Blog Sabree Hussin

Perkembangan Positif Menggunakan Sistem Jualan PRO

Bukan mudah nak buat keputusan sama ada nak dapatkan atau tidak produk Sistem Jualan PRO oleh Rahman Basri ini.

Ada macam-macam perkara perlu dipertimbangkan, pertama dari segi harga. Ia dijual dengan harga RM247 (mungkin akan dinaikkan harganya).

Kedua, ramai sebenarnya yang takut nak keluarkan duit sebanyak tu. Walaupun sebenarnya dalam hati, mereka memang nak sangat upgrade diri dengan mendapatkan ilmu-ilmu pemasaran dan perniagaan secara online.

Siapa beli produk ini, lepas dia beli dia study dan fahamkan isi kandungannya dengan sebenar-benar faham, dia pasti akan lebih berjaya apabila buat pemasaran secara online kelak.

Tak ada short cut untuk berjaya.

Semuanya kena bermula dari bawah. Kalau tak bermula dari peringkat paling bawah sekalipun, setiap orang perlu bermula dari tahap ilmu yang mereka ada sekarang.

RM247 itu merupakan satu komitmen yang agak besar.

Jika anda bekerja makan gaji, dan gaji anda ialah RM100 sehari, maka anda perlukan dua hari setengah untuk dapatkan jumlah tersebut.

Sebab itu saya ada sebutkan, bukan mudah.

Sama ada nak bersusah-susah sekarang nak belajar dan laburkan sejumlah wang untuk tujuan pendidikan, atau nak terus bersusah-susah seumur hidup.

Berhentilah jadi bodoh, dan keluarlah dari lembah kejahilan secepat yang mungkin. Wang yang anda simpan tak akan bermanfaat kepada anda jika anda tak ada ilmu.

Lambat laun, kesemua wang tersebut akan habis dibelanjakan, sama ada cepat atau lambat. Jadi, kenapa tidak anda belanjakan wang anda sekarang, untuk tujuan pendidikan?

Ilmu ini adalah ilmu buat duit di internet sebenar!

Kali pertama saya dapat bayaran daripada kerja-kerja mempromosikan sistem Jualan PRO adalah sekitar bulan Februari.

Ya memang lambat.

Kalau nak dibandingkan dengan tarikh saya start join Sistem Jualan PRO dengan kali pertama saya terima komisyen ini, bezanya hampir-hampir mencecah dua bulan setengah.

Maka benarlah, sistem Jualan PRO ini bukanlah sistem cepat kaya, dan anda tidak akan segera jadi kaya dengan membeli sistem jualan PRO.

Namun apa yang akan berlaku ialah, jika anda istiqomah melakukan kerja-kerja pemasaran, tak jemu-jemu buat promosi secara konsisten, maka In Shaa Allah hasilnya pasti ada.

Dalam salah satu modul yang setiap ahli akan terima secara percuma ialah modul pemasaran affiliate.

Saya tertarik untuk kongsikan mengenai video kursus Affiliate [klik sini untuk dapatkan dengan harga diskaun]

Saya tak ingat entah dah berapa kali saya pasang video ini.

Walaupun saya skip skip pada bahagian tertentu sahaja, namun setiap kali saya tonton video ini, pasti akan muncul idea baru untuk memperbaiki teknik pemasaran sedia ada.

Hasilnya bukan sahaja boleh dimanfaatkan untuk tujuan promosi sistem jualan PRO, malahan boleh juga digunakan untuk promosikan produk-produk lain yang menawarkan komisyen affiliate.

Saya guna blog untuk buat promosi. Bukan sekadar satu blog dan hanya satu atau dua artikel kemudian duduk rileks dan tunggu hasil.

No.

Bukan macam tu.

Saya hasilkan satu blog khas dan sewa nama domain dan hosting sendiri. Blog tersebut ditubuhkan khusus untuk buat duit dengan sistem jualan PRO.

Kos langganan servis selama setahun pula ialah RM60 bersama dengan NetKL. Kos lagi kan…

Kemudian saya juga tak ketinggalan untuk gunakan medium blog percuma seperti blogspot dan tumblr.

Kemudian, bila dah ada blog, tak cukup hanya sekadar masukkan 5 – 10 artikel.

TAK CUKUP.

Sekurang-kurangnya perlu ada 20 – 30 artikel yang berbeza dan unik. Malahan saya percaya, kalau kita ada 100 – 1,000 artikel berbeza yang mempromosikan produk yang sama disiarkan di internet, pada waktu itu kita boleh dapatkan pendapatan pasif daripada program affiliate tertentu.

Bunyi macam susah, betul?

Ya, memang susah.

Lagi-lagi kalau kita tak biasa dan tak ada pengalaman buat macam ni.

Practice makes perfect 🙂

Macam kerja-kerja lain yang anda sedang atau akan buat satu masa nanti, kali pertama memang nampak susah, namun lama-kelamaan, pasti anda akan tersenyum melihat hasilnya.

Buat duit dengan sistem jualan PRO tidak terhad hanya dengan mempromosikan program affiliate. Sebenarnya ada kaedah lain lagi, yang mana kaedah tersebut akan saya kongsikan dalam artikel lain, In Shaa Allah.

Doakan saya ada kelapangan ya.

Terima kasih kerana membaca artikel ini dan semoga ia bermanfaat.

Baca juga :

Review Sistem Jualan PRO (SJP) Rahman Basri [Klik sini]

 

 

 

Exit mobile version