. Kalau ia diadakan sekalipun, kadang-kadang tu kita susah nak datang. Sama ada masanya tak sesuai, tempatnya terlalu jauh, yurannya terlalu mahal, ataupun kita sendiri yang tak ada modal nak pergi ke tempat kursus diadakan. Modal kat sini termasuk modal untuk penginapan, perjalanan dan makan serta minum.

 

Jadi, saya sarankan untuk anda yang memang serius nak jadikan bisnes ais krim sebagai salah satu bisnes pilihan, anda standby dengan modal kurang dari RM100 untuk dapatkan panduan Bisnes Ais Krim ini.

 

Lepas dah muat turun anda bacalah panduan tersebut. Panduan tersebut dah cukup lengkap dan pastinya dapat menjawab banyak persoalan anda mengenai bisnes jual ais krim ini. Belajar terus daripada mereka yang memang pakar itu lebih mudah!

 

Akhir kata dari saya, selamat maju jaya. Semoga perjalanan bisnes anda dipermudahkan.

 

 

Exit mobile version