Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Klikjer December 2015

Kan bagus kalau ada jalan pintas atau short cut untuk meraih komisyen affiliate menerusi program affiliate Klikjer. Dah agak lama jugak sebenarnya saya cari, kalau-kalau wujud teknik dan taktik rahsia untuk buat duit dengan klikjer ni.

 

Akhirnya pada satu hari, saya buat keputusan untuk berhenti mencari. Daripada saya bazirkan tenaga untuk mencari sesuatu yang belum tentu ada, kan lebih baik saya gunakan masa yang ada untuk pratikkan sahaja apa-apa yang saya dah tau.

 

As for the time being, saya tau macam mana nak gunakan teknik SEO untuk menghasilkan kempen pemasaran. Sedikit sebanyak saya tahu macam mana nak gunakan kaedah pemasaran emel. Pemasaran menggunakan channel FB pun saya tahu guna walaupun bukanlah hebat sangat, dan yang paling penting, kaedah pemasaran blog… satu-satunya kaedah pemasaran yang jarang mengecewakan saya.

 

Terus praktikkan apa yang kita dah tahu!

Buang masa dan tenaga je kalau asyik nak cari dan kejar benda-benda baru. Lebih baik terus apply segala teknik yang memang kita dah tahu.

 

Saya ambil contoh jika anda minat nak buat duit dengan program affiliate klikjer.

 

Saya andaikan anda telahpun mempunyai akaun dengan klikjer. Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan ialah pilih mana-mana satu produk yang ada potensi untuk hasilkan jualan.

Sebenarnya, pada dasarnya boleh dikatakan kesemua produk yang tersenarai di laman web klikjer memang ada potensi untuk menghasilkan jualan. Semuanya terpulang pada kita untuk hasilkan kempen pemasaran yang cukup menarik sehingga berjaya memikat potential customer untuk membeli produk-produk tersebut.

 

Produk yang mudah untuk dapat jualan di klikjer

Semua produk ada ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Apa yang saya faham sepanjang saya terlibat secara aktif mempromosikan produk-produk di klikjer, setiap produk mempunyai cara dan teknik jualannya yang tersendiri.

 

Selalunya, produk yang secara jelas menyelesaikan suatu masalah yang spesifik adalah produk yang lebih mudah untuk menghasilkan jualan…

 

Saya ambil contoh, ebook Panduan memulakan bisnes Fotografi misalnya, secara jelas ia menerangkan kepada pembaca langkah-langkah dan teknik yang perlu dilakukan jika nak berjaya buat duit dengan menggunakan kamera.

 

Jadi siapa yang perlukan panduan ini?

 

Sudah tentu individu yang minat nak menceburkan diri dalam bidang fotografi, tetapi tak tau macam mana nak bermula dan apa persediaan yang dia perlukan. Maka dalam contoh ini, segala jawapan boleh diperolehi hanya dengan semudah mendapatkan ebook panduan bisnes fotografi tersebut.

 

…jika nak bandingkan dengan datang ke kursus, kos untuk dapatkan ebook ini adalah berkali ganda lebih murah. Apa pun, ini sebenarnya adalah opsyen untuk anda. Ada orang lebih suka belajar secara hands on, manakala ada juga setengah orang yang lebih suka kalau belajar melalui pembacaan.

 

Untuk mereka yang lebih gemar membaca, dan sukakan info yang ringkas dan padat, maka bolehlah dapatkan panduan tu. Panduan tersebut, (Panduan Bisnes Fotografi) juga dikeluarkan oleh pihak Klikjer.

 

Apa pun, saya bersyukur kerana bulan December 2015 ini saya masih lagi diberi peluang untuk dapat income dari Klikjer.

 

Untuk bulan December 2015 ini, bayaran sebanyak RM48.30 telah pun saya terima dari pihak Klikjer.

 

Ya

 

Jumlah ini tidaklah begitu tinggi, dan saya juga pasti dengan yakin, anda juga boleh pintas apa yang saya hasilkan ini.

 

Untuk produk-produk dari klikjer, saya lebih cenderung untuk pasarkan menggunakan kaedah pemasaran Teknik SEO dan juga kaedah artikel advertorial.

 

Memanglah untuk setengah orang, kaedah yang saya gunakan ini agak kurang menarik. Namun pada saya ianya sudah cukup baik dan ada potensi untuk berikan pulangan yang lebih baik lagi di masa akan datang. Saya perasan, sejak akhir-akhir ini, artikel-artikel advertorial yang saya terbitkan dah mula memberikan pulangan dalam bentuk sales.

 

Ini bukan saya cakap saja-saja, sebab buktinya, saya sendiri dapat rasa ada komisyen di bayar ke akaun Maybank saya.

 

Apa pun, saya nak anda tahu… Apa yang saya lakukan, bukannya perkara-perkara yang susah dan mustahil. Saya fokus untuk menulis artikel, dan Alhamdulillah ada hasilnya.

 

Apa pun, doakan semoga di masa akan datang saya akan dapat komisyen dari program ini lagi ya. Wallahua’lam.

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga anda juga terima bayaran komisyen juga.

 

 

Exit mobile version