Blog Sabree Hussin

Kalau tak ada blog, boleh join Program Affiliate Lazada tak?

Bermula tahun 2016, saya mula rajin ikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak Lazada Malaysia. Antara program yang saya pernah sertai adalah seperti program workshop sempena Online Revolution, sambutan ulangtahun kelahiran lazada dan beberapa program lain yang diadakan khusus untuk memperkenalkan vendor dengan para affiliate yang aktif membuat jualan menerusi platform lazada.

 

Dalam setiap perjumpaan yang diadakan, saya dapati bukan semua yang hadir tu adalah seorang blogger.

 

Ada juga affiliate lazada yang bukan merupakan seorang blogger. Mereka ini terdiri daripada pengamal media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.

 

Ada juga affiliate dalam kategori lain, iaitu bukan blogger dan bukan juga pengamal sosial media. Ini saya akan sentuh kemudian. Anda silakan baca sampai habis ya.

 

Sebelum saya nak cerita dengan lebih panjang, saya nak highlight disini, untuk menyertai program affiliate Lazada, terdapat dua cara yang anda boleh gunakan.

 

Pertama, sertai menerusi platform hasoffers yang dikendalikan sendiri oleh Lazada Malaysia.

Kebanyakkan komisen-komisen Lazada yang saya pernah cerita dalam blog ini, diperolehi daripada kerja-kerja pemasaran menggunakan platform hasoffers ini.

 

Antara perkara yang buat saya suka dengan platform ini ialah, di member area terdapat macam-macam tools yang boleh kita gunakan untuk bantu kita dapatkan jualan. Walaubagaimanapun, saya lebih suka gunakan fungsi deeplink generator.

 

Boleh klik sini untuk join menerusi Hasoffers.

 

Manakala cara kedua adalah dengan menyertai program affiliate Lazada menerusi platform yang dibangunkan oleh Involve Asia.

Pun begitu, saya rasa agak kerap saya ditanyakan soalan, seperti mana satu yang lebih baik? Join menerusi Hasoffers atau nak join menerusi Involve Asia?

 

Saya katakan, kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri.

 

Boleh klik sini untuk join menerusi Involve Asia.

 

Kalau nak tau apa bezanya, joinlah kedua-duanya. Itu yang saya sendiri lakukan. Saya join program affiliate Lazada menggunakan kedua-dua channel dan saya promosikan kedua-duanya sekali.

 

Jika anda join menerusi Involve Asia, produk yang anda boleh promosikan tidak terhad kepada produk yang dijual di platform Lazada semata-mata. Anda juga boleh promosikan produk dari lain-lain merchant (atau penjual) seperti Zalora, Digi, Trivago, syarikat penerbangan dan macam-macam lagi.

 

Macam saya, saya suka baca buku. So far, yang saya tahu ada sekurang-kurangnya 4 laman web menjual buku yang saya boleh promosikan buku-buku mereka sebagai affiliate. Laman web tersebut adalah

  1. Lazada
  2. Bookcafe
  3. Bukuonline2U
  4. Kinokuniya

 

Program affiliate dari Kinokuniya ni juga boleh disertai melalui Involve Asia. Ini bermakna, dengan mempunyai akaun dengan Involve Asia, kita sebenarnya berpeluang untuk mempromosikan macam-macam produk dan servis yang ada kat luar sana.

Dari masa ke masa juga, pihak Involve Asia sering menambahkan lagi merchant yang menggunakan sistem mereka. Ini bermakna, sebagai affiliate kita boleh mempromosikan lagi banyak produk.

 

Persoalannya ialah, rajin ke tidak? Nak buat ke tak nak?

 

Saya menerima soalan, seperti berikut

Assalamualaikum,

Nak tanya jika tak ada web atau blog masih boleh join ke affillite lazada ini?

… dan jika nak buat blog atau web sendiri bagaimana ye? Ada tak cara yang saya boleh belajar?

 

Saya nak jawab soalan yang pertama dulu. Jika tak ada web atau blog, adakah boleh join sebagai affiliate Lazada?

 

Mari kita lihat, apakah yang perlu kita isikan dalam borang pendaftaran apabila kita ingin mendaftar sebagai affiliate?

 

Ini screenshot jika ingin sertai menerusi hasoffer.

Kalau join menerusi Hasoffer ini, mereka memang akan tanya, apa nama laman web yang kita akan gunakan bagi menghantar trafik ke laman web lazada? Jadi kita kena masukkan alamat url website tersebut.

 

Bawah ni pula adalah screenshot jika kita nak join menggunakan platform Involve Asia.

Jika kita sertai menerusi platform Involve Asia ini, kita ada macam-macam pilihan, iaitu seperti

Cashback site

Contoh macam laman web yang menawarkan kupon diskaun. Ada skrip khas untuk bina laman web seperti ini. Memandangkan saya pun tak jumpa lagi apa skrip khas yang digunakan, jadi saya tak dapat nak terangkan disini. Konsep dia adalah seperti ini, kita kena beli produk Lazada menerusi laman web cash back tersebut. Selepas pembelian disahkan, pembeli akan dapat sedikit peratusan dalam bentuk cash back.

 

Content/Blog 

Fanpage juga boleh digunakan dan ia menepati konsep Content site. Jika anda ada fanpage yang memang anda aktif menghasilkan konten terkini, maka bolehlah apply. Kalau guna blog, seperti mana yang saya sedang gunakan sekarang ni, obviously memang kena ada konten didalamnya.

 

Coupons/Deals

Laman web ini akan menyenaraikan sebarang kupon yang boleh digunakan bagi mendapatkan diskaun tertentu apabila buat pembelian di Lazada.

 

Media Network

Saya pun tak berapa pasti apa contohnya. Maaf ya.

 

Community

Sebagai contoh laman web yang berasaskan forum.

 

Sub-Affiliate Network

Sub-Affiliate network ni, kalau ikut apa yang saya faham, adalah sama seperti Involve Asia. Involve Asia adalah affiliate bagi Lazada. Pada masa yang sama, Involve Asia turut merekrut affiliate yang menjadi sub-affiliate kepada Involve Asia dan affiliate ini boleh promosikan produk-produk daripada merchant.

 

Jadi, walaupun kita tak ada blog, tak bermakna kita tak boleh nak join program-program affiliate seperti ini. Letak je link url fanpage kita.

 

Walaupun begitu, pada pendapat saya, nak buat blog bukannya susah sangat. Ada terlalu banyak tutorial yang kita boleh follow, dan jika anda memerlukan rujukan dalam bentuk ebook supaya lebih senang faham dan yang menyediakan tutorial secara step by step sampai dapat duit, boleh muat turun Panduan Buat Duit Dengan Blog ini.

Anda boleh klik sini kalau nak muat turun panduan diatas.

 

Ataupun, sekiranya anda merasakan yang anda belum sampai tahap betul-betul nak serius dalam bidang ni, atau sekadar nak cuba-cuba dan tak nak keluar duit langsung untuk belajar, maka bolehlah rujuk pada arkib blog ini.

 

Dalam artikel-artikel terdahulu, saya juga pernah menulis tentang cara-cara nak menulis blog, memasang blog menggunakan perisian wordpress dan sebagainya.

 

So, nak kena ada blog ke tak perlu ada blog?

Terpulanglah. Saya guna blog, dan saya berjaya dapat sales. Ini buktinya. Bawah ni antara sales terkini yang saya terima dari program affiliate Lazada.

Ya, saya guna blog sahaja.

 

Blog bukanlah satu-satunya cara untuk buat sale dengan program affiliate Lazada ni. Tapi, memandangkan anda dah alang-alang masuk ke blog ni, saya tunjukkanlah bukti, yang guna blog sahaja pun boleh dapat sale.

 

Ada orang, dia tak perlu blog untuk dapat sale. Cukup sekadar guna FB Fanpage ataupun lain-lain media sosial. Saya tak ada ilmu itu. Jadi, saya tak dapatlah nak ulas lebih-lebih.

 

Wallahua’lam.

 

 

 

 

Exit mobile version