Blog Sabree Hussin

Nak Tempah Madu Sunnah? Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

Beberapa hari yang lepas, saya terima satu sms dari nombor yang tak dikenali.

Soalan yang ditanyakan pada saya, “kat mana nak beli Madu Sunnah kalau di Kedah?”

Hmm… jawapan jujur dari saya… Saya pun tak tahu kedai mana di Kedah yang ada jual produk Madu Sunnah ni.

Sebagai orang berniaga, dah tentu saya ada counter offer untuk dia dapatkan madu sunnah dari saya. Asalkan si penanya tu masih lagi duduk di Malaysia, tak kira walau di mana ceruk perkampungan sekalipun, In Shaa Allah Abam Pos Laju akan tolong hantarkan. 🙂

Tak ada respons…

Saya tunggu. Masih tak ada jawapan. Saya beri lagi masa.

Akhirnya 24 jam, 48 jam berlalu. Itu lah dia. Biasanya, bila 48jam dah berlalu, tanpa ada sebarang tindakan mahupun kata putus dari bakal pembeli, selepas 48 jam, semuanya akan berubah.

Dalam masa 48 jam, mereka akan mula lupa. Dalam masa 48 jam, minat mereka mula berubah ke arah lain, dan dalam masa 48 jam tu juga, semangat asal untuk dapatkan sesuatu produk yang pada mereka kalau ada bagus, kalau tak ada pun tak apa, akan mula luntur… pudar.

Walaupun saya dah cuba yakinkan dia yang produk Madu Sunnah ni boleh dapat dari saya… namun dia tetap tak yakin.

Ada banyak kemungkinan yang bermain dalam kepala saya.

Mungkin dia tak biasa beli barang secara online. Dia mungkin lebih selesa nak pegang-pegang dan belek-belek dulu barang yang dia nak beli sebelum nak terus hulur duit.

Atau mungkin juga sebab dia kurang percaya pada saya.

Almaklumlah… tak kenal. Tak kenal maka tak percaya. Kalau dah kenal, lain lah ceritanya.

Tak apalah, yang dah lepas tu biarkanlah berlalu. Mungkin bukan rezeki. Manalah tahu, satu masa nanti tiba-tiba Allah gerakkan hati dia untuk hubungi saya semula untuk buat tempahan madu sunnah dari saya… siapa tahu kan.

Maklumat lanjut tentang madu sunnah: Klik sini

 

 

Exit mobile version