Blog Sabree Hussin

Syarikat webhosting pilihan TERBAIK di Malaysia

“Adakah anda masih pening-pening kepala dan masih lagi blurr sebab tak tau nak pilih syarikat hosting mana satu untuk anda pilih bagi memulakan projek buat duit online anda?”

 

Ah… small matter je tu. Jom saya nak share dengan anda, dua buah syarikat hosting yang saya sendiri gunakan untuk projek-projek buat duit online yang saya jalankan.

 

Memandangkan kebanyakkan projek-projek saya buat masa ni lebih tertumpu kepada pasaran tempatan (local market), jadi saya pilih untuk langgan perkhidmatan dari syarikat tempatan juga. Formula yang saya gunakan simple sahaja.

 

Kalau projek tu untuk pelanggan dari dalam Malaysia, maka syarikat hosting yang saya pilih juga dari Malaysia… kalau saya nak sasarkan prospek dari luar negara, masa tu barulah saya akan fokus kepada syarikat hosting dari luar, seperti hostgator dan sebagainya.

 

(1) Syarikat hosting NetKL

Saya percaya, kat luar sana terdapat terlalu banyak pilihan syarikat hosting untuk anda pilih. Namun, pada pendapat saya sendiri, sejak kali pertama saya melanggan perkhidmatan dari NetKL, saya rasakan inilah syarikat hosting tempatan terbaik yang patut dijadikan pilihan.

 

Boleh kata agak lama jugak saya jadi pelanggan syarikat ni. Mungkin sejak dari tahun 2009 atau mungkin 2010. Kiranya saya dah jadi pelanggan hampir 6 atau 7 tahun untuk syarikat ni. Oh satu tempoh masa yang agak lama, bukankah begitu?

 

Biasanya, dalam tempoh 6 atau 7 tahun ni, ramai yang akan mula bertukar-tukar syarikat hosting. Dari syarikat A ke syarikat B. Kemudian, akan timbullah macam-macam masalah yang diluar jangkaan. Pada saya, selagi tak ada masalah, buat apa cari masalah dengan bertukar-tukar syarikat hosting, setuju?

 

Ada pelbagai pilihan pakej untuk anda memulakan projek pertama anda. Ada pelan untuk blogger, untuk usahawan online dan macam-macam lagi. Jika anda hanya ingin beli domain sahaja, dan menggunakan servis yang ditawarkan oleh blogspot sahaja juga boleh.

 

Saya pernah tulis caranya di blog ini. Anda boleh baca post saya sebelum ini

Baca: Cara beli domain profesional untuk blog percuma blogspot

 

Saranan saya, siapa yang masih belum ada laman web sendiri, ataupun yang masih lagi bergantung sepenuhnya pada pemasaran di media sosial semata-mata, cepat-cepatlah dapatkan nama domain dan web hosting anda sendiri. Bina laman web sendiri dan bangunkan sehingga ia mampu untuk jadi laman web yang mampu untuk jadi mesin buat duit.

 

Ambik sahaja pakej dari Netkl sebagai permulaan.

 

(2) Syarikat hosting Usahawan Terbilang

Syarikat Usahawan Terbilang. Bukan calang-calang orang yang mengendalikan laman web dan servis web hosting ini.

 

Saya berpendapat, adalah kurang bijak jika hanya meletakkan mesin buat duit kita pada sebuah syarikat semata-mata. Jadi, sebagai sokongan, saya juga melanggan perkhidmatan hosting dari syarikat ini.

 

Satu yang saya suka mengenai syarikat ini ialah, dari segi perkhidmatan. Jika ada apa-apa masalah, hanya perlu PM (private message) sahaja di Facebook. Kebanyakkan pertanyaan, masalah atau apa sahaja yang saya lalui diselesaikan hanya menerusi Facebook.

 

Mudah? Memang mudah. Buat apa nak susah-susahkan diri kalau ada pilihan yang mudah. Baiklah, ini yang saya boleh cerita mengenai syarikat hosting yang ada di Malaysia. Secara ringkas, pendapat saya secara peribadi, kedua-dua syarikat ini adalah antara pilihan terbaik jika anda perlukan perkhidmatan web hosting.

 

Syarikat lain? Saya kurang tahu. Sebab saya tak ada pengalaman menjadi pelanggan mereka.

 

Jadi, tunggu apa lagi tu. Mulakan projek anda seawal yang mungkin, dan berikan komitmen yang tak berbelah bahagi. In Shaa Allah, anda juga yang akan dapat manfaatnya nanti.

 

 

Exit mobile version