Blog Sabree Hussin

MYDIN – The Untold Story

Buku ini berkisarkan tentang empayar perniagaan yang dimiliki oleh syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd. Buku ini memang merupakan salah satu buku yang termasuk dalam saya punya reading list.

 

Alhamdulillah, baru-baru ni saya sempat baca sampai habis.

 

Untuk pengetahuan anda, buku ini sebenarnya dikeluarkan dalam dua versi. Ada versi bahasa Melayu dan ada juga versi bahasa Inggeris.

Anda boleh dapatkan buku dalam versi bahasa Inggeris dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Jika anda lebih suka untuk baca yang versi Bahasa Melayu, dengan judul Mydin Di Sebalik Tabir, anda boleh dapatkan buku tersebut menerusi pautan ini.

Saya pilih untuk baca yang versi Bahasa Inggeris, sebab bila saya bandingkan kedua-dua buku ini, walaupun menceritakan topik dan perkara yang sama, saya rasa lebih seronok nak baca yang versi English.

 

Isi kandungan buku Mydin – The Untold Story

(1) INTRODUCING OUR CUSTOMERS
Born Malaysian, Still Malaysian!
Samples of Customers’ Feedback

 

(2) INTRODUCING MR. MYDIN MOHAMED, FOUNDER AND CHAIRMAN, MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD
Innovative in Reinventing Attar Concoction
Flashback – 1928
Flashback – 1945
World War II
After World War II
First Visit to Kota Bharu, Kelantan
Mydin’s First Merchandise – Toys!
Flashback – 1948
Flashback – 1949
Flashback – 1950
Hijrah to Kota Bharu
Flashback – 1966
Why Pay More?
MYDIN’s Second Shop – 1979
MYDIN’s House Brands
Today

 

(3) DATO’ (DR) HAJI AMEER ALI BIN MYDIN, MANAGING DIRECTOR, MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD
The USA
Back Home in Malaysia
Kuching, Sarawak
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Azman Hashim
Leading Change in MYDIN
First Shop in Kuala Lumpur/ Third MYDIN Shop
Family Support – End of the Day Family Matters
Leading Our Staff
Transformation of MYDIN
Leading Jalan Masjid India
MYDIN’s Collaboration
Leading SME and IKS
MYDIN Boycotted Dutch Products – As a Protest
Dato’s Brand of Patriotism
Achievement & Recognitions

 

(4) LEADING HUMAN RESOURCES ‘MYDINIZED’
Our People
Company Vision
Company Mission
‘Mydinized’
Leading IT
Among Our Loyal Staff
Some Loyal Staff
Majlis Berbuka Puasa
Majlis Bacaan Yassin
Staff Birthday Party
Sports and Recreation Club
MYDIN Retail Academy (MYRA)
Corporate Social Responsibility

 

(5) EXPANSION OF MYDIN
Leading Challenges
Leading Franchisees
Leading MyMarts (24 Hours Convenience Store)
Leading MYDIN Hypermarkets
Hijrah from Wisma MYDIN to MYDIN Mall, USJ
Soft Opening
Leading Bazar
Leading MyMydin (Mini Market)

 

Kejayaan MYDIN yang kita dapat lihat sekarang ni, semuanya bermula daripada sebuah perniagaan yang bersaiz kecil sahaja. Mungkin sebelum ini, ada antara pembaca blog ni yang pernah dengar, sebesar-besar emporium MYDIN, ia bermula dengan sebuah kedai runcit sahaja.

 

Bermula dari sebuah kedai runcit, ia mula berkembang menjadi pasaraya MYDIN yang kita lihat sekarang ni. Pasti ramai penggiat bisnes kedai runcit yang nak tahu, apa rahsianya? Bagaimana mereka lakukannya sehingga boleh capai kejayaan seperti mana yang kita boleh lihat sekarang ni? 

 

Buku ini, ada jawapannya.

 

Ada banyak juga perkara yang tersurat dan yang tersirat dimuatkan dalam buku ini. Setiap orang, mungkin akan nampak perkara yang berbeza, dan akan faham perkara yang berbeza.

 

Saya nampak, buku ni lebih kepada satu bentuk propaganda dan marketing tools (alat promosi) untuk mengajak lebih ramai orang untuk shopping di MYDIN berbanding shopping di tempat lain.

 

Ya, saya juga shopping di MYDIN. Malahan, saya suka shopping di MYDIN. Tagline mereka, Why Pay More? selari dengan apa yang telah mereka buktikan dalam operasi perniagaan mereka. Ternyata, mereka mampu tawarkan harga yang lebih rendah, apabila pesaing mereka jual dengan harga standard price.

 

Barang-barang yang dijual di kedai runcit saya juga, sebahagiannya adalah dari MYDIN. Mereka mampu tawarkan harga yang murah. Sebagai peniaga, sudah tentu kita nak cari yang murah supaya boleh dapat margin untung yang lebih tinggi.

 

Bila saya dah pindah ke Cheras, saya dah tak pergi ke MYDIN lagi. Pasaraya paling dekat dengan saya, adalah Tesco dan Hero. Jadi, terpaksalah pergi ke dua tempat ni. Mungkin satu hari nanti, kalau ada pasaraya MYDIN dibuka berdekatan dengan tempat tinggal saya ni, bolehlah saya ke situ.

 

Peringkat permulaan sebuah perniagaan MYDIN

Buku MYDIN – The Untold Story ini turut memuatkan serba sedikit sejarah permulaan perniagaan MYDIN. Mungkin ramai lagi yang tak tau, apa sebenarnya produk atau barang pertama yang menjadi fokus untuk dijual oleh Mydin di kedainya.

 

Dari buku yang saya baca ni, penulis ada sebutkan, bahawa ramai orang menyangka barang yang menjadi fokus pada kali pertama Mydin membuka kedai runcit ialah Minyak Attar. Tetapi sebenarnya bukan produk tersebut…

 

Sebaliknya ialah, barang permainan kanak-kanak.

 

Kedai yang pertama dibuka di Kota Bharu Kelantan. Menurut penulis, dengan lokasi yang terletak berdekatan dengan Thailand, ianya tidak begitu sukar untuk bawa masuk barang mainan dari Thailand untuk dijual dikedainya.

 

Lagi satu, mainan dipilih sebab

  1. Ianya mudah untuk dijual sebab kanak-kanak sukakannya
  2. margin untung yang tinggi
  3. Kanak-kanak yang datang akan bawa bersama penjaganya

 

Siapa yang buka kedai runcit, dan jual mainan di kedainya, akan tahulah macam mana keadaan dan pengalamannya apabila jual mainan. Memang seronok bila tengok barang jualan kita laku, tetapi pada masa yang sama, kita juga rasa seronok melihat kegembiraan yang terpancar di wajah pelanggan (yang terdiri daripada kanak-kanak) yang membeli dari kita.

 

Mampukah peniaga kedai runcit membina perniagaan sebesar MYDIN?

Soalan ini, saya serahkan kepada anda untuk jawab. Anda sendiri tahu kemampuan dan kedudukan kewangan perniagaan anda.

 

Mungkin kita tak akan buka pasaraya atau gedung membeli belah (mall) sebesar MYDIN. Namun saya percaya, dengan membaca perkongsian pengalaman yang dimuatkan dalam buku ini, kita akan jadi lebih jelas dengan arah tuju perniagaan kita.

 

Pada saya, tak salah untuk stay small dalam perniagaan, asalkan ianya konsisten memberi keuntungan. Perniagaan yang bersaiz besar, maka besarlah juga risikonya.

 

Dalam buku ini, penulis juga ada menceritakan tentang beberapa risiko yang perlu dihadapi oleh MYDIN dari semasa ke semasa. Banyak peristiwa yang berlaku, yang mampu untuk membuatkan usahawan yang berjiwa kecil terus tutup kedai jika peristiwa tersebut berlaku pada diri usahawan tersebut.

 

Antaranya kisah-kisah seperti kedai runcit milik keluarga Mydin dibedil dengan bom oleh tentera jepun, dilanda banjir, kedai terbakar, kecurian, rompakan bersenjata, pekerja yang tidak amanah dan banyak lagi.

 

Ini antara lumrah yang perlu dihadapi. Kalau dah namanya berniaga, pasti ada risikonya.

 

Bab yang best?

Saya rasa bab 4 LEADING HUMAN RESOURCES ‘MYDINIZED’” adalah bab yang paling menarik.

 

Dari bab ini, kita boleh belajar macam mana cara MYDIN memastikan staf sentiasa seronok untuk bekerja dengan MYDIN, dan memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan pekerja.

 

Kalau selama ini, nak jaga dua tiga orang staf pun susah, cubalah baca dan pelajari apa pendekatan yang digunakan oleh pengurusan MYDIN untuk menjaga ratusan malahan mungkin ribuan orang staf yang bekerja bersama MYDIN.

 

Buku ini agak tebal dan mengandungi kira 233 mukasurat. Namun jangan risau, anda boleh habiskan baca buku ini dalam masa sehari atau dua hari sahaja, sebabnya dalam buku ini, ada banyak gambar-gambar. Buku ini tebal pun mungkin sebab banyak kongsi gambar.

 

Untuk order buku versi bahasa Inggeris, anda boleh klik pautan ini.

Jika anda lebih suka baca versi bahasa Melayu, dapatkan dari pautan ini.

 

Selamat membaca, dan semoga anda juga akan dapat belajar sesuatu dari buku ini.

 

 

 

 

 

Exit mobile version