Blog Sabree Hussin

Pesara Jutawan

Jangan papa di usia tua anda. Ia merupakan 90 peratus kemungkinan bahawa anda tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk persaraan anda. Pertama sekali, kos kehidupan telah mendahului pencen. Kedua, 90 peratus para pencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM100,000 di dalam akaun mereka apabila mereka bersara. Malah, 76 peratus mempunyai kurang daripada RM50,000 di dalam akaun mereka.

Lebih teruk lagi, 38 peratus para pekerja tidak dilindungi oleh pencen ataupun KWSP! Dengan kata lain, sebilangan besar penduduk Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka. Zaman keemasan mereka akan bertukar menjadi sebuah penjara dan anda berkemungkinan menjadi seorang daripada mereka! – dari buku Pesara Jutawan hasil tulisan Azizi Ali.

 

Inilah dia buku yang saya maksudkan. Buku ini patut dijadikan salah satu bacaan wajib, sekiranya anda berkira-kira untuk bersara sebagai seorang jutawan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

 

Membaca statistik yang diberikan oleh Azizi Ali, pasti akan buatkan kita tak senang duduk dan menyemak kembali, berapa agaknya baki akaun yang terdapat dalam KWSP.

 

Mungkinkah sebelum ini, kita pernah buat pengeluaran dari akaun dua misalnya untuk membuat pembelian rumah? Kalau ada… no wonder la Azizi Ali kata, 90% mempunyai kurang dari RM100,000 dalam akaun KWSP.

 

Maka amat beruntunglah buat yang masih berbaki 10% itu tadi. Adakah yang berbaki 10% itu bakal bersara sebagai seorang jutawan? Hmm belum tentu lagi.

 

Ini dia kandungan buku ini yang pastinya akan membuka minda anda.

 

BAHAGIAN PERTAMA

Bab 1 – Lima penyelesaian untuk merapatkan jurang
Bab 2 – Sejarah ringkas mengenai persaraan
Bab 3 – Empat pembohongan mengenai persaraan
Bab 4 – Tiga halangan persaraan
bab 5 – Matlamat-matlamat lain yang bersaing

 

Sudahkah anda bersiap sedia untuk bersara? Keputusan untuk bersara bukannya satu keputusan yang kecil. Ya, mungkin anda belum merancang untuk bersara dalam masa terdekat. Untuk apa bersara? Nak buat apa lepas bersara? Sedangkan pada waktu ini, anda masih lagi kuat dan masih muda lagi. Lagipun, kalau bersara sekarang, nanti siapa pula yang nak bayarkan hutang-hutang, rumah, kereta dan sebagainya? Maka selepas berhujah sedemikian, kita pun mula kembali kepada rutin harian hidup kita.

 

Sedar tak sedar, hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi tempoh perkhidmatan kita masih berbaki. Lebih parah lagi, kita cuma ada kurang dari 5 tahun untuk bersara, dan hingga ke saat ini, kita masih belum ada sebarang perancangan yang konkrit untuk memastikan kita dapat bersara dengan selesa ketika mencapai usia persaraan nanti! Ini satu perkara yang membimbangkan, bukan?

 

Dalam bab 1, kita akan lihat apa dia 5 perkara yang boleh kita lakukan bagi memastikan kita dapat bersara dengan aman dan tenang. Saya suka perkara nombor 3, iaitu bina sumber pendapatan kedua. (oh banyak betul buku yang saya baca, masing-masing pasti akan mengesyorkan kita untuk bina sumber pendapatan kedua).

 

Sumber pendapatan kedua inilah yang bakal menyelamatkan kita. Duit gaji dari kerja makan gaji tak cukup? Tak ada masalah… kan masih ada lagi sumber pendapatan kedua. Pendapatan dari sumber kedua ini bolehlah kita gunakan bagi memastikan dana untuk sepanjang tempoh persaraan kita mencukupi. Paling baik jika pendapatan tersebut terus masuk dan terus bertambah.

Anda tak tau bagaimana nak bina sumber pendapatan kedua? Saya cadangkan anda buat bisnes ini. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

 

BAHAGIAN KEDUA

Bab 6 – Empat tonggak simpanan persaraan
Bab 7 – Mengapa wang itu adalah sebegitu banyak
Bab 8 – Bagaimana untuk mengira dana persaraan anda
Bab 9 – 10 langkah untuk menyimpan bagi persaraan anda
Bab 10 – Jika anda telah berada dalam keadaan yang runcing
Bab 11 – Di mana anda melabur wang anda?

 

Apabila membaca buku ini, satu perkara yang terlintas di fikiran saya ialah,

“… yang sebenarnya, bukannya bila masanya kita patut bersara, tetapi berapa kosnya untuk bersara?!” 

 

Katakanlah, dengan cara hidup sederhana, kita memerlukan RM9 juta untuk bersara dengan selesa, dan ditakdirkan tuhan, kita dah pun memiliki wang simpanan dalam bentuk tunai sebegitu banyak. Apa lagi yang nak ditunggu-tunggu lagi? Bukankah ini masanya untuk kita bersara dan menikmati hidup ini dengan sebaik-baiknya?

(1) Mereka yang suka melancong, boleh melancong ke mana sahaja

(2) Mereka yang ingin luangkan masa bersama keluarga, inilah masanya untuk berbuat demikian

(3) Mereka yang nak tumpukan seluruh tenaga untuk beribadah, sekaranglah waktunya

 

Dalam bab 8, kita akan baca tentang “Bagaimana untuk mengira dana persaraan anda”. Berapa banyak yang kita perlukan selepas bersara, amat berkait rapat dengan apa aktiviti harian yang kita mahu lakukan selepas dah bersara kelak.

 

Ada orang mungkin perlu banyak, dan ada orang mungkin tak begitu memerlukan wang yang banyak. Formulanya ialah, kita kena tahu berapa banyak yang kita perlukan, dan mula membuat simpanan, ataupun pelaburan, bagi memastikan kita dapat capai jumlah yang diperlukan tersebut.

 

Anda bacalah buku ini untuk tahu bagaimana kaedah pengiraannya.

 

BAHAGIAN KETIGA

Bab 12 – Penyelesaian-penyelesaian dunia sebenar
Bab 13 – Tiang kelima
Bab 14 – Isu-isu lain
Bab 15 – Bersiap sedia untuk persaraan

 

BAHAGIAN KEEMPAT

Bab 16 – Penutup

 

Dalam bahagian ketiga dan keempat, ia lebih menjurus kepada perbincangan dalam realiti hidup sebenar. Setiap orang mempunyai keadaan dan kondisi yang berbeza, dan satu formula ataupun satu tips tak akan mungkin dapat memuaskan semua pihak.

 

Walaubagaimanapun, dalam bab 12 iaitu penyelesaian-penyelesaian dunia sebenar pasti dapat memberi anda beberapa idea yang praktikal untuk anda laksanakan.

 

Dalam bab 15 pula, anda akan baca tentang beberapa strategi sekiranya anda

(1) Masih mempunyai 20 tahun lagi sebelum persaraan

(2) Mempunyai antara 10 hingga 20 tahun lagi sebelum persaraan

(3) Mempunyai 5 hingga 10 tahun lagi sebelum persaraan

(4) Mempunyai kurang dari lima tahun lagi sebelum bersara

(5) Telah bersara

 

… setiap satu fasa mempunyai strategi dan pendekatan yang berbeza. Mempunyai dana persaraan yang mencukupi itu memang penting, dan pada masa yang sama, mempunyai strategi penjanaan pendapatan ketika telah bersara juga tak kurang pentingnya. Ini bagi mengelakkan kita kehabisan sumber kewangan sebelum kita dipanggil menghadap Yang Maha Esa.

 

Kalau anda berminat nak dapatkan buku ini secara online, bolehlah buat tempahan di laman web bookplanet ini. Selamat membaca dan semoga bertambah-tambah ilmu kewangan anda.

 

 

Exit mobile version