Blog Sabree Hussin

Operation Quick Money Training and Software – Belajar Pemasaran Affiliate Bersama Patric Chan

Baru-baru ini saya ada sertai satu lagi ‘kelas maya’ untuk belajar pemasaran affiliate. Walaupun dah banyak yang saya pernah baca dan yang saya dah tahu tentang pemasaran affiliate, namun saya tak akan lepaskan untuk belajar sesuatu yang baru dari Patric Chan.

Ilmu inikan luas.

Setiap orang pasti ada sesuatu yang mereka tahu, yang belum tentu kita tahu.

Jadi, apabila lagi banyak yang kita belajar dari pelbagai guru, lagi banyak ilmu baru yang akan kita tahu. Kita jugak yang untung nanti.

Lagipun, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Gambar diatas adalah merupakan screenshot bagi laman web Operation Quick Income. [klik sini untuk layari]

Apa yang bakal para peserta pelajari daripada laman web tersebut?

Ini merupakan overview bagi kandungan ataupun modul yang akan dipelajari.

Patric Chan menerangkan yang sebenarnya nak buat duit online menerusi affiliate program sebenarnya sangatlah mudah.

Hanya memerlukan kita ikuti 4 langkah mudah sahaja.

Langkah pertama: Cari produk untuk dipromosikan

Kelebihan pemasaran affiliate ialah kita hanya perlu fokus pada aktiviti marketing sahaja.

Dewasa ini terdapat terlalu banyak produk yang menawarkan program affiliate yang kita boleh sertai dan promosikan.

Isu paling popular bagi mereka yang baru bermula dalam bidang ini ialah tak tau macam mana nak pilih produk. Tak pandai nak cari produk yang hot dan yang senang untuk hasilkan jualan.

Penyelesaiannya ialah, guna software khas yang disediakan di member area.

Contoh: Produk belajar kumpul 56,126 senarai emel prospek

Langkah kedua: Bina website pemasaran

Anda ada alternatif sama ada nak gunakan website percuma ataupun website berbayar.

Salah satu perkara penting ialah content website yang ingin dibangunkan, bukannya sama ada website tersebut anda bangunkan menggunakan platform percuma atau berbayar.

Diruangan member area, Patric akan terangkan cara bina website menggunakan laman web percuma blogspot sahaja.

Langkah ketiga: Promosikan produk dan buat duit online

Dalam langkah ini, kita akan mula mempromosikan produk yang dipilih.

Caranya adalah dengan menghasilkan artikel promosi, menyiarkan banner dan menghasilkan review.

Sebenarnya bukan itu sahaja yang akan diajarkan, ada banyak lagi.

Langkah keempat: Bawa masuk lebih ramai pelawat (trafik)

Bagi situasi pemasaran online, trafik adalah paling penting.

Jika tiada trafik, maka tiadalah income yang boleh dihasilkan.

Dalam modul ini turut diterangkan cara untuk dapatkan trafik yang berkualiti.

Baiklah, sekiranya anda juga berminat untuk sertai kursus pembelajaran ini, bolehlah ke laman web utama Operation Quick Income. [klik sini]

Sebenarnya saya juga telah sertai dan dari masa ke masa saya akan rujuk member area.

Saya harapkan semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

 

Exit mobile version