Blog Sabree Hussin

Satu LANGKAH untuk dapat RM660 Travel Credit dari Airbnb!

Pagi ni, saya terima satu emel dari pihak Airbnb. Dalam emel tu, saya diberitahu yang saya ni “You’re one step closer to RM660 credit…”

 

Lihat screenshot dekat bawah ni.

Ini bermakna, link-link yang saya kongsikan di internet, yang membawa ke halaman ini, dah mula mendapat perhatian. Daripada ramai-ramai yang tekan klik pada pautan tersebut, ada juga yang mendaftar dan seterusnya claim travel credit tersebut.

 

Sekarang ni hanya tunggu… mereka pergi bercuti.

 

Selepas mereka pergi bercuti, saya pula akan dapat Travel Credit, sebagai ganjaran kerana telah bantu memperkenalkan laman web Airbnb kepada pengguna yang baru.

 

Untuk mengajak orang daftar sebagai ahli di laman web Airbnb ni, saya menggunakan blog sahaja. Konsep dan kaedah yang digunakan, lebih kurang sama sahaja dengan kaedah-kaedah yang pernah saya gunakan sebelum ni untuk raih komisen menerusi program-program affiliate yang pernah saya sertai.

 

Secara ringkas, jika ada yang minat nak guna teknik yang sama, ini yang anda perlu lakukan.

1. Kenalpasti, apa keyword yang ada potensi untuk di sasarkan.

2. Tulis artikel yang berkaitan dengan keyword tersebut.

3. Gunakan teknik Search Engine Optimization bagi pastikan artikel yang kita dah pernah buat sebelum ni dapat masuk ke page pertama google untuk keyword tersebut.

4. Bila dah berjaya masuk di page pertama google, boleh move on ke projek yang lain pula, sebabnya pada waktu ini, pelawat akan datang sendiri.

 

Apa nak buat dengan Travel Credit Airbnb?

Bila dah dapat travel credit dari Airbnb ni… janganlah peram sampai travel credit tu expired pulak. Bawalah keluarga pergi bercuti.

 

Travel credit ni, ada expiry date dia. Kalau tak silap saya, Airbnb cuma bagi masa selama setahun sahaja. Ini bermakna, kalau anda claim travel credit anda sekarang, kena pastikan yang anda gunakan travel credit tersebut sebelum bulan April tahun 2019.

 

Sekali tengok, memang nampak macam masa dia agak panjang, tapi jangan sampai terlupa pula kewujudan travel credit tu.

 

Anda tak tau nak pergi mana?

Kalau tak tau nak pergi mana, apa kata anda pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Selain boleh mandi di Pantai Chenang, anda boleh juga luangkan masa untuk pergi shopping dan lawati tempat-tempat menarik yang banyak terdapat di Pulau Langkawi.

 

Kalau nak buat aktiviti pun boleh. Dekat Langkawi, boleh buat snorkeling, island hopping, mangrove tour dan macam-macam lagi.

 

Bagi yang baru pertama kali nak jejakkan kaki ke Pulau Langkawi, cuti dua malam mungkin tak cukup dan tak sempat nak pusing seluruh pulau. Kalau bajet mengizinkan, apa kata luangkan at least tiga malam di situ.

 

Kalau bimbang kos akan jadi mahal, ha… masa inilah gunanya travel credit. Ia mungkin tak seberapa, tetapi dengan adanya travel credit ni, ia dapat jadi satu bentuk penjimatan juga.

 

Bagi yang masih belum dapatkan travel credit dari Airbnb bernilai RM120, anda boleh dapatkan dari halaman ini.

Boleh juga tekan pada butang Sign up to claim your credit tu.

 

Bila dah dapat travel credit tu, anda boleh guna serta merta ataupun kalau nak simpan dulu pun tak ada masalah. Cuma sekali lagi saya nak ingatkan, kalau boleh tu, jangan simpan lama-lama sangat. Bimbang anda terlupa yang anda ada travel credit lepas tu expired pulak travel credit ni.

 

Sebenarnya, kalau tak nak pergi jauh-jauh, anda boleh je kalau nak pergi tempat-tempat yang dekat. Misalnya kalau anda duduk di sekitar Kuala Lumpur.

 

Saya boleh syorkan anda check in di homestay di Wangsa Maju ni pun ok. Dekat situ ada swimming pool yang best, yang mana kalau anda bawa anak-anak pergi bercuti ke sini, pasti mereka seronok.

 

Apa pun, travel credit anda, terpulang kepada anda nak gunakan macam mana pun. Sekiranya anda minat nak tahu, macam mana nak dapatkan lagi banyak travel credit lepas ni, boleh baca perkongsian saya sebelum ni.

Baca di: Cara mudah untuk dapatkan Travel Credit dari Airbnb

 

 

 

 

 

Exit mobile version