Blog Sabree Hussin

Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?

Ada beberapa soalan yang kerap ditanyakan kepada saya. Salah satunya adalah soalan tentang kerja dari rumah untuk pelajar lepasan SPM.

 

Kebiasaannya, saya akan jawab tak ada. Ye la, kalau nak cari kerja part time, sementara menunggu result SPM ataupun tunggu tawaran sambung belajar, anda sebenarnya boleh kerja part time sama ada di panggung wayang, restoran makanan segera, dan banyak lagi.

 

Dekat laman web ini, ada banyak iklan kerja kosong, sama ada untuk part time atau fulltime yang anda boleh mohon.

 

Tapi soalan yang saya terima ini, lebih spesifik. Dia nak kerja part time, tapi dengan syarat kerja tu mestilah boleh dibuat dari rumah.

Bijak si penanya soalan ini. Boleh jadi, dia memilih untuk kerja dari rumah sahaja sebab nak berjimat dari segi

(1) Tak perlu keluar belanja untuk pengangkutan

Boleh jadi dia tak ada kenderaan sendiri, dan kalau kena kerja dekat tempat yang agak jauh dari rumah, dia perlu minta tolong adik beradik, mak atau ayah untuk hantar dan jemput dia balik kerja. Kalau tak ada sesiapa yang boleh tolong, dia kena keluar duit belanja untuk kos pergi dan balik kerja. Tak kan nak beli kenderaan?

 

(2) Kalau tempat kerja jauh, tak perlu nak sewa rumah atau bilik

Cara lain kalau nak berjimat dari segi pengangkutan ialah pilih kerja yang dekat dengan rumah. Kalau tak ada? Cuba cari tempat tinggal yang dekat dengan tempat kerja. Sama ada anda sewa rumah, sewa bilik ataupun menumpang di rumah saudara.

 

(3) Boleh jimat belanja untuk makan. Kalau lapar just makan apa yang mak masak.

Setiap hari kita memang kena makan. Kos untuk makan tengahari, boleh mencecah sehingga RM8 – RM12 dalam sehari.

 

(4) Tak perlu risau nak kena beli baju lawa-lawa untuk pakai semasa kerja

Sesetengah tempat kerja tidak menyediakan pakaian uniform. Jadi anda perlu ada pakaian yang sesuai untuk ke tempat kerja. Tak kan nak pakai pakaian sekolah pulak kan untuk ke tempat kerja?

 

(5) Boleh pilih nak bekerja pada waktu mana dan bila-bila masa

Ini merupakan kriteria yang saya suka tentang kerja dari rumah. Saya boleh kerja ikut masa saya, dan saya boleh kerja pada bila-bila masa yang saya suka. Namun saya perlu ingatkan, bukan semua kerja dari rumah boleh ikut waktu kita. Bergantung pada jenis kerja yang anda buat, ada juga kerja yang anda kena ikut masa orang lain.

 

Ada ke kerja kosong yang boleh dilakukan hanya dari rumah untuk pelajar lepasan SPM?

Carilah mana-mana portal atau laman web yang menyiarkan iklan kerja kosong, sama ada di Jobstreet, atau di Maukerja, memang kita susah nak jumpa kerja kosong yang boleh dilakukan hanya dari rumah.

 

Kebanyakkan kerja yang diiklankan adalah iklan untuk mencari pekerja part time ataupun full time sahaja. Kalau nak cari iklan kerja dari rumah, memang susah nak jumpa.

 

Tapi adakah ini bermakna, kerja dari rumah memang tak wujud?

Ok macam ini. Sebelum anda teruskan pembacaan, saya nak anda ubah sedikit mindset dan cara berfikir.

 

Kalau anda mencari kerja kosong, yang mana anda minta kerja dari majikan, kemudian majikan beri anda kerja, seterusnya anda buat kerja tersebut dari rumah, bila dah siap anda hantar kerja yang telah disiapkan tu lalu anda dapat gaji…

 

Kerja macam tu memang susah nak dapat. Tahap susah tu, lebih menjurus kearah tak akan dapat. Anggap sahaja kerja seumpama tu tak ada, dan belum lagi wujud.

 

Saya percaya, satu hari nanti akan wujud banyak peluang kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah, tapi sekarang belum masanya.

 

Tapi kalau anda mahu, anda boleh buat seperti mana yang saya buat, untuk hasilkan pendapatan. Saya buat kerja-kerja ini semua hanya dari rumah.

 

Apa kerja yang saya buat?

Kerja saya ni ada macam-macam nama. Antaranya

(1) Blogger @ Penulis Blog

(2) Copywriter

(3) Content Marketer

(4) Web Developer

 

Tak kisahlah walau apa nama yang diberikan, namun cara kerjanya sama sahaja.

(1) Mula-mula saya akan install blog pada domain dan hosting menggunakan sistem WordPress

Boleh baca disini: Memasang blog WordPress Self Hosted pada hosting

 

(2) Seterusnya selepas dah install blog, saya akan mula menulis dan menghasilkan konten bagi blog tersebut.

Bila nak hasilkan konten bagi blog, kena ada strategi. Bukan sekadar tulis dan mengarut ikut suka hati. Kena tahu, apakah niche atau topik yang memang proven boleh hasilkan duit.

Baca disini: 10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online

 

Bagaimana cara nak hasilkan pendapatan kalau jadi penulis blog?

Orang lain yang kerja dengan majikan, setiap bulan dia akan dapat gaji. Tetapi, untuk individu yang bekerja sendiri seperti saya, dan menghasilkan konten untuk website, kita tak ada gaji tetap, sebaliknya kita perlu bekerja untuk dapatkan jualan dan komisen.

 

Program Affiliate

Cara paling mudah untuk buat duit dengan blog adalah menerusi program affiliate. Saya pernah senaraikan ada macam-macam program affiliate yang boleh disertai.

Baca disini: Senarai Program Affiliate dengan komisen terbaik

 

Bawah ini pula adalah bukti bayaran komisen yang saya pernah terima dari program Affiliate Klikjer.

Ogos 2019 – RM320.40

September 2019 – RM444.00

Oktober 2019 – RM556.20

November 2019 – RM588.00

Disember 2019 – RM210.00

 

Seperti yang anda boleh lihat, income dari program affiliate ini ada naik dan ada turunnya. Ibarat macam kita buat bisnes, ada bulan-bulan tertentu jumlah jualan kita banyak, ada bulan-bulan tertentu kita tak dapat banyak pelanggan.

 

Apa yang pasti, bila kita nak buat duit dengan program affiliate ini, kita janganlah malas. Kena join banyak-banyak program, cuba promosikan banyak-banyak produk, dan kalau ditakdirkan income kita dari satu program tak berapa banyak, at least kita masih ada lagi income dari program lain.

 

Saya tunjuk bukti income dari program affiliate klikjer, tapi sebenarnya saya masih ada lagi income dari program affiliate Lazada, Involve Asia, Visondata dan sebagainya.

 

Program pengiklanan untuk para penulis blog

Program pengiklanan ini namanya program Google Adsense.

Ini merupakan program pengiklanan yang dianjurkan oleh Google.

 

Bawah ini adalah bayaran yang saya terima melalui program ini untuk 7 hari.

Hari 1 USD3.56 ~ RM14.56

Hari 2 USD2.84 ~ RM11.62

Hari 3 USD2.88 ~ RM11.78

Hari 4 USD3.33 ~ RM13.62

Hari 5 USD3.49 ~ RM14.28

Hari 6 USD3.93 ~ RM16.08

Hari 7 USD6.62 ~ RM27.08

 

Melalui program pengiklanan Google Adsense ini, kita kena kumpul pendapatan ini sampai mencecah USD100, dan selepas itu pihak Google akan transfer duit tersebut terus ke akaun bank kita. Biasanya bayaran akan kita terima pada 21 – 25hb setiap bulan.

 

Bila kita dah ada income dari Adsense, kita tak update blog pun tak ada masalah. Income tersebut kita akan dapat setiap hari, asalkan blog kita ada trafik. Saya malas nak cerita panjang-panjang pasal adsense, sebab dah banyak kali saya cerita dalam blog ni.

 

Kalau anda nak belajar cara buat duit dengan adsense, boleh download je panduan ni.

 

Kesimpulannya, nak kata buat duit dari rumah sebagai penulis blog ni boleh jadi kaya tu, mungkin agak susah, tapi kalau setakat nak buat duit dalam sekitar RM1,000 – RM3000 setiap bulan, In Shaa Allah boleh.

 

Cuma peringkat permulaan, memang agak susah nak nampak duitnya. Cabaran yang paling getir sekali ialah nak hasilkan RM100 yang pertama melalui blog. Tapi bila kita dah mula dapat hasilnya, pendapatan tersebut akan terus kita perolehi.

 

Sebab tu sampai sekarang, saya masih lagi menulis blog. Benda boleh buat duit, kenapa nak berhenti pulak, kan?

Baca juga: 10 Cara buat duit dengan blog – Cara keempat dah berikan saya ribuan ringgit

 

 

 

Exit mobile version