Blog Sabree Hussin

7 Kelebihan mendapatkan khidmat Jurulatih Bisnes

Adakah anda memerlukan bantuan seorang jurulatih perniagaan bagi mengembangkan lagi perniagaan yang anda sedang jalankan sekarang ini? Adakah ini merupakan satu tindakan yang bijak, untuk mengambil seorang jurulatih atau business coach yang dapat memainkan peranan secara aktif membantu dalam perniagaan yang kita jalankan?

 

Pada saya secara peribadi, konsep mengupah seseorang untuk jadi penasihat bisnes agak asing bagi saya. Selama ini, saya sendiri lebih banyak mengamalkan kaedah self learning, beli panduan atau mendaftar untuk ikuti mana-mana kursus yang berkaitan dengan bisnes, jika saya perlukan penyelesaian bagi sebarang isu yang saya hadapi.

 

Namun dari pembacaan yang saya lakukan, sebenarnya dekat luar sana, ada ramai juga usahawan yang berjaya, yang mendapatkan khidmat dari seorang jurulatih perniagaan sebagai penasihat dalam bisnes yang mereka lakukan. Bukan sekadar seorang ahli perniagaan, malahan seorang Perdana Menteri juga ada melantik ramai penasihat, bagi membantu membuat sebarang keputusan yang penting yang berkaitan dengan aktiviti seharian yang dijalankan.

Ini secara tak langsung buatkan saya berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi, apakah terdapat kebaikkan yang boleh diperolehi apabila kita melantik seseorang untuk menjadi jurulatih perniagaan bagi kita?

 

Dari pembacaan yang saya lakukan, saya dapat kenalpasti sekurang-kurangnya terdapat 7 kelebihan dan kebaikkan yang bakal kita perolehi apabila mendapatkan khidmat seorang jurulatih perniagaan. Ini antaranya.

 

(1) Bantu anda beri tumpuan kepada perkara yang penting untuk bisnes anda

Fokus.

 

Ternyata ia lebih mudah bercakap tentang fokus berbanding benar-benar melakukannya.

 

Berapa ramai yang mampu untuk fokus pada perniagaan yang dijalankan? Jika anda mempunyai pasukan yang bekerjasama dengan anda untuk menjalankan sesuatu perniagaan, kebarangkalian untuk anda mampu fokus pada perniagaan yang anda jalankan adalah tinggi.

 

Tapi situasinya berbeza bagi mereka yang menjalankan bisnes menggunakan konsep one man show. Kebanyakkan bisnes yang boleh dijalankan secara online, boleh dilakukan tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk bermula.

 

Sebarang keputusan dan tindakan, boleh dilakukan dengan cepat tanpa perlu merujuk kepada mana-mana team members mahupun mendapatkan persetujuan dari rakan niaga. Walaubagaimanapun, konsep one man show ini ada kelemahannya.

 

Sebagai usahawan yang bergerak sendiri, cukup mudah untuk terganggu dari segi fokus apabila dihidangkan dengan peluang lain yang nampak lebih menguntungkan berbanding dengan bisnes yang sedang dijalankan sekarang.

 

Tapi dengan adanya peranan seorang jurulatih, anda boleh fokus dengan bisnes yang anda jalankan dan dia lebih tahu apa yang terbaik untuk anda.

 

Sekiranya anda memilih seseorang yang pernah berjaya dalam bisnes tertentu, untuk anda jadikan sebagai jurulatih anda, anda hanya perlu ikut sahaja nasihat yang coach anda berikan. Nasihat yang diberikan pastinya sangat penting untuk diikuti, dan ianya terbukti pernah memberi kejayaan kepada jurulatih anda.

 

(2) Memberi motivasi dan semangat sewaktu anda rasa down

Dalam bisnes, bukan sekadar pendapatan sahaja yang ada naik dan turun. Malahan adakalanya semangat dan motivasi juga ada naik dan ada turun.

 

Kadang-kadang usaha yang kita buat untuk menjayakan sesuatu projek tak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Ada masanya kita rugi. Kalau kita tak rugi, mungkin kita telah buatkan orang lain rugi.

 

Semua perkara ini boleh beri kesan terhadap semangat dan tahap motivasi kita. Bila kita ada business coach ni, kita boleh mengadu dengan dia, dapatkan nasihat, minta pendapat dan sebagainya. Dari situ, In Shaa Allah kita akan kembali bersemangat untuk teruskan usaha perniagaan kita.

 

(3) Seorang coach yang bagus mampu memberikan anda Action Plan untuk diikuti

Setelah anda ikuti segala nasihat dan perkongsian dari coach business anda, anda mungkin nak tahu, apakah perkara seterusnya yang saya perlu lakukan?

 

Sekiranya anda rasa lost dan tak tahu, apa tindakan yang patut diambil seterusnya, jurulatih anda patut mampu untuk berikan action plan atau homework untuk anda praktikkan segala yang telah diajar.

Lagi bagus kalau boleh dapatkan action plan yang mengandungi langkah demi langkah apa yang perlu dilakukan. Dari situ kita boleh tahu, apa tindakan yang perlu dilakukan terlebih dahulu, dan mana satu yang boleh dilakukan kemudian.

 

(4) Mempunyai seorang jurulatih perniagaan adalah seperti membuat pelaburan

Seperti mana-mana pelaburan yang baik, ia akan memberikan anda pulangan yang berlipat kali ganda dimasa akan datang.

 

Seorang coach, mempunyai pengetahuan yang baik tentang tindakan dan keputusan yang tepat untuk perniagaan anda. Jika dia tak berjaya memberikan anda pulangan dalam bentuk keuntungan yang tinggi, dia mungkin mampu untuk selamatkan anda daripada buat keputusan yang salah lalu menyebabkan kerugian yang banyak.

 

(5) Melihat bisnes dari sudut pandang orang luar

Sepanjang anda jalankan bisnes, berapa kerap anda dapatkan feedback dari para pelanggan anda? Besar kemungkinan, tak pernah. Betul tak?

 

Ataupun kalau anda cuba nak dapatkan maklumbalas dari pelanggan anda, mereka tak ada masa untuk berikan feedback yang terperinci dan memberikan maklumat yang berguna untuk anda perbaiki mutu perkhidmatan anda.

 

Jika para pelanggan anda adalah seperti saya, maklumbalas yang bakal anda perolehi hanyalah sekadar

Ok… bagus… boleh tahan… servis ok

 

Itu sahaja. Saya akui yang saya memang tak ada masa untuk berikan feedback yang panjang berjela untuk mana-mana syarikat mahupun perniagaan yang saya pernah berurusan.

 

Lagipun, saya tak begitu yakin, kalau feedback yang saya berikan itu akan ada sebarang tindakan. Siapa tahu, kalau-kalau feedback yang saya berikan sebagai pelanggan akhirnya akan dibakulsampahkan sahaja?

 

Salah satu laman web yang akan minta review dan feedback setiap kali selepas saya jadi pengguna adalah laman web Airbnb. Sebagai pelanggan, kita diberikan satu peluang untuk memberi review dan share pengalaman sepanjang menginap di kediaman yang ditempah melalui Airbnb.

Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang saya pun agak malas nak tulis review panjang-panjang. Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, kalau semata-mata mengharapkan feedback dan review dari pelanggan semata-mata, maklumat yang diperolehi sama ada tak tepat atau tak lengkap.

 

Ini berbeza dengan anda cuba dapatkan feedback dari jurulatih bisnes anda. Dia pasti akan beri feedback yang lengkap beserta dengan maklumat seperti pada bahagian mana yang anda perlu perbaiki bisnes anda. Jika coach yang anda pilih adalah seorang yang proaktif, dia juga mungkin akan sediakan pelan tindakan untuk anda perbaiki bisnes anda sekarang juga.

 

(6) Keupayaan untuk mendapatkan penyelesaian segera untuk masalah anda

Jurulatih yang anda pilih besar kemungkinan mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang. Pengalaman yang dimaksudkan boleh jadi datangnya daripada pengalaman sendiri ataupun pengalaman yang dia perolehi hasil daripada bekerjasama dengan klien yang lain.

 

Jika masalah yang anda hadapi, tak jauh beza dengan masalah yang jurulatih anda pernah hadapi sebelum ini sewaktu bekerjasama dengan klien yang lain, ini merupakan satu faedah untuk anda kerana anda tak perlu tunggu lama untuk dapatkan penyelesaian kepada masalah yang timbul.

 

Satu perkara yang saya pelajari tentang jurulatih perniagaan ini ialah, kita tak semestinya memilih individu yang menggelarkan dirinya sebagai jurulatih bisnes sebagai jurulatih kita. TAK SEMESTINYA.

 

Sebenarnya kita juga boleh memilih individu yang ada pengalaman luas berinteraksi dengan pelbagai jenis bisnes sebagai coach kita. Misalnya sebelum ini, saya pernah berbincang dengan Pn Diyana yang berpengalaman berkhidmat sebagai akauntan bertauliah di syarikat Real Management Services.

 

Sepanjang berkhidmat sebagai akauntan, dia juga banyak bekerjasama dengan pelbagai jenis syarikat. Sudah tentu, banyak juga masalah yang berkaitan dengan pengurusan yang pernah dia ketahui.

 

Seorang akauntan juga sebenarnya boleh menjadi seorang business coach, apabila kita ambil kira pengalaman yang dia ada sepanjang berinteraksi dengan pelbagai ragam pelanggan. Kalau nak hubungi Pn Diyana, boleh whatsapp di nombor 011-2720 4420 atau boleh ke laman web ini https://realmanagementservices.com

 

(7) Meluaskan rangkaian perniagaan

Melalui jurulatih anda, anda boleh berkenalan dengan usahawan lain yang sama bidang dengan anda, atau setidak-tidaknya usahawan lain yang boleh anda jalinkan hubungan perniagaan.

 

Kalau jurulatih yang anda pilih itu pernah bekerjasama dengan usahawan yang menjalankan bisnes berkaitan dengan khidmat pengiklanan, anda boleh berkenalan dengan usahawan tersebut dan seterusnya boleh jalinkan usahasama, dan mendapat hasil yang memenangkan semua pihak.

 

Walaupun mendapatkan perkhidmatan seorang jurulatih bisnes adalah sesuatu yang agak asing bagi saya, namun saya berpendapat, kesannya hampir sama dengan kita mendapatkan seorang rakan niaga untuk sama-sama bantu naikkan bisnes kita.

 

Cuma seorang rakan niaga (atau lebih) akan mengharapkan bahagian daripada keuntungan yang anda hasilkan dari bisnes yang dijalankan. Sebaliknya, seorang jurulatih bisnes, dia akan lakukan yang terbaik bagi memastikan anda berjaya dalam bisnes, namun dari segi pulangan, dia hanya mahukan apa-apa jumlah yang telah dia tetapkan sebagai bayaran khidmat nasihat dan profesional yang telah ditetapkan pada awal-awalnya.

 

 

Exit mobile version