Blog Sabree Hussin

Pengguna Akaun 8share. Anda Harus BERHATI-HATI!

Dua tiga menjak ni, laman web 8share antara laman web yang berjaya menarik perhatian saya untuk dijadikan sasaran dan sumber pendapatan bagi menambahkan lagi sumber pendapatan saya secara online.

Macam yang saya pernah sebutkan dalam artikel sebelum ini, bulan May ini saya target nak cash out earning dari 8share untuk kali pertama.

Maka, memandangkan saya memang dah nekad, so maknanya saya kena gandakan lagi promosi.

Sebenarnya tak susah untuk cash out. Sebabnya, minimum cash out hanyalah RM50.00 sahaja.

Buatlah promosi macam manapun, asalkan tak langgar terma dan syarat 8share. Alhamdulilah, dah layak untuk cash out.

In Shaa Allah, lepas ni saya akan kurangkan tunjuk screenshot income dari 8share 🙂

Lagipun, saya dah buktikan yang boleh capai minimum cash out untuk bulan ni, itu dah cukup buat saya rasa puas hati.

Berkenaan laman web 8share, mana-mana info yang saya boleh baca, saya akan baca.

Dari terma dan syarat, code of honor, FAQ dan lain-lain lagi yang boleh dicapai.

Letih nak taip kat google, “tips buat duit dengan 8share” ataupun “panduan buat duit dengan 8share” ni, sebabnya masing-masing cuma cerita benda yang sama.

Pusing-pusing, alih-alih cuma nak cerita cara macam mana nak daftar, itupun cuma cerita lebih kurang je, kemudian cara macam mana nak share iklan 8share.

Pendek kata, saya tak pernah lagi nampak ada mana-mana blog yang kongsikan tips atau teknik yang betul-betul lain daripada yang lain.

Maka atas sebab itulah, ada baiknya saya study je terus laman web 8share ni. Itu lagi mudah. Sebabnya semua maklumat dan info yang saya perlukan memang dah tersedia di laman web 8share ni.

Terbaru yang saya baca tentang 8share ini ialah mengenai 8share user report form.

Lihat anak panah pada screenshot diatas.

Kalau anda berjaya kenal pasti individu yang buat cara yang salah dalam mempromosikan iklan dari 8share, sebagai contoh menggunakan kaedah

–> Mesej iklan yang mengelirukan dan tidak menyamai iklan

–> Spam

–> Pop Ups

–> Pay per clicks seperti FBAds dan Google Adwords

–> Mempunyai multiple account/ menggunakan identiti yang mencurigakan

… maka anda boleh report pada pihak 8share supaya mereka yang buat kesalahan ini akan diambil tindakan dan pada masa yang sama anda akan menerima ganjaran.

Apa ganjaran yang 8share nak bagi tu… saya tak pasti pulak.

Bagus jugak pihak 8share buat macam ni.

Setiap ahli akan jadi reporter bebas untuk pihak 8share. Barulah setiap orang berjaga-jaga sebelum nak buat komplot atau buat pakatan jahat.

Kalau anda masih belum join 8share, boleh join dengan isi borang di laman web rasmi 8share sekarang.

 

 

Exit mobile version