Blog Sabree Hussin

Earning 8share Naik Mendadak Kurang 24 Jam

Cerita tentang buat duit dengan 8share masih lagi belum berakhir.

Terkejut jugak saya, lepas saya praktikkan teknik RAHSIA ini, earning terus meningkat.

Asalnya earning dalam akaun 8share saya ada sekitar RM37.00

Selepas saya gunakan teknik RAHSIA ni, terus ada pertambahan sebanyak RM8 dalam masa kurang daripada 24 jam

Apa yang special sangat dengan pertambahan sebanyak RM8 dalam masa kurang daripada 24 jam ni?

Ok

Tak ada apa yang special pun, lebih-lebih lagi kalau anda memang dah power dalam bidang buat duit dengan 8share ni.

Saya masih baru (malah terlalu baru) dan kurang pengalaman lebih-lebih lagi dengan 8share. Seperti yang saya pernah ceritakan dalam post sebelum ini, saya tak pernah langsung cash out earning dari 8share walau sekali pun.

Sebab tu lah saya agak excited bila teknik RAHSIA yang saya gunakan ni nampak membuahkan hasil.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, saya juga perlu berhati-hati, dan perlu sentiasa pastikan teknik yang saya gunakan ini tak melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak 8share.

Kegagalan mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh 8share boleh menyebabkan akaun kita kena banned dan semua earning terkumpul tidak akan dibayar.

Kan rugi tu.

Kat bawah ini pulak ialah terma dan syarat yang perlu diikuti yang telah ditetapkan oleh pihak 8share.

Anda boleh layari laman web 8share dengan menekan pautan ini untuk melihat paparan yang lebih jelas.

Jika anda perhatikan pada screenshot diatas, bahagian yang saya tandakan dengan warna biru menyatakan

You must not post Specials through Facebook ads, Google ads or any paid advertising space or service;

Nasib baik saya ada baca dulu.

Hampir-hampir saya gunakan FB Ads ataupun google adwords untuk promote link 8share ini.

Memandangkan saya dah baca, maka selamatlah.

Berkenaan teknik RAHSIA yang saya gunakan ni pulak, siang tadi saya dah hantar email ke helpdesk 8share untuk confirmkan sama ada teknik yang saya gunakan ini legal atau tidak.

Sebabnya, bila saya baca terma dan syarat 8share ni, teknik yang saya pakai ni nampaknya tak ada masalah untuk digunakan. Ia tidak melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan.

Apapun saya masih lagi menunggu jawapan balas daripada pihak 8share. Just to be sure.

Anda dah pernah join 8share ke?

Kalau masih belum, jom join sekarang dengan menekan pautan ini.

Sekiranya anda sudi untuk join menerusi pautan yang saya berikan diatas, saya akan menerima komisyen referral sebanyak RM1 hasil daripada penyertaan anda kedalam program pengiklanan 8share ini.

 

Exit mobile version