Blog Sabree Hussin

Tempahan Dua Kotak Madu Sunnah

Masa awal-awal saya mula menjadi penjual produk Madu Sunnah keluaran Natural Herbs Sdn Bhd, saya sempat berbincang dengan seorang kenalan rapat mengenai produk ini.

Dah tentu tujuan asal bukan sekadar nak bincang-bincang kosong, tentulah saya bermaksud untuk cuba hasilkan jualan sekurang-kurangnya sekotak atau dua madu sunnah.

Kadang-kadang betul juga kata setengah orang, menjual kepada orang yang kita kenal dengan rapat, adakalanya lebih susah berbanding kita cuba menjual dengan orang luar.

Mereka yang rapat dengan kita ni kadang-kadang langsung tak ada tapis-tapis bila bercakap dengan kita.

Terus shoot je, walaupun kadang-kadang kita dengar pun rasa tak sedap.

Antara yang biasa saya dengar ialah produk ni mahal.

Buat masa ini ia dijual dengan harga RM110 untuk semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dijual dengan harga RM120 sahaja.

Anda boleh ke halaman jualan produk Madu Sunnah keluaran Natural Herbs. [klik sini]

Walaupun harganya agak berbeza berbanding produk-produk madu lain yang terdapat di pasaran, namun sebenarnya ia ada kelebihan dan kebaikkannya yang tersendiri.

Produk madu sunnah ini merupakan gabungan makanan yang menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW, seperti madu, kurma, Habbatus Sauda’ dan delima.

Dari segi rasa, memang sedap.

Boleh terus dimakan ataupun boleh juga kalau nak makan dengan roti 🙂

Setiap produk pasti ada pasarannya dan ada pembelinya.

Ya. Kita tak mungkin akan dapat jual kepada semua orang, tapi kita pasti akan dapat hasilkan jualan apabila kita berjaya jumpa orang yang sepatutnya.

Dalam maksud lain, orang yang sepatutnya ini merujuk kepada mereka yang

1. Ada keperluan untuk jadi pengguna

2. Ada kuasa membeli

3. Ada keinginan untuk merasa keenakkan madu sunnah

Sebelum saya jadi penjual pun, saya guna dulu produk ini. Saya lihat dulu apa kesannya.

Macam saya, kadang-kadang bila saya mula bekerja, saya kerap terlupa nak makan. Bila saya dah mula amalkan pemakanan sunnah, produk Madu Sunnah ini, apa yang saya perasan, saya masih lagi tetap bertenaga walaupun kadang-kadang lewat makan tengahari.

Jika anda juga berminat untuk dapatkan produk ni, anda boleh hubungi saya untuk tempahan.

Jangan risau, sebabnya kos penghantaran adalah PERCUMA.

 

 

Exit mobile version