Blog Sabree Hussin

Saya nak berikan Travel Credit untuk pergi bercuti, tapi disalah anggap pulak

Kadang-kadang saya dapat komen yang berbunyi macam ni… “untung la ko dapat pergi berjalan merata-rata…”

 

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan dan peluang-peluang yang Allah berikan kepada saya. Saya dapat pergi ke tempat-tempat yang saya tak pernah terfikir pun akan pergi.

 

Maklumlah, kehidupan sebagai internet marketer ini, masa saya lagi banyak dihabiskan untuk duduk depan komputer, buat artikel, hasilkan konten, buat marketing. Itu sahaja. Tapi bila ada peluang pergi tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong, memang saya tak akan lepaskan begitu sahaja.

 

Perkara sebenarnya ialah, saya pergi bercuti sebab saya ada travel credit dari Airbnb.

Anda boleh ke halaman ini untuk claim travel credit anda.

 

Untuk membantu lebih ramai orang pergi bercuti, saya selalu juga bagi travel credit kepada kawan-kawan, sama ada yang saya dah lama kenal atau yang baru kenal.

 

Bila saya bagi travel credit ada pulak yang fikir…

 

saya ni cuba nak berniaga dengan mereka. 

 

Saya akui, bila saya bagi travel credit pada orang, dan orang tu pergi travel, saya akan dapat untungnya. Untung dia pun hanyalah dalam bentuk travel credit juga.

 

Saya pernah cerita dalam posting saya sebelum ini tentang bagaimana cara Travel Credit Airbnb ini berfungsi.

Jemput baca: Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila bercuti dalam dan luar negara

 

Macam sesetengah orang, dia rasa berat nak pergi bercuti, sebabnya kos penginapan tu mahal sangat. Sebenarnya bila pergi bercuti, kita bukan setakat perlu bimbangkan kos penginapan, sebaliknya ada macam-macam lagi kos yang perlu diambil kira.

 

Misalnya

  1. Kos untuk sewa kereta jika tempat yang anda pergi perlu guna kapal terbang
  2. Kos untuk makan dan minum
  3. Kos untuk masuk ke tempat-tempat menarik
  4. Kos untuk shopping
  5. Kos untuk hal-hal kecemasan atau perbelanjaan luar jangka

 

Kesemua ini akan menyebabkan kos keseluruhan untuk pergi bercuti akan jadi lebih mahal, dan untuk sesetengah orang yang tak berapa kaya ni, mereka lebih pilih untuk duduk rumah dari keluar bawa famili pergi berjalan.

 

Pergi bercuti sebenarnya bukanlah satu aktiviti yang tak berfaedah dan membuang duit semata-mata. Kalau anda pergi bercuti, setelah penat menghabiskan masa di tempat kerja, berbulan-bulan lamanya, In Shaa Allah lepas anda balik dari bercuti, anda akan jadi lebih bersemangat, bermotivasi dan seronok nak buat kerja.

 

Produktiviti anda juga bakal meningkat. Kalau tak percaya, cubalah pergi bercuti. Tak perlu lama, satu malam pun dah cukup. Apa yang penting bukannya berapa lama anda pergi bercuti, sebaliknya kualiti masa yang anda peruntukkan untuk bercuti tu.

 

Saya kata begitu sebab memang itu yang saya rasakan. Bila balik dari bercuti, memang lebih semangat nak buat kerja. Saya rasa, anda pun patut cuba!

 

 

Exit mobile version