Blog Sabree Hussin

Komisyen dari Lazada sebagai pembakar semangat!

Untuk bulan November ni, Lazada tengah jalankan promosi besar-besaran dengan menawarkan diskaun sehingga 95% untuk banyak produk-produk terpilih.

Ada banyak sangat produk yang dijual dengan harga diskaun. Terlalu banyak sampaikan saya nak senaraikan satu per satu pun tak terbuat rasanya. Ada baiknya, anda terus ke laman web Lazada ni.

 

Jadi nasihat saya, jika anda ada perancangan nak beli sesuatu dan masih belum beli lagi, buatlah perbandingan harga terlebih dulu. Anda mungkin akan dapati, barangan yang anda nak beli tu, sebenarnya RM30 – RM50 lebih murah kalau anda beli di laman web Lazada.

 

Buat perbandingan harga sebelum buat sebarang pembelian

Nasihat ni saya dah pernah dengar sejak saya masih sekolah lagi. Zaman budak-budak dulu lagi dah pernah dengar. Kalau nak beli apa-apa barang, sebelum nak keluar duit tu, buatlah dulu perbandingan harga.

 

Anda mungkin tak tau, sebenarnya penjual pertama yang anda jumpa tu, mungkin seorang yang tak berapa jujur. Dia jual dengan harga yang berkali ganda lagi mahal daripada harga yang sepatutnya.

 

Jadi untuk keselamatan dan untuk elakkan kerugian dan penyesalan di kemudian hari, eloklah kita buat perbandingan harga.

 

Harga ni satu benda yang subjektif. Malahan untuk produk yang sama, apabila dijual oleh vendor yang berbeza, masing-masing akan tawarkan harga yang berbeza.

 

Saya nak ambil contoh produk produk Nu-Prep Tongkat Ali 60 kapsul.

 

Produk ini adalah produk kesihatan yang boleh didapati di farmasi seperti Guardian, Watson dan sebagainya.

 

Tau tak berapa harganya?

 

Untuk 60 biji kapsul, harganya adalah sekurang-kurangnya ialah RM170 ++ . Itulah harga pasaran untuk produk ni.

 

Sebenarnya, anda boleh dapatkan produk yang SAMA, dan YA ORIGINAL, dengan harga diskaun. Satu penjimatan lebih RM50 jika anda beli secara online sahaja di Lazada. Boleh dapatkan di link ini.

 

Komisyen dari Lazada… 

Sebenarnya saya lebih minat nak ceritakan tentang komisyen daripada Lazada. Bukannya nak cerita sangat pun tentang apa barangan yang murah yang boleh dibeli kat Lazada tu.

 

Ok ni antara komisyen yang berjaya dicatatkan untuk bulan November 2015 ni sahaja.

Masih lagi pending, dan In Shaa Allah, nanti-nanti pihak Lazada akan tukarkan kepada approved.

 

Saya ingat lagi, saya join sebagai affiliates pada bulan Ogos 2015. Waktu tu, memang saya agak blur dan confuse, sebab tak tau macam mana cara terbaik nak mempromosikan produk-produk di Lazada.

 

Dalam keadaan confuse dan blur tu pun, Alhamdulillah dapat juga beberapa sales. Moga-moga sales akan terus bertambah lepas ni.

 

 

 

Exit mobile version