Blog Sabree Hussin

Saya pernah GAGAL, sebab tu saya TAK NAK GAGAL sekali lagi

Bisnes Tone Excel bukanlah bisnes jenis network marketing yang pertama yang saya buat.

Sebelum-sebelum ni, rasanya tak kurang daripada 5 atau 6 bisnes yang menggunakan konsep pemasaran yang sama, yang saya dah join.

Namun semuanya kurang berhasil. Pendek kata, perjalanan saya dalam lain-lain bisnes tu terhenti di tengah jalan.

Bukanlah niat dihati ni nak buat kerja separuh hati, atau nak buat bisnes separuh-separuh. Kalau ikutkan, ada ke orang yang nak buat bisnes cuma separuh jalan?

Kalau boleh, mestilah nak buat hingga tahap maksimum. At least dapat pergi sampai ke tahap yang boleh dibanggakan.

Saya antara insan yang kurang bernasib baik

Walaupun saya mempunyai cita-cita dan keinginan yang kuat nak berjaya.

Keinginan yang kuat semata-mata masih belum cukup untuk berjaya. Ia masih tetap perlu disusuli dengan ilmu!

Sama ada ilmu pemasaran, ilmu perniagaan, mahupun ilmu kewangan. Buat bisnes bukan sesuatu yang kita boleh main-main.

Cara saya, bukannya masuk bisnes network marketing, lepas tu nak bermanja-manja dengan upline, semua benda nak mintak disuapkan. Kalau boleh semua benda nak mintak upline buatkan.

Cari prospek, mintak upline carikan.

Buat marketing, nak mintak upline buatkan.

Buat sales presentation, pun nak mintak upline yang tolong buatkan.

No way… itu bukan cara saya. Bisnes ni, bisnes saya. Dengan izin Allah, kejayaan saya dalam bisnes ni, juga berkait rapat dengan kemampuan dan kemahiran saya untuk urus bisnes ni.

Bagaimana cara nak dapatkan prospek untuk join Tone Excel menerusi network saya. Apa benda nak cakap, dan bagaimana nak cakap.

Semua tu saya perlu belajar. Kalau perlu keluar duit untuk belajar sekalipun, saya sanggup, dan tak ada hal. Saya ulangi, bisnes ni, bisnes saya sendiri, maka, saya sendiri bertanggungjawab sepenuhnya atas kejayaan bisnes yang saya nak bina ni.

Pemasaran online untuk bisnes Tone Excel

Ya

Saya guna kaedah pemasaran online. Most of the time saya guna pemasaran online. Ada sebab kenapa saya guna pemasaran online.

Pertamanya, saya ada bisnes lain yang diuruskan selain bisnes Tone Excel.

Pada masa yang sama, saya juga ada kedai runcit saya sendiri yang saya perlu jaga. Walaupun saya dibantu oleh pekerja lain, namun dalam bab-bab pembelian barangan stok dan sebagainya, masih lagi saya yang perlu buat.

Maka, jika bukan setiap hari, at least dua hari sekali saya perlu buat belian stok. At least makan masa 2 – 3 jam juga. Untuk ke tempat restock barang, susun barang dan sebagainya.

Jadi untuk saya cari prospek secara offline, memang agak terhad.

Namun, ini tak bermakna saya tak buat langsung pemasaran offline. Saya masih guna. Cuma buat masa ni, untuk saya approach stranger atau orang-orang yang saya tak kenal tu, saya masih tak buat lagi.

Lazimnya, saya hanya akan jumpa kenalan yang saya dah add di FB sahaja.

Kalau nak jumpa orang yang memang saya tak kenal, memang saya tak pernah buat macam tu lagi. Mungkin hasilnya nanti lebih baik, who knows…

Bisnes ni ada kelebihan.

Pertama dari segi produk tu sendiri. Ianya adalah produk keperluan!

Setiap bulan, at least sekali mesti nak topup handphone. Kalau tak top up handphone, apa jadi? Senang je.

Kredit akan expired, dan pengguna akan disekat daripada menggunakan telefon. Kalau anda memang pengguna handphone (dan saya pasti anda memang guna handphone) berapa ringgit sekurang-kurangnya yang anda akan belanjakan untuk topup handphone anda?

Kalau saya teka, RM30 betul tak? Bila topup RM30 bolehlah dapat validity selama 30 hari.

Bila saya kaji-kaji semula, kenapalah sebelum ni, susah betul saya nak dapat income daripada lain-lain bisnes network marketing ini… barulah saya sedar… semua ni adalah disebabkan oleh banyak faktor.

Dalam catatan kali ini, saya nak sentuh bab produk dulu.

Sebaik-baik produk, untuk diedarkan dalam konsep pemasaran berangkai adalah produk yang memerlukan penggunanya membuat belian ulangan. Maksudnya, kalau bulan ni beli, bulan depan, pelanggan yang sama akan beli lagi, begitulah seterusnya, hingga ke bulan-bulan seterusnya.

Ada ke produk macam ni?

Sebelum ni saya pernah join MLM jual buku. Memang ada banyak pilihan buku yang boleh dibeli oleh pelanggan, walaubagaimanapun, buku bukanlah produk keperluan. Kalau bulan ni beli buku, belum tentu bulan depan nak beli lagi.

Malahan, saya sendiri pun sama. Bulan ni beli buku, kadang-kadang dah nak masuk setengah tahun, baca pun tak pernah lagi.

Saya pun jadi bingung, kalau macam ni punya susah… macam mana saya nak berjaya dapat income dalam bisnes ni. Pening-pening…

Pernah juga saya join MLM jual produk kesihatan.

Produk kesihatan ini ada potensi untuk dapatkan jualan secara berulang. Namun, seperti yang anda boleh lihat, produk kesihatan ni tak unik.

Produk-produk baru, yang menawarkan fungsi yang sama, amat pantas dikeluarkan dan menemui pasaran. Dengan harga yang lebih murah, dan khasiat yang nampak lebih ajaib, maka ia beri tekanan kepada pelanggan sedia ada.

Bisnes… perlukan pelanggan. Jika kita perlu rampas pelanggan daripada bisnes lain untuk survive, maka itulah yang akan kita buat.

Maksud rampas disini adalah dalam erti kata memberi perkhidmatan, produk dan servis yang terbaik, dan lebih bagus berbanding bisnes lain.

Kesudahannya… syarikat tak dapat bertahan lama. Maka sekali lagi, saya kena tendang daripada mencapai keinginan saya untuk berjaya dalam bisnes ni.

Adakah saya patut give up?

Silap saya ialah, saya belum betul-betul ada ilmu yang sepatutnya untuk berjaya dalam bisnes ni.

Lagipun pada waktu tu, saya masih lagi belum temui satu syarikat yang betul-betul boleh berikan produk yang berkualiti, mempunyai potensi untuk dapatkan jualan ulangan, dan memang produk yang dicari-cari.

Pada hari ini, saya melihat ciri-ciri tu terdapat pada bisnes telekomunikasi menerusi syarikat Tone Excel.

Alhamdulillah, saya juga beberapa kali dapat merasa komisyen hasil daripada memasarkan produk tersebut.

Screenshot atas ini adalah komisyen level dua yang saya terima.

Kenapa saya tunjuk yang level 2?

Level 2 adalah “hasil kerja” downline level 1 saya. Saya tak banyak main peranan untuk dapatkan komisyen level dua ini. Peranan saya hanyalah

  1. Jawab soalan jika ada sebarang pertanyaan daripada level 1 saya
  2. Urus tempahan simkad termasuk penghantaran jika level 1 saya ingin beli simkad

Betapa mudah dan simple nya kerja saya.

Saya masih tak kaya lagi, jika anda masih tertanya-tanya. Bukti income diatas pun, sekadar untuk beri anda kesedaran, bahawa jika anda serius nak berbisnes, bisnes tone excel ini adalah salah satu bisnes yang bagus.

Saya faham ada yang tak berapa gemar dengan style bisnes seperti ini.

Untuk anda, saya tak mampu nak yakinkan anda… Saya juga tidak akan mempengaruhi anda untuk join bisnes ni ataupun untuk masuk ke dalam network saya.

Sebabnya… bukan cara saya untuk pujuk-pujuk orang, untuk cuba pengaruhi orang untuk suka dan masuk dalam bisnes yang mereka sendiri tak ada keinginan untuk berjaya.

Namun, let say kesedaran tu dah datang pada jiwa anda, you are most welcome to join my network. Bila anda bantu saya jadi kaya, maka saya juga ada banyak sebab untuk bantu anda jadi kaya.

Wallahua’lam

 

 

 

 

Exit mobile version