Blog Sabree Hussin

Legenda Jutawan Facebook

Kewujudan laman web Facebook bukan sekadar untuk memenuhi kehendak asas manusia untuk bersosial semata-mata. Sebaliknya, jika ia dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh mereka yang pantas merebut peluang, Facebook boleh dijadikan platform untuk buat duit yang lumayan.

 

Anda ada akaun Facebook? Most likely anda akan jawab YA. Sekarang ni agak susah nak jumpa orang yang tak ada akaun Facebook. Aktif atau tak aktif di FB, itu perkara kedua. Yang penting, kebanyakkan dari kita pasti ada akaun di laman media sosial FB. Sesetengah orang pulak, dia ada lebih dari satu akaun.

 

Ada akaun yang dibina sebagai akaun rasmi (official), akaun untuk kegunaan bisnes, akaun untuk berinteraksi dengan kawan-kawan dan saudara mara, dan tak lupa juga akaun FAKE yang fungsinya untuk stalk pesaing bisnes, berkenalan dengan awek cun dan lain-lain tujuan.

 

Bercakap tentang topik buat duit di laman web Facebook, saya nak kongsikan sebuah buku yang saya baru sahaja baca berjudul Legenda Jutawan Facebook. Buku ini merupakan buku pertama yang saya baca, yang menceritakan tentang topik buat duit di Facebook.

Sebelum ini, untuk belajar tentang topik pemasaran di Facebook, terutama sekali yang menyentuh topik mengenai Facebook Advertising atau ringkasnya FBAds, saya perlu merujuk kepada panduan-panduan yang dihasilkan sama ada dalam bentuk ebook atau video tutorial.

 

Kali ini, anda boleh baca dalam buku fizikal. Jadi, buat mereka-mereka yang kurang berkenan nak beli ebook, beli video tutorial, boleh dapatkan buku ini, Legenda Jutawan Facebook dan bacalah.

 

Buku ini diterbitkan pada tahun 2014. Jadi, ada beberapa perkara yang mungkin akan anda lihat berbeza dengan FBAds sekarang. Apa yang berbeza hanyalah dari segi teknikal dan setting iklan. Namun, lain-lain ilmu dalam buku ini masih tetap relevan dan boleh diaplikasikan sampai bila-bila. In fact, kalau nak guna ilmu dalam buku ini untuk buat duit di blog pun boleh! At least itu yang saya sendiri lakukan.

 

Apa yang terkandung dalam buku ini?

BAHAGIAN SATU: RAHSIA PEMILIHAN PRODUK UNTUK PASARAN FACEBOOK
Kurang Di Pasaran Tetapi Tinggi Carian
Masalah? Masalah Adalah Peluang Anda Buat Duit
Memang Terbaik Jika Ada Testimonial
Copy Produk Yang Laris Di Pasaran Antarabangsa
Produk Untuk Lelaki Atau Produk Untuk Wanita
Google Trends, Tools Percuma Dari Google
Kurang Pesaing
Menjadi Orang Yang Pertama Di Facebook
Patuhi Undang-undang
Anggaran Jangka Hayat Produk
B2B atau B2C?
Margin untung? Sekurang-kurangnya RM30
Dari Mana Nak Dapatkan Barangan Untuk Dijual?
Rahsia Pre-Order
Produk Affiliate
Produk Dropship
Harga Mahal vs Harga Murah

 

Dari bahagian satu ni sahaja, sepatutnya anda dah boleh dapat macam-macam idea untuk mula jual produk apa. Salah satu kaedah yang saya biasa buat sebelum memilih sesuatu produk secara spesifik, ialah kenalpasti apa produk yang laris jualannya di pasaran antarabangsa atau di lain-lain laman web ecommerce.

 

Salah satu laman web kegemaran saya ialah di lelong.com.my

Cuba lihat apa produk yang banyak dijual disitu, kemudian pilih produk yang sama untuk dijual di Facebook. Ya, memang tak ada jaminan produk yang laku di laman web lelong juga akan laku jika di jual di Facebook, namun data dan maklumat disini sangat berguna untuk beri saya idea untuk pilih produk yang bagaimana. Cubalah.

Dalam bahagian satu ini juga, anda akan ketahui sebab kenapa anda patut pilih produk yang disasarkan untuk pengguna perempuan berbanding produk untuk lelaki. Jika anda nak pilih produk yang penggunanya adalah lelaki, ada tiga contoh produk yang sesuai dan mempunyai permintaan yang tinggi. Selain dari tiga contoh produk ini, biasanya orang lelaki memang tak akan beli. Kebetulan, tiga contoh produk yang dibincangkan tu, ada juga tersenarai didalam gambar diatas.

 

Saya rasa secara peribadi semua topik yang dimuatkan dalam bahagian satu ni adalah topik yang penting dan menarik. Anda patut baca, dan patut tahu tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam buku ini.

 

BAHAGIAN DUA: FANPAGE SEBAGAI KEDAI DI FACEBOOK
Fanpage vs Web Shopping Cart vs Ministe vs Blog
Nama Fanpage Yang Menjual
Jangan Biarkan ‘Kedai’ Kelihatan Kosong
Semua Kedai Perlu Miliki Signboard
Profile Picture Diibaratkan Logo Perniagaan Anda

 

Dalam bahagian dua, fokus adalah tentang bagaimana cara nak “menghias” laman fan page yang dibina supaya ia dapat meningkatkan keyakinan bakal pelanggan untuk membeli dari kita.

 

Antara Fanpage, minisite, laman web ecommerce, dan juga blog. Mana satu yang paling penting? Hmm… kalau nak hurai tentang bab mana satu yang penting, memang panjang. Pada saya, kalau anda boleh sediakan semua sekali, itu lagi baik. Ataupun kalau tak mampu nak sediakan semua, bolehlah mula dengan fanpage sahaja dulu.

 

BAHAGIAN TIGA: RAHSIA PENGIKLANAN FACEBOOK
Ramuan Iklan Facebook Yang Mantap
Kenali Audiens Sasaran Iklan Anda
Kuasa Gambar Iklan Di Facebook
Headline Yang Mampu Memukau
Teknik Penulisan Ayat Iklan
Nak Pilih Lokasi Paparan Iklan Yang Mana Satu?
CTR, Kenapa Ia Penting?
CPC, CPM atau OCPM?

 

Dalam bahagian tiga, anda akan pelajari cara-cara untuk menulis iklan mengikut format yang terbukti berjaya menghasilkan jualan di Facebook. Tak perlu lagi nak try and error. Ikut sahaja format yang diajarkan dan pasti anda juga akan berjaya mendapatkan pelanggan di Facebook.

 

Satu perkara yang cukup penting ialah, JANGAN SYOK SENDIRI. Mungkin anda rasa iklan anda dah cukup best, tapi kalau format tak betul, jangan nak salahkan orang lain kalau produk yang anda cuba jual langsung tak laku. Ingat, pengiklanan FBAds ni adalah iklan berbayar. Jangan sia-siakan duit anda begitu sahaja.

 

Selain itu, dalam bahagian tiga ini juga anda akan belajar cara-cara untuk setting iklan di Facebook. Beberapa istilah turut diperkenalkan dalam bahagian ini, antaranya Click Through Rate (CTR), Cost Per Click (CPC) dan banyak lagi.

 

Apa yang menariknya ialah, ianya diterangkan dalam bahasa yang mudah dan saya percaya anda juga akan cepat faham. Baiklah, seperti yang saya ada sebutkan sebelum ini, dalam bab setting iklan ni, ada beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh pihak FB. Malahan, anda juga mempunyai lebih banyak opsyen untuk menghasilkan jenis iklan yang bagaimana sekarang. Pada waktu buku ini ditulis, iaitu pada tahun 2014, opsyen yang ada ialah CPC, CPM, dan juga OCPM.

 

BAHAGIAN EMPAT: TIP-TIP SULIT TINGKATKAN JUALAN DI FACEBOOK
Lagi Orang Percaya, Lagi Mudah Anda Dapat Pembeli
Follow, Follow, Follow Up!
‘Serang’ Prospek Paling Berpotensi… BANZAI!
‘PUSH’ Prospek Untuk Membeli, Baru Mereka Membeli!
Naikkan Conversion Rate
Upsell, Rahsia Yang Tidak Ramai Ketahuinya…
Nak Untung Besar, Tingkatkan Bajet!
Tingkatkan Kesedaran Terhadap Jenama, Brand Awareness
Pembeli Berulang, Rahsia Tauke Kosmetik & Tauke Ubat
Menjual Secara Berjemaah Bakal Tingkatkan 997% Jualan
Simpan! Simpan! Simpan Data Prospek & Pelanggan Anda!
Tambah Iklan, Jualan Juga Semakin Bertambah
Kesan Dari Mana Datangnya Jualan

 

Jika bahagian tiga dalam buku Legenda Jutawan Facebook ini membincangkan tentang perkara-perkara teknikal, bahagian empat ini menyentuh tentang perkara-perkara taktikal yang anda perlu tahu dan anda perlu lakukan untuk konsisten buat duit yang lumayan di Facebook.

 

Simpan! Simpan! Simpan Data Prospek & Pelanggan Anda! Jika anda tak mahu sentiasa bergantung pada FBAds setiap masa sepanjang anda menjalankan perniagaan online anda, maka bab ini adalah bab yang perlu anda beri perhatian yang lebih. Ya, bab tentang simpan data prospek & pelanggan anda.

 

Untuk berbuat demikian, anda boleh pilih sama ada nak simpan data prospek menggunakan sistem autoresponder, simpan secara manual (salin dan tulis semula di mana-mana tempat simpanan) atau menggunakan perisian android.

 

Cadangan saya? Gunakan sistem autoresponder.

Untuk mereka yang baru nak bermula, saya syorkan anda mendapatkan akaun autoresponder dengan pihak emelmatik. Sebab saya mengesyorkan anda menggunakan autoresponder emelmatik ialah, mereka menawarkan akaun trial percuma selama setahun dan jika mahu, anda boleh upgrade akaun anda dan dapatkan versi lifetime. Lepas ni dah tak perlu pening-pening nak fikir tentang bayaran bulanan untuk menggunakan sistem autoresponder. Saya juga pengguna emelmatik dan pilih lifetime access.

 

Klik sini untuk dapatkan akaun dengan emelmatik.

 

Baiklah, saya amat mengesyorkan anda baca buku Legenda Jutawan Facebook ini. Lebih-lebih lagi kalau anda masih agak baru dengan kerja-kerja pemasaran dan tak biasa dengan cara-cara buat duit di Facebook. Baca, fahami kemudian terus amalkan. Kat mana nak dapatkan buku ini? Boleh beli secara online atau klik pada butang beli sekarang kat bawah ni.

 

Sebenarnya, dalam diam dah ramai individu yang berjaya menjadi jutawan dan berjaya buat jualan bernilai ratusan ribu ringgit setiap bulan hanya dengan mengiklankan produk mereka di Facebook. Anda mungkin kata, ah… tak mungkinlah. Ini semua auta je lebih.

 

Tunggu dulu. Sebelum anda nak kata ini semua tipu semata, sekurang-kurangnya anda ambil sedikit masa untuk baca buku Legenda Jutawan Facebook ini dahulu. Buku ini ditulis berdasarkan kisah benar, dan menceritakan kejayaan-kejayaan yang berjaya dicapai oleh para pelajar Jamal Sifu FBAds itu sendiri.

 

Sebagai salah seorang pembaca buku ini, anda mungkin tidak akan terus jadi jutawan segera. Tapi saya percaya, jika anda ikuti nasihat dan strategi-strategi yang dimuatkan dalam buku ini, In Shaa Allah anda juga boleh buat duit dengan bantuan Facebook.

 

Oh! Mungkin dah ada antara pembaca buku ini yang dah mula buat duit sekarang ni.

 

 

Exit mobile version