Blog Sabree Hussin

Idea jana pendapatan lumayan menerusi bisnes printing dari permainan Pokemon GO

Permainan Pokemon Go mula dilancarkan dan boleh dimuat turun bermula pada 6 Julai 2016. Antara negara-negara terawal yang dapat bermain permainan ini adalah seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat,  German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland,  Canada, dan Puerto Rico.

 

Manakala bagi situasi kita yang terletak di benua Asia, hanya pengguna smartphone yang berada di Indonesia dan Jepun sahaja yang boleh bermain Pokemon Go. Walaubagaimanapun, sebelum kita di Malaysia dapat bermain permainan ini secara rasmi, sudah terdapat beberapa pemain yang telah memuat turun applikasi Pokemon Go secara tak rasmi menggunakan aplikasi yang dinamakan sebagai GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah pun dilancarkan peta untuk Pokemon Go.

 

Saya rasa pasti anda pernah terlihat, ada antara rakan-rakan di FB yang dah pun mula bermain permainan ini, walaupun pada hakikatnya game ini masih belum dilancarkan secara rasmi di negara kita dan applikasi tersebut juga masih belum boleh dimuat turun.

 

Baiklah. Beberapa bulan sebelum tarikh pelancaran game ini secara rasmi, beberapa perbualan di forum-forum buat duit online telah mula membincangkan tentang potensi untuk buat duit tanpa had sempena pelancaran game pokemon Go ini.

Pokemon ada peminat tegarnya yang tersendiri. Ini bermakna, akan ada dari kalangan peminat yang sanggup untuk berbelanja bagi tujuan memenuhi minat mereka.

 

Antara kaedah yang dicadangkan adalah dengan membeli saham pokemon, menghasilkan panduan dalam bentuk ebook untuk para pemain pokemon go, menjual merchandise pokemon go, membina laman web tentang pokemon go dan jana pendapatan menerusi program pengiklanan, dan macam-macam lagi.

 

Dalam catatan pada kali ini, apa yang saya nak kongsikan ialah tentang bagaimana nak buat duit dengan bisnes printing menggunakan idea daripada permainan Pokemon Go.

 

Baiklah, ini soalan yang anda mungkin nak cuba jawab terlebih dahulu. “Apakah produk-produk hasil daripada bisnes printing yang mempunyai permintaan yang tinggi?”

Jawapan:

(1) T-shirt

(2) Topi

(3) Beg

(4) Sweater atau jaket

(5) Button Badge

 

Mungkin anda berminat untuk lihat antara contoh-contoh design yang saya dah senaraikan di atas ini. Jom lihat.

 

(1) T-shirt

T-shirt adalah pakaian harian. Ia sesuai dipakai di kebanyakkan tempat yang kita pergi, sama ada ke restoran, ke taman, beriadah dan sebagainya.

Adakah sesuai untuk bermain permainan Pokemon Go sambil memakai T-shirt? Sudah tentu!

Klik sini untuk melihat lebih banyak design T-shirt Pokemon Go

 

(2) Topi

Memandangkan permainan Pokemon Go ini dimainkan di luar rumah, para pemain mungkin akan berjalan di tempat yang agak terdedah dengan panas matahari. Jadi, untuk memberi lebih keselesaan dan mengelakkan daripada terkena terik pancaran matahari, bolehlah guna topi.

Ada banyak lagi rekaan topi yang menarik disini. Anda boleh lihat dan contohi sendiri.

 

(3) Beg

Boleh letak macam-macam barang dalam beg. Katakanlah ada pemain yang nak luangkan sehari suntuk di luar rumah untuk tangkap Pokemon, dengan adanya beg, macam-macam barang boleh dimasukkan dalam beg tersebut.

Pemain boleh isi barang penting dalam beg ini, antaranya Power Bank Pokeball, baju spare, makanan dan minuman. Beg macam ni ada macam-macam rekaan dan design yang menarik. Anda boleh klik sini untuk lihat lain-lain rekaan beg pokemon go ini.

 

(4) Sweater atau jaket

Permainan ini boleh dimainkan tanpa mengira waktu. Boleh main waktu siang, boleh juga dimainkan pada waktu malam, boleh dimainkan ketika musim panas, dan boleh juga dimainkan ketika musim sejuk.

Nak main game ni ketika musim sejuk atau dalam situasi kita di Malaysia ni, nak main ketika cuaca sejuk? Boleh pakai sweater ni sambil main. Pasti lebih selesa. Ada macam-macam warna dan rekaan lagi yang anda boleh pilih dengan menekan klik pada pautan ini.

 

(5) Button badge

Benda ni adalah sesuatu yang nampak menarik kalau ada. Namun ia tak berikan kesan yang begitu significant pun. Namun bolehlah kalau anda nak hasilkan produk ini.

 

Walaubagaimanapun, satu yang saya nak ingatkan ialah, jenama dan nama Pokemon Go ini dilincdungi oleh Akta Hak Cipta. Sekiranya anda ingin menggunakan mana-mana karekter, lambang atau sebarang elemen yang berkaitan dengan Pokemon Go anda mungkin perlu dapatkan lesen terlebih dahulu.

 

Namun, jika anda ingin guna untuk kegunaan sendiri sahaja, dan bukannya bagi tujuan komersil, mungkin tidak ada masalah. Namun, anda tetap kena berhati-hati ya.

 

Alright, jika anda tak tau kat mana nak dapatkan servis percetakkan, saya syorkan anda belajar sendiri macam mana nak cetak barang-barang yang saya dah senaraikan. Panduan Bisnes Printing Tanpa Modal ini mungkin berguna untuk rujukan anda.

 

Baiklah, alang-alang dah bukak cerita pasal Pokemon Go ni, saya nak kongsikan pula fatwa berkenaan Pokemon dari Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi untuk pengetahuan dan panduan anda ya.

 

Pada tahun 2001, Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga aqal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman. Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

(1) Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.

(2) Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.

(3) Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.

(4) Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.

(5) Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.

(6) Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

 

Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

 

 

Exit mobile version