Blog Sabree Hussin

Tak Sangka! Setan Pun Nak Join ToneXpress…

Cerita pada pagi ni adalah tentang ToneXpress.

Kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya, apalah yang best sangat dengan ToneXpress ni sampaikan boleh kata hampir setiap hari, ada je pengguna baru yang berdaftar untuk jadi ahli VIP di laman web tersebut.

Mungkin… ada sesuatu yang sangat best, sampaikan ada makhluk bernama setan ni pun berminat nak join! Lihat bukti screenshot dibawah ni

 

Inilah masalah orang kita.

Kalau boleh semua benda dia nak buat main. Nak buat gurau-gurau. Ini bisnes kita. Serious la sikit bila nak berbisnes tu. Nanti-nanti kalau tak menjadi, tak ada untung, langsung tak dapat hasil, disalahkan semula bisnes tu. Padahal, diri dia sendiri yang tak serius dalam berbisnes.

.

..

Semalam saya ditanya tentang modus operandi ToneXpress. Sebenarnya, kalau diikutkan, segalanya dah diterangkan dengan jelas dilaman web tonexpress tu sendiri. Anda hanya perlu baca berulang-ulang kali, kalau anda ada masalah pemahaman kalau cuma baca sekali sahaja.

Jadi, saya akan terangkan sekali lagi mengenai laman web ToneXpress ni mengikut kefahaman dan gaya bahasa saya sendiri.

 

Apa yang anda perlu tahu mengenai laman web ToneXPress?

1. Anda boleh guna laman web ni untuk mempromosikan bisnes simkad Tone Excel anda, tak kiralah anda berada di rangkaian mana sekalipun.

2. Anda boleh join tonexpress walaupun anda dah ada IDP Tone Excel dan jika anda belum ada IDP Tone Excel pun anda boleh join jugak laman web ni.

3. Pendaftaran sebagai ahli biasa adalah PERCUMA. Jika anda ingin upgrade sebagai ahli VIP, barulah kena bayar RM10.

4. Anda akan dapat link khas seperti ini selepas mendaftar sebagai ahli –> http://tonexpress.com/sabreehussin

5. Terus promosikan link tersebut.

6. Setiap ahli baru yang anda rujuk, anda akan dibayar komisyen sebanyak RM10.

7. Bagi kes ahli yang diperkenalkan oleh anda tidak melakukan sebarang promosi dan penajaan, anda perlu dapatkan 12 ahli baru untuk melayakkan anda mendapat simkad Tone Excel pertama anda secara percuma.

8. Apabila komisyen anda mencecah amaun RM100 yang pertama, anda akan terima simkad Tone Excel dari admin.

9. Jika anda sudah menjadi ahli Tone Excel, anda akan dapat simkad yang masih belum diaktifkan.

10. Jika anda belum menjadi ahli Tone Excel, anda akan terima simkad yang dah siap diaktifkan menerusi IDP penaja anda di laman web ToneXpress.

11. Sistem tonexpress menggunakan konsep pass 2 up. Ini bermakna, setiap orang akan menghadiahkan 2 orang downline kepada upline masing-masing.

12. Jika downline anda juga aktif mendapatkan pelanggan baru, maka anda tak perlu dapatkan sehingga 12 downline untuk layak dapat simkad, sebabnya downline anda akan hadiahkan dua orang downline setiap satu.

13. Teruskan buat promosi, sama ada di facebook atau di mana-mana media sosial. Macam saya sendiri, saya lebih suka melakukan promosi menerusi medium blog. Ia lebih santai dan saya tak kacau ketenteraman sesiapa dengan mesej marketing saya ni.

 

Baiklah, rasanya itu sahaja yang anda perlu tahu tentang ToneXpress buat masa ni.

Ke masih ada lagi yang saya tertinggal?

Anda ada sebarang soalan ke tentang laman web tonexpress ni? Apa kata anda tinggalkan soalan anda dibahagian komen dibawah ni ya. (kalau ada masa nanti saya jawab)

 

 

Exit mobile version