Blog Sabree Hussin

Semoga Oktober hadir membawa seribu senyuman dan kasih sayang

Selamat datang ke bulan Oktober 2015! Pemandangan diluar tingkap masih lagi ditutupi kabus yang sesekali menyebabkan rasa gatal yang melampau dibahagian mata. Walaupun sesekali angin sejuk bertiup namun jauh sekali menunjukkan adanya tanda-tanda hujan akan turun. Entah sampai bila agaknya keadaan ini akan berterusan.

 

Daripada sumber berita pula, dipercayai keadaan ini akan berterusan hingga pertengahan atau akhir bulan Oktober. Situasi akan jadi lebih buruk dengan fenomena el nino yang bakal menyusul tak lama lagi. Huh bala… Hadirnya ia sebagai peringatan kepada hati-hati manusia yang begitu cenderung untuk melakukan dosa. Moga-moga ada pengajaran yang dapat dipelajari daripada apa yang sedang berlaku sekarang ni.

 

Kadar tukaran matawang RM berbanding USD

Kalau sekitar bulan Ogos 2015 yang lepas, mungkin kita semua ada dengar, yang khabarnya nilai Ringgit tidak akan mencecah hingga ke tahap RM4 apabila ditukarkan dengan matawang USD. Namun hari ini, faktanya nilai RM makin susut nilai jika dibandingkan dengan USD.

 

Mereka yang pendapatannya dalam matawang USD, dia akan untung. Manakala mereka yang perlu berbelanja dalam matawang USD, kali ini mereka terpaksa keluar belanja lebih banyak dari biasa. Desas desus yang saya dengari, situasi ini mungkin akan berterusan hingga ke hujung tahun. Lets hope for the best, and planned for the worst.

 

Perancangan untuk bulan Oktober 2015

Those who failed to plan, plan to FAIL

 

Ada benarnya pepatah inggeris tu. Kalau kita tak ada perancangan, tak mungkin tindak tanduk kita akan menjurus kearah tindakan orang yang berjaya. Mungkin kita akan cenderung mengikut sifat debu, yang hanya terbang ke sana dan kesini dibawa angin.

 

Program affiliate Bookcafe

Ini adalah program affiliate yang terbaru yang saya join sebelum bulan Oktober 2015 bermula. Saya kira, inilah dia salah satu program affiliate yang patut disertai oleh para pencinta buku. Satu masa dulu, sebelum saya ada komitmen tambahan macam sekarang ni, setiap bulan sekurang-kurangnya saya akan peruntukkan RM100 – RM150 untuk beli buku.

 

Genre kegemaran saya adalah self help, motivasi, pengurusan perniagaan, pemasaran, pengurusan kewangan, agama dan sebagainya. Saya perhatikan, senarai buku yang dijual di bookcafe sebahagiannya telahpun saya beli satu masa dulu.

 

Mungkin juga selepas ini, saya akan banyakkan post-post yang mengandungi review tentang buku-buku yang pernah saya beli sebelum ni.

 

Program affiliate Lazada

Orang Malaysia memang suka shopping. Walaupun shopping complex kelihatan lengang dengan macam-macam masalah ekonomi, pembuangan pekerja dan sebagainya, namun jangan terpedaya! Orang tetap shopping macam biasa secara ONLINE.

 

Antara laman web shopping yang menjadi pilihan antaranya adalah seperti Lazada, Zalora dan sebagainya. Kalau tak shoping kat laman web ini pun, manusia tetap terus membeli secara online menerusi orang perseorangan dan peniaga kecil lain di internet.

 

Program affiliate Amora

Laman web ini memfokuskan jualan produk-produk fizikal dalam niche kesihatan dan kecantikkan. Industri ini juga menawarkan peluang untuk buat duit yang agak lumayan. Klik sini untuk sertai affiliate Amora.

 

Ada banyak lagi program affiliate kat luar sana. Namun untuk bulan Oktober ni, 3 program ni looks promising. Ashadee, klikjer, jobdirumah tu biasalah.

 

Servis penulisan artikel advertorial

Bulan Oktober ini akan jadi bulan yang ketiga saya tawarkan servis advertorial menerusi laman web servis advertorial 5 ini. Masih lagi harga promosi, dan mungkin saya akan naikkan lagi harga dari masa ke masa. Seiring dengan kualiti kerja dan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan satu advertorial.

 

Quality over quantity

 

Banyak masa yang diperuntukkan untuk hasilkan artikel advertorial yang boleh convert untuk menghasilkan leads, prospek mahupun jualan. Jika artikel utama kurang kick untuk mendapatkan jualan sekalipun, akan ada beberapa artikel susulan sebagai back up ataupun booster untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat hasil yang terbaik.

 

Ya memang banyak masa yang diperlukan, dan masa adalah sumber yang paling sukar untuk diperolehi sekarang ni.

 

Sasaran trafik blog sabreehussin dot com

Purata trafik yang masuk ke blog ini adalah sekitar 12,000++ dalam bulan September. Secara purata sekitar 400++ jumlah view dalam sehari. Walaupun sebenarnya, adakalanya jumlah ini mencecah 600++ pada hari-hari tertentu. Data ini adalah seperti yang ditunjukkan oleh wordpress stats hasil daripada penggunaan plugin jetpack.

 

Trafik yang masuk ke laman web ini kebanyakkan datangnya daripada laman web carian search engine seperti google. Satu kaedah yang agak pasif untuk mendapatkan trafik secara selesa dan hasilkan pendapatan dalam program affiliate setiap bulan.

 

Satu sumber trafik yang agak kurang saya manfaatkan adalah sumber trafik dari laman web media sosial Facebook. Dengar cerita, walaupun hanya menggunakan teknik-teknik percuma dan tanpa kos, masih lagi boleh tarik sejumlah trafik yang agak banyak dan convert kepada sales, lebih-lebih lagi untuk mereka yang buat duit dengan program affiliate macam saya. Sound interesting, isn’t it?

 

Setidak-tidaknya, jika pengamal kaedah ini dah faham dan jelas, bagaimana nak tarik trafik dari laman web media sosial Facebook, mereka mempunyai alternatif lain selain daripada perlu bergantung kepada teknik SEO yang mungkin buat sebahagian orang agak memeningkan kepala dan rumit.

 

Sama ada nak manfaatkan trafik tersebut untuk buat duit dengan program affiliate, program pengiklanan, dropship dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada pilihan dan kreativiti anda. Andalah yang buat pilihan.

 

Program referral Tone Excel with Autodownline

Bulan oktober ni jugak adalah bulan kedua usia akaun Tone Excel saya yang saya buka menerusi laman web sistem autodownline. Masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk kembangkan akaun ni supaya dapat jana income tambahan sekurang-kurangnya 3 angka setiap bulan.

 

.

..

Baiklah, sebagai pembukaan untuk bulan oktober 2015, inilah dia antara catatan rawak yang terlintas di fikiran. In Shaa Allah, more to come. Bulan ni, misi untuk selesaikan hutang-hutang disambung.

 

 

Exit mobile version