Blog Sabree Hussin

Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin

Sudahkah anda bersedia untuk menamatkan zaman bujang anda dan melangkah ke alam perkahwinan bersama dengan pasangan pilihan hati anda? Jika jawapan anda ialah YA, pastinya anda telah pun sedia maklum bahawa salah satu syarat untuk anda melangkah ke gerbang perkahwinan adalah untuk menghadirkan diri ke kursus Pra Perkahwinan.

 

Jika anda tinggal di sekitar lembah Klang, atau lebih spesifik lagi tinggal dikawasan-kawasan berikut iaitu Danau Kota, Bangsar, Wangsa Maju, Dato Keramat, dan Gombak, info tentang lokasi kursus pra perkahwinan ini pasti berguna untuk anda.

 

Tahukah anda, apakah kesilapan lazim yang biasa dilakukan oleh bakal-bakal pengantin di luar sana? Suatu kesilapan yang nampak mudah, namun akhirnya memakan diri dan menjadikan diri semakin stress apabila makin tiba hari bahagian? Anda nak tahu apa dia?

 

Suka buat kerja disaat-saat akhir.

Ini tabiat kurang sihat yang banyak berlaku dalam kalangan pasangan bakal pengantin. Tahukah anda, sikap suka bertangguh ini akan menyukarkan pihak pengantin perempuan untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin dan cuba anda bayangkan, jika tarikh pernikahan makin dekat, tetapi anda masih belum ada Surat Kebenaran Berkahwin (3A/3B) lagi. Apa akan jadi pada tarikh yang sepatutnya anda bernikah? Adakah anda boleh berkahwin tanpa masalah pada hari yang dirancangkan?

 

Oh kejap… Adakah anda lost dan kurang jelas apa yang saya maksudkan dengan Surat Kebenaran Berkahwin, apa fungsinya serta apa kepentingannya?

 

Inilah sebabnya anda diwajibkan untuk menduduki Kursus Pra Perkahwinan.

 

Ramai sebenarnya, pasangan yang ingin berkahwin terlalu fokus pada persiapan perkahwinan, seperti persiapan untuk barangan hantaran, tempah khemah, katering dan sebagainya. Sebenarnya, apa yang lebih penting daripada itu adalah untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin. Jangan risau jika anda masih kurang jelas tentang tatacara melengkapkan dokumen, kerana ia akan diajarkan satu per satu semasa kursus kahwin dijalankan.

 

Jika anda masih belum buat keputusan lagi, dimana anda nak pergi untuk kursus kahwin, ada beberapa lokasi yang anda boleh pilih. Ini antara senarai pusat kursus perkahwinan yang anda boleh kunjungi. 

 

Danau Kota (setiap minggu)

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Dijalankan juga pada hari bekerja, Rabu & Khamis setiap 2 minggu – minggu 1 dan minggu 4 setiap bulan

Alamat:

33-1 (Tingkat 1) Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6 Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur

 

Bangsar

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Dijalankan 2 kali sebulan – kursus akan bermula pada setiap Sabtu & Ahad pada minggu ke 2 dan minggu ke 4 setiap bulan.

Alamat:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar
Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

 

Wangsa Maju (Setiap minggu sesi petang)

Sabtu : Pendaftaran 1-2 petang

Kursus mula 2 petang – 7 petang (minum petang percuma disediakan pukul 4.30 petang)

Ahad : Kursus mula 9 pagi – 6.30 petang (makan pagi pukul 11 pagi dan lunch percuma disediakan)

Alamat:
No 7-1 Jalan Wangsa Delima 1A, Seksyen 5, Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

 

Dato Keramat (setiap minggu)

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Alamat:

Masjid Al Akram Datuk Keramat,

Jalan Datuk Keramat, Kg Datu Keramat, 54000 Kuala Lumpur

 

Gombak

Sabtu: Pendaftaran 8.30 pagi – 9.30 pagi

Kursus kahwin mula 9.30 pagi – 6.30 petang

Ahad: Kursus kahwin mula 9 pagi – 1.30 tengahari

Alamat:

No. 49B, Jalan Jernai 2, Kompleks Idaman Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur

 

Apa yang bakal anda pelajari dalam kursus Pra Perkahwinan?

Peserta kursus kahwin akan mengikuti modul-modul berikut apabila menghadiri kursus kahwin. Kesemua modul ini penting bagi bakal pengantin dan sarat dengan ilmu, pengalaman serta kejadian sebenar yang boleh dijadikan iktibar.

 

Bagi melayakkan diri anda untuk mendapatkan sijil kursus Pra Perkahwinan, anda hanya perlu pastikan yang anda telah pun hadir ke kursus dan ikuti kesemua modul yang disediakan. Kursus lazimnya dijalankan dalam tempoh masa sehari setengah sahaja.

 

Kesemua modul ini disampaikan oleh penceramah yang bertauliah dan anda tak perlu risau, kerana kebanyakkan penceramah semuanya berpengalaman dan pandai untuk menarik perhatian para peserta.

1. Pengurusan kesihatan dan stres

2. Akidah dan ibadah

3. Perkahwinan dan prosedur

4. Pengurusan sumber keluarga, kewangan dan masa komunikasi suami isteri

5. Akhlak hubungan dalam keluarga

6. Perkhidmatan runding cara dan pembubaran perkahwinan

 

Untuk pengetahuan anda, sijil kursus kahwin ini tiada tarikh luput dan ianya diterima pakai di semua Jabatan Agama Negeri dan seluruh Malaysia. Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk pulang ke kampung halaman semata-mata nak hadiri kursus kahwin. Jika anda berada di sekitar lembah klang, anda boleh pilih sahaja mana-mana satu pusat kursus kahwin ini untuk jalani kursus.

 

Bagaimana cara nak buat tempahan untuk slot kursus pra perkahwinan?

Ini bahagian yang PENTING. Sekarang ni masa untuk anda buat tempahan seat anda dan pasangan serta untuk sahkan kehadiran. Tidak seperti kebanyakkan pusat kursus perkahwinan yang lain, sekiranya anda ingin berurusan dengan pengendali kursus, iaitu An Naim Training (002262053-X), anda hanya perlu berhubung dengan mereka sama ada menerusi sms/whatsapp sahaja.

“Pendaftaran dan tempahan yang mudah hanya melalui sms/whatsapp ke no hp 0197617861, tanpa perlu pergi ke pusat kursus kahwin”

 

Syarikat An Naim Training mempunyai pengalaman lebih tiga tahun dalam mengendalikan kursus Pra Perkahwinan. Peserta yang datang menghadiri kursus akan diberikan buku Gerbang perkahwinan, file dan juga alat tulis. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru dengan mengikuti FB Kursus Bakal Pengantin dan Perkahwinan.

 

Apa kata peserta-peserta kursus terdahulu?

Selain tempahan menerusi SMS/ Whatsapp anda juga boleh walk in ke mana-mana pust kursus perkahwinan diadakan untuk mendaftar.

 

Info tambahan mengenai kursus kahwin yang dijalankan

1. Masa untuk peserta jalani kursus hanyalah sehari setengah sahaja.

2. Sijil kursus kahwin yang bakal diperolehi tiada tarikh luput dan ia boleh digunakan dan diterima pakai oleh semua Jabatan Agama Negeri di seluruh Malaysia

3. Peserta akan dapat 3 kali makan secara percuma

4. Tiada sebarang caj dan kos tersembunyi

5. Sijil kursus kahwin dikeluarkan oleh JAWI dalam masa 3-4 hari sahaja.

 

 

Exit mobile version