Blog Sabree Hussin

Ada yang kata Jobdirumah ni scam, tetapi…

Baru-baru ni, saya ada tulis sebuah artikel yang berjudul “Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…

 

Siap je artikel tu, saya meneruskan pencarian maklumat tambahan di Google. Manalah tau kalau-kalau saya ada terlepas pandang, atau mungkin ada beberapa blog yang pernah menulis tentang Jobdirumah dan membincangkan tentang perkara yang sama iaitu sama ada ianya scam ataupun tidak.

 

Maka dengan tak semena-mena saya terjumpa laman web ini.

Tetapi sayang… Saya betul-betul kecewa lepas dah baca entri tersebut. Nak tau kenapa?

 

Apa yang pasti, penulis tersebut bukan sahaja GAGAL untuk membuktikan yang program Jobdirumah ini scam, malahan beliau hanya ikut-ikut dengar apa yang orang lain katakan. Senang kata, ianya adalah satu tuduhan yang langsung tak berasas.

 

Iyela… kalau nak kata sesuatu program itu scam sekalipun, kenalah bagitahu, sebab apa ianya scam? Apa yang buatkan sesebuah program itu scam? Jika modus operandi yang dijalankan sekarang ni adalah scam, lalu apakah cara sebenarnya yang perlu dilakukan supaya ia tak lagi di label sebagai program yang scam.

 

Saya percaya, kita semua adalah golongan yang “berakal”.

 

Kalau sekadar mengatakan sesuatu program itu scam atau tidak scam tanpa memberikan sebarang penjelasan yang make sense, ini satu tuduhan sebenarnya.

 

Just because program Jobdirumah ini mungkin tak sama seperti yang anda harap-harapkan, tak bermakna ianya scam. Pada saya, apa yang ditawarkan oleh pihak Jobdirumah itu jelas. Saya sendiri dah banyak membaca secara berulang-ulang kali sales letter di laman web utama Jobdirumah ini.

 

Dah jelas yang pihak Jobdirumah menawarkan PANDUAN, TUTORIAL dan VIDEO yang akan mengajar anda bagaimana untuk menjadi pekerja bebas (freelancer) hanya dari rumah. Itu sahaja.

 

… dan jika anda dah pernah join Jobdirumah, anda akan dapati sememangnya pihak Jobdirumah deliver apa yang mereka janjikan.

 

You get what you paid for.

 

Saranan saya, pastikan anda benar-benar FAHAM apa benda yang anda bayar. Kalau tak betul-betul faham, nanti anda akan salah faham. Bila anda dah salah faham, saya risau anda akan salahkan orang lain dan mengatakan orang lain yang dah buat scam pada anda.

 

Exit mobile version