Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Niaga Affiliate September 2015

Komisyen dari niaga affiliate ini adalah komisyen kali kedua saya terima daripada pihak pengendali program affiliate niaga affiliate. Kali pertama adalah pada bulan Ogos 2015 yang lepas. Boleh baca:

Komisyen Affiliate Niaga Affiliate Ogos 2015

 

Program affiliate anjuran Niaga Affiliate ini adalah dalam kategori Pay Per Lead. Sebagai ahli ataupun ejen affiliate, peranan kita mudah sahaja. Hanya membantu admin untuk mengumpul senarai emel. Apa kegunaan senarai emel ini kepada admin niaga affiliate?

 

Saya percaya ianya adalah untuk tujuan pemasaran. Salah satunya ialah bagi tujuan pengiklanan. Oh ya anda juga boleh dapatkan khidmat pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak admin niagaaffiliate.com jika anda berminat.

“Apa yang perlu dibuat untuk melayakkan diri mendapat bayaran komisyen daripada niaga affiliate?”

Sebenarnya tak adalah sesukar mana untuk buat duit dengan program affiliate Niaga Affiliate ni. Seperti kebanyakkan program affiliate, anda perlu bermula dengan daftarkan akaun keahlian sebagai ejen affiliate terlebih dahulu. Anda boleh buka akaun ejen dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Dari segi bayaran, anda akan dibayar RM1 untuk setiap leads ataupun prospek yang memberikan nama, alamat emel dan nombor telefon. Lepas anda dah daftarkan akaun, bolehlah mintak anak-anak, isteri, ibu ayah, kawan-kawan untuk daftar. Katakanlah selepas satu tempoh masa, anda berjaya daftarkan 100 orang, maka RM1 x 100 orang, bermakna anda akan menerima bayaran sebanyak RM100.

 

Walaubagaimanapun, pengiraan ini hanyalah untuk tujuan penerangan mudah sahaja. Anda perlu fahami terlebih dahulu, pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak Niaga Affiliate untuk terus melayakkan diri mendapat bayaran RM1 per leads.

 

Komisyen affiliate terakhir yang saya terima nampaknya datangnya dari program affiliate Niaga Affiliate ini.

 

Memandangkan komisyen yang ditawarkan pun bukanlah tinggi mana, jadi saya tidaklah mempromosikan program affiliate ini secara aktif. Saya lebih banyak bergantung kepada kuasa pemasaran SEO ataupun search engine optimization.

 

Pemasaran dengan menggunakan Teknik SEO Merah Jambu bukanlah sesukar mana.

 

Akan tetapi, kalau anda memang tak pernah ambil tahu, bagaimana laman web seperti google search berfungsi, mungkin topik akan membuatkan anda rasa sedikit keliru.

 

Walaubagaimanapun, secara peribadi, masa, wang ringgit dan tenaga yang diperuntukkan untuk mempelajari dan menguasai teknik pemasaran SEO ini pasti akan membuahkan hasil apabila ianya dipraktikkan dengan sebaik-baiknya. Dalam situasi saya, saya menggunakan pengetahuan tentang teknik SEO untuk mempromosikan produk-produk yang menawarkan peluang buat duit, contohnya seperti program affiliate.

 

Harap-harap, bulan depan ada banyak lagi peluang nak buat duit dengan program affiliate macam ni!

 

 

 

Exit mobile version