Blog Sabree Hussin

The Art of Copywriting – Aqif Azizan

Apa benda sebenarnya copywriting ini?

Copywriting ini sebenarnya adalah suatu seni menggunakan dan mengolah perkataan bagi tujuan meyakinkan dan mempengaruhi pembaca atau audiens untuk melakukan suatu tindakan yang spesifik.

 

Copywriting atau teknik penulisan copywriting ini merupakan suatu skil yang kita boleh pelajari dan kuasai. Kalau dalam eko-sistem pemasaran dan perniagaan internet, ini merupakan suatu skil yang sangat berguna untuk dikuasai.

 

Posting kali ini, saya nak kongsikan mengenai sebuah buku yang saya baca berjudul The Art of Copywriting yang ditulis oleh saudara Aqif Azizan.

Boleh dapatkan disini.

Saya juga akan kongsikan serba sedikit ilmu yang berkaitan dengan topik ini, dekat mana-mana bahagian yang saya rasakan sesuai untuk saya ulas.

 

Sebagai tambahan, saya akan selitkan serba sedikit perbincangan mengenai copywriting yang perlu anda tahu, tapi tak dimuatkan dalam buku ini. Kita juga akan sentuh beberapa perkara seperti

i. Kelebihan dan kekurangan mempelajari ilmu copywriting

ii. Bagaimana ilmu copywriting ini bermanfaat untuk bisnes dan peribadi

iii. Cara untuk dapat kebaikkan yang maksimum dari ilmu copywriting

iv. Kenapa ilmu copywriting ini adalah ilmu yang penting dan berguna

v. Formula yang popular dalam menghasilkan copywriting

 

Baiklah, sebelum kita cerita panjang lebar, kita lihat dulu apa isi kandungan buku ini.

 

Bab 1 – Mencari masalah pelanggan untuk menghasilkan copywriting

Bila baca bab 1 ini, saya nampak yang saudara Aqif ini menggunakan pendekatan menyelesaikan masalah bakal pelanggan dalam menghasilkan ayat copywriting.

 

Perkara ini ada logiknya.

Sesuatu perniagaan itu wujud kerana ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

 

Bagaimana cara mereka menyelesaikan masalah pelanggan itu pula ada pelbagai kaedah. Sama ada melalui produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Kalau dalam formula copywriting, formula ini dinamakan sebagai PAS yang membawa maksud

P – Problem

A – Agitate

S – Solve

 

Sebelum kita nak pergi berlari menyelesaikan masalah bakal pelanggan, perkara pertama sudah tentu kita perlu tahu dan kenal, siapakah golongan pelanggan yang kita nak sasarkan.

 

Kita andaikan yang kita menjual produk untuk kuruskan badan.

Siapakah sebenarnya yang perlukan produk kurus ini?

 

Adakah semua orang yang gemuk perlukan produk kurus?

Saya rasa jawapannya tidak.

 

Sebaliknya, hanya orang gemuk yang merasakan berbadan besar itu memberi masalah kepada diri mereka sahaja yang akan memerlukan produk kurus ini.

 

Saya dah jumpa beberapa orang yang gemuk, yang tak merasakan gemuk itu satu masalah. Dia tak cuba untuk amalkan diet yang sihat, bersenam, dapatkan rawatan atau amalkan produk kurus.

 

Bagi dia gemuk is awesome dan dia selesa begitu.

 

Individu sebegini, memang tak berminat dengan tawaran produk kurus, walau hebat bagaimana sekalipun copywriting yang dihasilkan.

 

Bab 2 – Cara membuat copywriting untuk offer

Bab ini membincangkan topik mengenai cara untuk menulis ayat bagi mempersembahkan tawaran anda kepada kelompok yang anda telahpun kenalpasti apa masalah mereka.

 

Apabila kita membuat tawaran (offer) melalui ayat-ayat copywriting, kita perlu sedar beberapa perkara, iaitu

i. Bakal pelanggan tak percaya pada tawaran anda

ii. Mereka akan mempertikaikan keberkesanan produk anda

iii. Mereka merasakan produk ini tak sesuai dengan situasi dan masalah mereka

iv. Mereka akan menolak (reject) tawaran anda

 

Oleh yang demikian, anda perlu menyusun ayat dengan berhati-hati bagi mengelakkan situasi yang saya sebutkan itu dari berlaku. Jika tidak, kesemua usaha anda akan jadi sia-sia.

 

Bab 3 – Cara menggunakan storytelling di dalam headline copywriting

Headline adalah merupakan ayat pertama yang akan dibaca oleh golongan yang kita sasarkan.

 

Jika kita berjaya menarik perhatian mereka, melalui ayat headline yang kita hasilkan, besar kemungkinan target audiens yang kita sasarkan ini akan membaca keseluruhan tawaran kita.

 

Copywriting yang baik, dapat memujuk dan meyakinkan bakal pelanggan untuk terus membaca, dari mula sampai ke ayat yang terakhir.

 

Bab 4 – Tiru copywriting orang lain dan convert lebih baik daripada mereka

Rasa macam tak ada idea nak bina ayat copywriting yang memukau dan mampu menarik perhatian bakal pelanggan?

 

Sebenarnya dalam dunia copywriting ini, bukan semua benda kita perlu buat sendiri. Ada masanya, kita boleh tiru sahaja hasil kerja orang lain yang memang kita tahu dah terbukti berkesan.

 

Syaratnya, kita janganlah tiru bulat-bulat.

Pada masa yang sama kita juga perlulah edit dan sesuaikan dengan produk dan tawaran kita. Apa yang kita tiru adalah penggunaan ayat semata-mata.

 

Bab 5 – Strategi copywriting yang menghasilkan RM1,000,000

Bila kita belajar ilmu-ilmu pemasaran, misalnya seperti ilmu copywriting dan juga ilmu content marketing, kita sebenarnya patut berfikiran jauh.

 

“Macam mana nak hasilkan RM1,000,000 dengan ilmu yang telah aku pelajari ini?”

 

Dari segi teori, ianya sebenarnya memang boleh dilakukan. Saya berikan anda contoh.

i. Cari produk yang boleh berikan untung RM1, dan jual 1,000,000 unit

ii. Cari produk yang boleh beri untung RM10,000 dan jual 100 unit

 

Diluar sana terdapat beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta produk yang anda boleh pilih untuk promosikan dan jual.

Ilmu untuk menjual ini sudah ada dalam tangan anda.

Terutama sekali bagi mereka yang dah belajar dan dah kuasai ilmu copywriting dan juga content marketing.

 

Boleh jadi, apa yang menyekat kejayaan anda di waktu ini hanyalah kurangnya tindakan.

Anda terlalu skeptikal dengan semua peluang yang ditawarkan kepada anda.

 

Antara alasan yang mungkin anda pernah lontarkan

i. Produk ini susah nak jual

ii. Orang dah tak pakai produk ini

iii. Ada ke orang yang nak produk macam ni

iv. Banyak sangat persaingan 

 

Semua ini adalah alasan.

Tapi saya tak kata alasan tersebut adalah salah dari segi faktanya.

 

Contohnya anda kata, “produk susah nak jual…”

Kebanyakkan produk yang saya promosikan dan yang saya berjaya jual, adalah dalam kategori yang susah nak jual.

 

Tapi adakah ini bermakna saya patut stop cuba menjual?

No… at least cubalah dulu.

 

Gunakan ilmu-ilmu copywriting dan content marketing yang kita dah pelajari dan bertindaklah.

Peluang untuk dapat jualan itu pasti ada.

 

Tapi kalau dari awal, kita pilih untuk tak nak cuba, bermakna awal-awal lagi kita dah tutup peluang kita untuk berjaya.

 

Katakanlah, kita elakkan untuk jual produk yang susah nak jual, dan kita pilih produk yang senang nak jual.

Persoalannya, apa produk yang senang nak jual tu? 

 

Minyak masak? Telur? Petrol?

 

Bab 6 – Strategi asas untuk scale copywriting dan marketing bagi mencapai RM1,000,000

Bab 6 adalah lanjutan perbincangan bagi bab yang sebelum ini.

 

Kita dah tetapkan matlamat untuk hasilkan RM1,000,000.

Persoalannya ialah, apakah langkah-langkah atau strategi yang perlu dilakukan bagi merealisasikan matlamat tersebut?

 

Ada tiga langkah yang dibincangkan dalam buku ini, iaitu

i. Testing customer angle

ii. Testing ads creative

iii. Testing audience

 

Mungkin anda ada pertanyaan, bagaimana nak buat? 

Bacalah buku ini.

Ada diterangkan caranya bagaimana.

 

Cuma bila saya baca buku ini, saya tersedar beberapa perkara yang selama ini saya terlepas pandang. Misalnya

i. Target customer dah betul, tapi masalahnya ayat copywriting yang saya hasilkan tak cukup kreatif dan tak berjaya meyakinkan kelompok pelanggan tersebut

Ini biasa berlaku bila kita tak semak prestasi konten yang telah dihasilkan.

 

Kalau copywriting yang bagus selalunya kita boleh nampak kesan positif melalui beberapa indikator seperti

a. Ada banyak klik pada konten

b. Ada banyak enggagement

c. Berlaku conversion kepada sales

 

Sebaliknya, kalau perkara-perkara tersebut tak kelihatan walaupun ada banyak trafik, ini patutnya sudah memberi petunjuk bahawa copywriting yang dihasilkan tak cukup bagus, kurang kreatif dan ia perlu ditambahbaik.

 

ii. Ayat copywriting dah mantap, tapi konten saya yang mengandungi copywriting tersebut tak sampai kepada target audiens

Ini pun satu masalah yang saya sering terlepas pandang.

 

Konten yang saya hasilkan sebenarnya tak sampai kepada target audiens. Anda juga mungkin berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama.

 

Masalah dengan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, mereka tak akan dengan mudah memberikan free exposure terhadap konten yang kita hasilkan kepada pengguna lain. Kalau kita mahukan lebih ramai orang dapat lihat konten yang kita hasilkan, kita perlu bayar.

 

Kalau nak harapkan ada orang like, share, komen dan sebagainya, tunggulah sampai kita ni betul-betul popular dan pada waktu tu barulah konten kita dihargai.

 

Dalam buku ini, selain anda perlu tahu membina ayat copywriting yang bagus, anda juga perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan iklan. Dengan ini barulah konten yang dihasilkan dapat sampai kepada target audiens yang disasarkan.

 

Bab 7 – Cara brainstorm dan buat copywriting untuk jual penapis air

Bab ini lebih kurang seperti bab gula-gula untuk memikat usahawan yang terlibat dalam bisnes menjual penapis air.

 

Kalau anda merupakan seseorang yang terlibat dalam industri ini, tapi sampai ke hari ini, anda tak pernah lagi tahu apa itu copywriting, dan bagaimana cara untuk membina ayat copywriting yang cukup bagus untuk mempromosikan bisnes penapis air anda, maka buku ini adalah salah satu buku yang anda boleh jadikan rujukan untuk permulaan.

Langkah untuk menggunakan copywriting bagi tujuan menjual penapis air ini tetap sama seperti yang dibincangkan dalam bab sebelum ini.

i. Anda kenalpasti kelompok pelanggan yang anda mahu sasarkan.

ii. Kenalpasti apa dia masalah yang mereka hadapi

iii. Berikan tawaran yang menyelesaikan masalah tersebut

iv. Gunakan ayat copywriting yang betul untuk yakinkan pelanggan tersebut

 

Bab 8 Formula membuat copywriting untuk hartanah

Seterusnya adalah bab yang membincangkan tentang kaedah atau strategi untuk menghasilkan copywriting khusus untuk menjual hartanah.

 

Saya boleh faham, kenapa saudara Aqif membuat bab khusus untuk membincangkan topik membina copywriting mengikut industri.

 

Pertama, saya kira sebab dia nak tarik perhatian mereka yang berada dalam industri tertentu untuk membaca buku yang dihasilkan ini.

 

Kedua pula sebab sikap segelintir pelanggan itu sendiri.

 

Ada pelanggan yang suka bertanya,

“teknik penulisan copywriting ini sesuai ke untuk bisnes yang saya buat?”

 

“Encik buat bisnes apa?”

 

“Saya buat bisnes jual buku…”

“Saya buat bisnes homestay…”

“Saya buat bisnes jual emas…”

Ilmu copywriting ini adalah ilmu merentas perniagaan. Saya boleh katakan semua perniagaan sesuai untuk menggunakan teknik copywriting, tak kiralah sama ada dalam penghasilan iklan, penulisan artikel, skrip untuk video dan sebagainya.

 

Jadi untuk kategori individu yang suka bertanya “ilmu copywriting ini sesuai ke untuk bisnes saya?”, saya nampak tak cukup sekadar kita kata ya sesuai.

 

Lebih jelas kalau diterangkan dan ditunjukkan terus bagaimana cara nak mengaplikasikan konsep copywriting ini terus, spesifik mengikut industri mereka.

 

Bab 9 – Cara membuat copywriting untuk takaful

Kemudian dalam bab 9 ini pula, saudara Aqif menyentuh topik perbincangan tentang cara menggunakan ilmu copywriting dalam membina iklan yang dapat menarik prospek untuk membeli pelan perlindungan insurans atau takaful.

 

Sebagai pemain dalam industri, saya kira anda juga sedar akan hakikat bahawa tahap persaingan dalam industri anda ini sangat sengit.

 

Diluar sana terdapat

i. Banyak syarikat insurans

ii. Banyak syarikat takaful

iii. Ada bank yang turut menawarkan produk perlindungan insurans/takaful

iv. Ada ramai ejen yang turut menjual produk yang sama

 

Justeru, untuk mendapatkan klien yang akan mendapatkan pelan perlindungan dari anda, anda perlu bersaingan dengan ejen-ejen yang lain, dan perlu dilihat sebagai seorang ejen yang terbaik.

 

Persoalannya, bagaimana cara untuk menunjukkan bahawa anda adalah ejen yang bagus dan patut dipilih oleh klien?

Kita cadangkan supaya anda banyakkan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman di media sosial.

 

Anda hasilkan konten yang menarik untuk disiarkan di media sosial anda.

Konten yang mempunyai tahap enggagement yang tinggi, anda boleh tingkatkan lagi capaian melalui iklan berbayar.

 

Dimana keperluan atau kepentingan teknik copywriting ini?

Teknik copywriting ini akan main peranan yang sangat besar dalam menghasilkan konten yang dapat memikat bakal pelanggan untuk buat tindakan seperti yang anda mahukan.

 

Dalam strategi content marketing, matlamat utama kita adalah untuk memberikan informasi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada mereka. Tetapi sekadar memberikan informasi masih belum cukup untuk memujuk atau mempengaruhi audiens ini untuk melakukan tindakan yang kita mahukan.

 

Atas sebab itu, kita perlu masukkan elemen-elemen copywriting dalam konten yang dihasilkan.

 

Bab 10 – 20,000 unit phone holder terjual

Kisahnya dalam bab ini adalah tentang pengalaman saudara Aqif membantu sahabatnya mendapat jualan sehingga 20,000 unit phone holder. Awalnya produk ini agak sukar untuk dijual, tapi apabila beliau cuba ubah strategi, akhirnya beliau berjaya jual produk ini dengan banyak.

 

Walaupun kisah yang dikongsikan adalah tentang menjual produk phone holder, ia sepatutnya dapat memberikan anda idea, bagaimana untuk menjual produk anda dengan cara yang lebih kreatif berbanding sebelum ini.

 

Kelebihan buku The Art of Copywriting – Aqif Azizan

Buku ini mengandungi 118 muka surat sahaja.

 

Ia bukannya sebuah buku yang sarat dan padat dengan perkataan. Sebaliknya ia dipersembahkan dengan gaya persembahan interaktif, dan banyak mengandungi gambar-gambar.

 

(1) Penerangan dan gaya penyampaian yang ringkas

Anda boleh baca dan habiskan buku ini dalam masa kurang satu jam, kalau anda benar-benar fokus.

 

Kemudian, kalau anda nak ulang-ulang baca sampai faham pun mudah.

 

(2) Konsep buku ini lebih kepada untuk memberi anda action plan atau pelan tindakan.

Anda baca, kemudian anda boleh terus praktikkan.

 

Tiada penerangan yang panjang berjela-jela semata-mata untuk memberikan kefahaman kepada pembaca. Buku ini khusus untuk mereka yang nak terus bertindak dan boleh mula menghasilkan ayat copywriting mereka sendiri.

 

Terpulanglah pada anda, sama ada nak baca buku ini sampai habis dulu baru bertindak, atau terus bertindak setelah habis baca sesuatu bab.

 

Kekurangan buku The Art of Copywriting – Aqif Azizan

Secara peribadi, saya rasa buku ini ada sedikit yang kurang, membuatkan saya rasa kurang puas bila baca buku ni.

 

(1) Penulis hanya membincangkan mengenai satu sudut penulisan copywriting sahaja

Dalam buku ini, pembaca hanya didedahkan tentang satu sudut penulisan copywriting sahaja, iaitu dari sudut menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

 

Sebenarnya, kalau bercerita mengenai penulisan copywriting ini, kita masih ada beberapa kaedah atau sudut penulisan lain, misalnya

i. AIDA

Merujuk kepada akronim attention, interest, desire dan action.

 

ii. Story telling

Ini merupakan strategi menghasil cerita dan membina naratif yang boleh menyentuh hati dan emosi bakal pelanggan untuk bertindak seperti mana yang kita mahukan.

 

iii. Ciri & Manfaat

Copywriting ini juga boleh dihasilkan dari sudut perbincangan mengenai ciri dan manfaat. Ya memang betul, ada yang berpendapat bila kita nak menjual sesuatu, kita tak perlu cerita panjang lebar mengenai ciri (features) produk sebaliknya kita fokus kepada manfaat sahaja.

 

Sebenarnya, kalau nak tolak terus dari mencerita tentang ciri produk pun tak boleh juga. Ia sebenarnya bergantung kepada apa jenis produk yang kita nak jual, dan kepada siapa kita nak jual.

 

Untuk orang yang mempunyai latar belakang teknikal, mereka ini suka untuk dengar tentang ciri-ciri yang ada pada produk. Bukan sekadar nak tahu apa manfaat produk itu semata-mata.

 

Soalan lazim berkaitan dengan topik copywriting

(1) Apa itu copywriting?

Copywriting adalah suatu proses menghasilkan bahan penulisan (copy) yang kandungannya disusun khusus untuk mempengaruhi audiens untuk mengambil tindakan yang spesifik seperti mana yang kita mahukan.

 

Tindakan yang spesifik ini merujuk kepada perkara-perkara seperti

i. Membuat pembelian

ii. Mendaftar sebagai ahli

iii. Menekan klik pada pautan tertentu

iv. Menghubungi anda

v. Mengikuti anda di media sosial

 

(2) Apakah contoh copywriting?

Copywriting ini penggunaannya boleh dilihat dalam surat jualan (sales letter), kempen pemasaran emel, posting media sosial yang menjual produk, artikel pada blog, dan iklan.

 

(3) Adakah copywriting berbeza dengan content marketing?

Fokus copywriting adalah untuk mempengaruhi audiens (atau pembaca) untuk melakukan tindakan yang spesifik seperti yang kita mahukan.

 

Manakala content marketing pula adalah kandungan (konten) yang kita hasilkan bagi tujuan memberi informasi dan pendidikan kepada audiens. Biasanya konten yang kita hasilkan itu perlulah bermanfaat, relevan dan membawa mesej yang konsisten.

 

Sebaik-baiknya, kita gabungkan ilmu copywriting dalam penghasilan konten untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

 

(4) Adakah copywriting penting dari sudut pemasaran?

Copywriting memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk menjalinkan hubungan dengan bakal pelanggan.

 

Melalui teknik copywriting ini juga, anda dapat mempengaruhi bakal pelanggan untuk melakukan tindakan spesifik yang anda mahukan, sama ada membuat tempahan, menghubungi anda, atau melayari laman web tertentu.

 

(5) Adakah sesiapa sahaja boleh belajar copywriting?

Ya sudah tentu. Sesiapa sahaja yang minat dengan ilmu ini, boleh belajar cara-cara untuk menggunakan ilmu copywriting dalam aktiviti pemasaran. Salah satu cara untuk belajar ilmu ini adalah menerusi buku The Art of Copywriting tulisan Aqif Azizan.

 

Selain itu, anda juga boleh belajar melalui Youtube, blog penulis yang menulis topik ini, kursus online dan sebagainya.

 

(6) Dekat mana boleh dapatkan buku The Art of Copywriting?

Buku ini boleh diperolehi dengan sangat mudah (buat masa ini) sama ada di Shopee, Lazada dan juga PG Mall. Ada banyak seller yang menawarkan harga yang berbeza-beza.

Anda boleh gunakan pautan ini untuk buat tempahan.

 

(7) Bagaimana cara untuk kuasai teknik copywriting?

Teknik penulisan copywriting ini boleh dipelajari dan boleh dikuasai. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk kuasai skil ini ialah dengan belajar dari contoh copywriting yang berjaya, buat latihan penulisan selalu dan banyakkan membaca bahan bacaan mengenai topik ini.

 

Penutup

Buku ini dijual dengan harga RM35 sahaja.

Walaubagaimanapun, jika anda beli melalui platform shopee, boleh dapat dengan harga yang lebih murah.

Anda boleh tekan pautan ini untuk ke Shopee.

 

So ya… nak belajar ilmu copywriting?

Buku The Art of Copywriting ini adalah salah satu buku yang anda patut baca.

 

 

Exit mobile version