Blog Sabree Hussin

Jangan Kata Abang Tak Payung – Bahruddin Bekri

Kita tukar mode pembacaan kepada mode yang lebih santai dan happy… Bila melihat kepada senarai buku yang ada dalam simpanan saya, kadang-kadang boleh buat diri ni terasa stress pun ada.

 

Sesekali, nak juga baca sesuatu yang lebih ringan. Asyik baca tentang emas, rumah lelong, hartanah, dan sebagainya… Owh boleh jammed kepala otak. Lebih terasa jammed lagi bila memikirkan yang saya cuma boleh membaca tapi tak dapat nak praktikkan sangat ilmu yang diperolehi atas sebab masih belum ada modal.

 

Fuh… lagilah kena banyakkan bersabar.

 

#JANGANKATAABANGTAKPAYUNG

 

Tagline “jangan kata tak payung” pernah hits satu ketika dulu. Sekarang pun masih ada orang guna lagi tagline macam ni, cuma dah agak kurang.

 

So, bila penulis buku ni, Bahruddin Bekri menggunakan tagline tersebut sebagai tajuk bukunya, memang haruslah ia menarik perhatian mereka-mereka yang terbiasa atau sekurang-kurangnya pernah dengar tagline ni.

 

Termasuk la saya ha ha

 

Buku ni isteri saya yang beli. Saya tumpang baca je. Tabik kepada penulis buku ni, yang berjaya menghasilkan sebuah buku yang bolehlah saya kategorikan sebagai “anti-depression”. Siapa kata kerja sebagai seorang penulis ni tak letih? Tak stress? Tak rasa depression?

 

Setiap waktu, kita kena perah idea untuk dapatkan karya penulisan yang kadang-kadang kita rasa macam bajet best, dan kadang-kadang kita sendiri rasa tak nak mengaku, yang karya tersebut adalah our own baby!

 

Tapi penulis buku Jangan kata abang tak payung ni, dah membuatkan saya tersedar sesuatu. Menulis biarlah ikhlas dari hati. Ya… kadang-kadang memang hasil penulisan kita seolah-olah terlebih bagus, dan kadang-kadang langsung macam bangang pun anda. Biarlah. Dah memang itu paling ikhlas yang kita dapat hasilkan.

 

Bukankah cetusan idea dan ilham itu adalah anugerah dari tuhan? Ianya adalah rezeki yang tak ternilai harganya buat mereka-mereka yang bekerja dalam bidang penulisan. Kita menyampaikan, dan terpulang kepada pembaca sama ada nak mengambilnya atau nak membuangnya. Yang penting tugas kita adalah untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam bentuk penulisan.

 

Ok. Buku ni sebenarnya adalah himpunan status update oleh penulis tu sendiri. Ha… siapa kata status FB kita tu tak ada nilai? See… penulis ni dah buktikan, hasil daripada conteng-conteng kat wall FB sendiri pun boleh dibukukan dan boleh dijadikan duit.

 

Sebab tu, bila saya kongsikan dalam blog ni, yang dari menulis kita boleh hasilkan pendapatan sehingga RM1,000 setiap bulan, ia bukannya perkara main-main.

 

Buku ni, asalnya isteri saya beli kat kedai buku. Kalau tak silap saya, kat MPH Aeon Maluri. Tapi sekarang, boleh beli secara online sahaja.

 

Anda boleh klik sini kalau nak beli buku ni secara online sahaja. Laman jualan ialah di Bookcafe. Boleh dapatkan tawaran diskaun, promosi dan macam-macam lagi kalau beli secara online, dan mungkin anda akan dapat jimat lebih banyak.

 

 

 

Exit mobile version