Blog Sabree Hussin

Komisyen ToneXpress June 2015

Alhamdulillah.

 

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana bulan June 2015 ni saya masih lagi berpeluang untuk menerima bayaran daripada program ToneXpress. Buat yang baru kali pertama baca tentang ToneXpress dan masih belum betul-betul faham, apa sebenarnya ToneXpress ni biar saya terangkan serba ringkas sahajalah ya.

 

ToneXpress ni sebenarnya adalah sebuah program yang direka untuk membantu ahli-ahli Tone Excel mempromosikan bisnes simkad Tone Excel mereka. Pihak pengurusan ToneXpress menyediakan laman web promosi untuk kegunaan ahli ToneXpress mempromosikan perniagaan Tone Excel masing-masing. Senang cerita, fungsi web ini adalah bagi membantu memudahkan proses untuk mendapatkan pelanggan baru.

 

Cuma pengendali laman web ini membuat sedikit kelainan. Sesiapa yang berminat nak guna laman web mereka untuk promosi, kena bayar dulu yuran keahlian. Lepas dah bayar yuran, dah jadi ahli, anda akan dapat laman web replika yang sama. Katakanlah anda berjaya mendapatkan ahli baru di ToneXpress yang berminat nak guna laman web replika ini, setiap ahli baru yang berdaftar bersama anda, anda akan dibayar sebanyak RM10 untuk satu pelanggan.

 

Ini bayaran untuk bulan June 2015.

 

Boleh tak ajar macam mana nak buat duit dengan ToneXpress?

Saya pernah ditanyakan soalan begini daripada salah seorang ahli yang berdaftar menerusi link saya. Terus terang saya katakan, sebenarnya nak buat duit dengan ToneXpress ni sangatlah mudah. Saya ceritakan dari segi konsep untuk memudahkan kefahaman anda.

1. Anda layari laman web ToneXpress

2. Daftar sebagai ahli dan baca terma dan syarat

3. Buat bayaran sebanyak RM10 kepada admin

4. Bayaran anda akan di sah kan dan seterusnya anda akan dapat link yang sama

5. Promosikan link tersebut. Ajak rakan-rakan anda untuk sertai.

Itu sahaja. Saya dah kata, mudah sahaja, kan?

 

Kalau mudah, kenapa masih gagal dapat sebarang income dari ToneXpress. Mesti ada RAHSIA, betul tak?

 

Sebenarnya tak ada RAHSIA sangat pun. Resepi untuk berjaya dapat income dari program ini ialah kena RAJIN. Personally, macam saya sendiri, ada banyak platform yang boleh saya gunakan untuk memperkenalkan dan mempromosikan program ToneXpress ni. Antaranya menerusi blog, FB, twitter, instagram dan sebagainya.

 

Daripada banyak-banyak senarai yang saya sebutkan tu, saya pilih untuk mempromosikan program ToneXpress menggunakan medium blog. Kemudian bila saya dah buat pilihan, iaitu nak guna blog, maka dari situ saya fokus. Saya FOKUS untuk hasilkan sebeberapa banyak blogpost, entri, artikel dan apa-apa konten berkaitan dengan ToneXpress.

 

Bukanlah selepas menulis satu dua artikel akan terus dapat sales. Bukan begitu. Ia akan mengambil masa, dan ia boleh jadi cepat dan boleh jadi sangat lambat. Jadi, secara tak langsung, selain kena rajin tetap kena sabar dan konsisten. See… mana ada benda-benda pelik yang saya buat.

 

Baiklah, saya faham… mungkin ada yang tak puas dengan penerangan saya ni. Mungkin ada yang merasakan macam apa yang saya katakan ni macam terlalu ringkas dan anda inginkan panduan yang lebih lengkap dan step by step untuk buat pemasaran. Saya dah pernah tulis panduan pemasaran online disini.

 

Kebanyakkan teknik dan strategi pemasaran yang saya pernah guna saya ada cerita didalam ebook tu. Terpulang pada anda, untuk buat keputusan sama ada nak follow atau tidak. Ebook tersebut bukannya percuma, dan ia hanya sesuai untuk mereka yang betul-betul serius nak belajar macam mana buat marketing online yang boleh menghasilkan income.

 

Apa pun, suka untuk saya kongsikan kat sini, apa yang saya dapat ni bukanlah hasil kerja sehari dua. Ia makan masa, dan saya percaya sedikit sebanyak ia juga mungkin hasil daripada saya menulis beberapa blog yang khusus untuk mempromosikan program ni. Tak sia-sia masa yang digunakan untuk buat promosi.

 

Ok jika anda berminat nak cuba, dan ingin menggunakan platform ToneXpress sebagai medium untuk memperkenalkan Tone  Excel kepada orang ramai, bolehlah klik sini untuk sertai.

 

 

Exit mobile version