Blog Sabree Hussin

Proses Cash Out Earning 8share Berjalan Lancar

Ini merupakan pengalaman kali pertama saya cash out earning dari 8share.

Berdebar-debar jugak rasanya. Almaklumlah, sebelum ini, saya kerap jugak dengar ada kes, pemilik akaun 8share tak boleh nak cash out earning.

Saya pun kurang pasti, apa sebabnya mereka tak berjaya nak cash out earning dari 8share.

Mungkin ke sebab masih lagi tak cukup syarat, sebab tu tak boleh cash out?

Syarat nak cash out earning 8share ni kan, mesti kena capai RM50 sekurang-kurangnya. Kalau earning tak sampai RM50, memang tak boleh nak cash out la.

Lagi satu, sebelum nak cash out, pihak 8share juga akan melakukan proses verifikasi.

Ini untuk memastikan pemilik akaun tak melakukan sebarang penipuan klik.

Tak kan lah korang fikir, 8share senang-senang je nak bagi duit kat penipu? Mereka pun perlu pastikan, hanya yang benar-benar layak sahaja yang dapat bayaran.

Tengah tunggu masa untuk duit tu masuk.

Anda jenis yang suka nak buat duit tanpa perlu keluar sebarang modal?

Ha… anda memang sesuai untuk buat duit dengan 8share.

Klik sini untuk join 8share.

Sebenarnya, anda boleh buat lagi banyak daripada yang saya buat. Mungkin, saya tak cukup rajin… sebab tu cuma berjaya kumpul dalam RM50++ je.

Kalau anda ada banyak masa, dan bijak buat pemasaran, saya yakin, anda boleh dapat at least RM300 – RM500

Cubalah.

Tips buat duit dengan 8share

Pertama, anda kena rajin.

Kerja dia tak susah. Anda cuma perlu share iklan-iklan yang terdapat diruangan dashboard.

Dengan hanya satu klik, pada butang share, iklan tu nanti secara automatik akan muncul di twitter atau akaun google+ anda.

Kalau nak share di FB pun boleh.

Lihat link yang berwarna biru pada gambar berikut

Link itu hanya perlu copy dan paste di FB anda.

Masukkanlah serba sedikit ayat-ayat yang menggoda.

Inilah masanya untuk anda manfaatkan ilmu copywriting, ilmu tulis headline dan ilmu call to action yang anda miliki.

Kedua, selain rajin, anda mesti sanggup beri komitmen.

Tak sanggup beri komitmen, alamatnya, income pun tak ada lah. 🙂

By the way, saya perasan, 8share ini kerap juga buat perubahan serba sikit pada sistem mereka. Jadi, anda pun kenalah peka yang terhadap sebarang perubahan yang berlaku kat sistem mereka.

 

 

 

Exit mobile version