Blog Sabree Hussin

Gambar Produk Madu Sunnah

Ada banyak benda yang memang saya dah rancang nak buat tapi, asyik tak ada kesempatan nak buat.

Bukan sengaja nak tangguh-tangguhkan kerja, tapi setiap kali nak buat, mesti ada urusan lain yang lebih penting tiba-tiba muncul.

Nak tak nak, kena utamakan mana satu yang lebih penting.

Seingat saya ramai jugak yang nak tengok gambar produk madu sunnah yang saya jual di laman web Madu Sunnah.

Walaupun saya dah siarkan gambar produk madu sunnah ni di laman jualan, nampaknya ada lagi yang nak tengok versi lain.

Ok la ok la… small matter je tu.

Seperti yang anda inginkan, saya dah tangkap beberapa keping gambar produk ni. Tengoklah puas-puas ya (dan selepas tu sila buat tempahan ya)

Kotak dia berbentuk segi empat tepat. Manakala isi dalamnya adalah sachet yang mengandungi produk madu sunnah.

Ada 20 sachet dalam satu kotak.

Untuk makluman anda, produk madu sunnah ini dihantar menerusi perkhidmatan pos laju. Hari ini order, In Shaa Allah esok sampai.

Dengan syarat anda order awal-awal pagi lah ye.

Kalau dah malam baru nak order, kena tunggu hari esoknya untuk produk ini di poskan terus ke mana-mana alamat yang anda inginkan.

Andai kata anda nak tempah untuk dihadiahkan kepada orang lain pun boleh.

Hubungi saya untuk buat tempahan, buat bayaran, dan bagitahu saya nak hantar ke mana produk madu sunnah ni.

Saya pun tak akan tanya sama ada alamat yang anda bagi tu alamat anda atau alamat kenalan anda. Janji anda bayar harga yang sepatutnya, lain-lain tu saya tak akan tanya 🙂

Sebagai langkah keselamatan, produk madu sunnah yang ditempah juga akan dibalut dengan bubble wrap.

Contoh macam dalam gambar kat atas ni.

Baiklah, terima kasih kerana baca artikel mengenai gambar madu sunnah ni.

Baca juga artikel berikut : Produk Madu Sunnah Projek Tambah Pendapatan Tahun 2014

 

 

Exit mobile version