Blog Sabree Hussin

Idea Bisnes Dari Rumah

Perhatian kepada mereka yang sedang mencari idea untuk memulakan bisnes sendiri yang boleh dijalankan dari rumah.

 

Saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membaca perkongsian saya ini dengan teliti!

 

Apa yang bakal saya bincangkan menerusi artikel ini adalah mengenai idea bisnes dari rumah. Ya, anda tidak tersalah baca. Posting ini tentang kaedah atau cara nak buat bisnes dari rumah, bukannya tentang bekerja dari rumah.

 

Ada beza ke antara bekerja dari rumah dengan berbisnes dari rumah? Oh sudah tentulah ada beza. Walaupun dari segi luaran, kedua-duanya nampak sama, iaitu perlu melakukan kerja, namun dari segi pulangan hasil, ianya tak sama.

Kalau kerja dari rumah, lazimnya sebelum memulakan kerja tersebut, kita dah tahu berapa kadar upah yang bakal kita terima setelah siapkan kerja tersebut. Contohnya, kerja menulis artikel yang saya sendiri tawarkan, kadar upahnya adalah RM100 untuk satu artikel.

 

Sekiranya ada pihak yang sanggup buat bayaran sebanyak itu, barulah saya akan buat kerja tersebut. Jika tidak, saya akan fokus kepada kerja lain, yang boleh memberikan pendapatan kepada saya.

 

Berbeza dengan melakukan bisnes dari rumah. Pendapatan orang yang menjalankan kegiatan bisnes dari rumah adalah dalam bentuk keuntungan. Ada modal awal yang perlu dikeluarkan dan seterusnya ada kos-kos tertentu yang perlu dibelanjakan.

 

Kemudian setelah siap kerja, atau siap berurusan dengan pelanggan, dari situ kita boleh kenalpasti berapa sebenarnya keuntungan yang telahpun berjaya dihasilkan.

 

Bila kita merancang nak buat bisnes sendiri dari rumah, ada beberapa kemungkinan yang kita perlu bersedia untuk hadapi, antaranya

i. Pendapatan kita akan ada turun dan naik

Siap sedia juga dengan kemungkinan langsung tak ada income ataupun bisnes alami kerugian. Inilah risiko yang perlu kita hadapi ada ketikanya kita perlu berdepan dengan kemungkinan perniagaan kita terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.

 

ii. Produk yang anda jual dan promosikan mungkin ada pesaing lain yang turut jual

Persaingan adalah lumrah dalam bisnes. Tengok orang yang buat bisnes kedai makan. Dalam satu-satu tempat, kadang-kadang kita boleh lihat ada lebih 10 kedai makan. Setiap kedai makan, pasti ada pelanggannya.

 

Fokus kepada memberi kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bab persaingan itu memang kita tak boleh nak elakkan. In fact, wujudnya persaingan sebenarnya adalah satu bukti bahawa bisnes tersebut memang boleh buat duit.

 

iii. Anda kena buat sales dan kena pandai buat marketing

Jualan (sales) adalah nadi bisnes anda. Kalau tak ada jualan, maka tak ada bisnes. Jualan ini biasanya akan datang daripada kerja-kerja pemasaran yang dijalankan secara konsisten. Kalau niat memang nak buat bisnes, maka kena tahu dan kalau tak tahu kena belajar, macam mana nak buat jualan.

 

No such thing, nak buat bisnes tapi tak nak buat jualan. Kalau anda memang jenis yang pemalu, tak pandai nak buat jualan, maka kena cari alternatif lain iaitu dapatkan orang lain untuk buat jualan bagi pihak anda.

 

iv. Anda perlu selalu buat marketing tak kisahlah sama ada, ada hasil atau tidak

Ini realiti yang terpaksa kita terima. Bukan semua usaha pemasaran kita akan membuahkan hasil. Ada kemungkinan, kita dah susah payah buat marketing, satu sales pun tak lekat.

 

Tapi ini bukan bermakna kita kena stop buat marketing, sebaliknya kita kena usaha dengan lebih baik lagi.

 

v. Anda kena kuat dan banyak bersabar

Ok ini yang anda perlu tahu. Orang yang cepat lemah semangat, jenis yang sikit-sikit nak mengalah, sebaik-baiknya jauhkan diri daripada menceburi bidang perniagaan.

 

Itu antara perkara yang tak berapa best tentang berbisnes dari rumah.

 

Kali ini saya nak cerita pulak antara perkara yang menarik dan best bila anda dah pandai berbisnes hanya dari rumah.

Ready?

i. Anda jimat banyak perbelanjaan

Perbelanjaan seperti sewa premis perniagaan tidak perlu dilakukan memandangkan anda hanya beroperasi dari rumah.

 

ii. Anda boleh bekerja dan cari rezeki tanpa perlu keluar rumah

Ada banyak bisnes dari rumah yang tak memerlukan anda keluar rumah langsung, lebih-lebih lagi kalau anda buat bisnes secara online.

 

iii. Anda bebas untuk memilih nak bekerja dengan pelanggan yang bagaimana

Kalau rasa tak suka dengan pelanggan tertentu, tak payah nak jual barang kepada dia. Kata sahaja stok telah habis atau anda tak dapat nak memenuhi permintaan pelanggan buat masa tersebut.

 

iv. Anda bebas untuk jalankan perniagaan anda pada bila-bila masa yang anda suka

Saya suka bawa contoh bisnes online, sebabnya bisnes online ini tidak pernah tutup. Selagi mana laman jualan masih lagi boleh diakses, selagi itu bisnes kita akan tetap terus berjalan.

 

v. Anda boleh pilih sama ada nak buat bisnes secara automatik atau manual

Bisnes secara automatik akan berlaku apabila anda faham konsep dan kaedah untuk membina sistem buat duit automatik. Bisnes online boleh dijalankan secara automatik ataupun separa automatik apabila anda bijak menyusun penggunaan software tertentu.

 

“Business is about idea”

 

Siapa yang mempunyai idea bisnes yang paling menguntungkan, dan dia bertindak untuk merealisasikan idea tersebut, dia ada peluang untuk raih kejayaan dan kekayaan.

 

Ya dah tentu tak ada jaminan sama ada dia PASTI akan berjaya apabila menceburi bidang perniagaan.

 

Kejayaan atau kegagalan itu sebenarnya adalah hasil daripada proses yang kita gunakan.

 

As long as kita ikut dan buat proses tersebut dengan baik, In Shaa Allah, pasti ada hasilnya.

 

Dalam artikel-artikel sebelum ini, saya ada cerita tentang Sistem Jualan PRO yang saya pernah beli sebelum ini. Baiklah, saya faham ada yang rasakan pakej tersebut agak mahal harganya. Boleh lihat harga terkini disini.

 

Bagi yang belum ada rezeki nak dapatkan panduan tersebut, apa kata anda dapatkan laporan percuma ini terlebih dahulu.

 

Anda hanya perlu isikan nama dan alamat emel anda pada laman web diatas. Ataupun boleh juga pergi ke pautan ini untuk baca ebook ini sekarang.

 

Kalau tak dapat nak belajar dari pakej penuh Sistem Jualan PRO, at least anda dapatlah kutip serba sedikit ilmu buat duit dengan affiliate. Walaupun ilmu percuma, jika dipraktikkan ia tetap akan memberikan hasil kepada pengamalnya.

 

7 Idea bisnes dari rumah yang anda boleh lakukan segera

Perkongsian kali ini sebenarnya adalah untuk memberikan anda idea bisnes dari rumah yang anda boleh laksanakan pada hari ini juga.

 

Khas untuk mereka yang memang belum ada bisnes sendiri untuk dijalankan, sila perhatikan senarai yang bakal saya kongsikan ini dan jika anda rasakan ianya munasabah untuk anda, bertindaklah segera.

 

(1) Bisnes Internet sebagai Ejen Affiliate

Tak perlu pening-pening nak fikir bisnes apa, nak jual apa, atau nak jual kepada siapa. Anda boleh mulakan berbisnes di internet hari ini juga dengan menjadi seorang ejen affiliate.

 

Dengan menjadi ejen affiliate, anda tak perlu pening-pening nak cari supplier, tak perlu simpan stok, tak perlu pening-pening kepala nak uruskan pelanggan setelah membuat jualan kepada mereka.

 

Komisen sebagai ejen affiliate adalah berbeza-beza mengikut pengendali program, namun lazimnya komisen adalah seperti berikut

Jika produk digital seperti ebook, software, rakaman video dan sebagainya, komisen adalah sekitar 30% – 70%

 

Jika produk fizikal, seperti yang dijual di laman web ecommerce Lazada, komisen adalah sekitar 6% – 12% sahaja.

 

Buat bisnes sebagai affiliate adalah satu langkah yang bagus sebabnya dari sini kita boleh belajar dan kuasai pelbagai teknik pemasaran, sebelum kita terus memperkenalkan produk sendiri.

 

(2) Jual barang secara dropship

Modal selalu dijadikan sebab kenapa orang tak berani nak mulakan bisnes diinternet. Justeru, dengan adanya sistem dropship, hampir semua orang boleh mula berbisnes tanpa perlu keluar modal yang besar.

 

Konsep bisnes menggunakan sistem dropship boleh dijalankan walaupun tanpa modal langsung, namun sebaik-baiknya kena siap sedia dengan sedikit modal kalau nak melancarkan urusan bisnes seharian.

Laman web ecommerce seperti Shopee ini boleh dijadikan platform untuk buat bisnes online.

 

Sekiranya anda ingin belajar macam mana cara nak berniaga di shopee menggunakan sistem dropship, boleh rujuk pada panduan ini.

 

Bisnes affiliate dan juga bisnes dropship, kedua-duanya merupakan konsep bisnes tanpa modal. Jika diberikan pilihan antara dua ini, mana satu yang anda akan pilih?

 

Jemput baca pandangan saya: Nak fokus pada affiliate atau dropship?

 

(3) Tawarkan servis penulisan artikel

Bagaimana dengan skil penulisan anda? Jika anda merasakan skil penulisan anda berada ditahap yang baik, anda boleh cuba untuk menawarkan servis penulisan artikel.

 

Pemilik bisnes, orang yang mempunyai laman web sendiri, selalunya memang memerlukan bantuan penulis untuk menghasilkan konten terkini dalam laman web miliknya.

Dengan teknik dan strategi yang betul, anda boleh hasilkan pendapatan sampingan sehingga RM1,000 sebulan hanya dengan menulis.

 

(4) Jual tudung

Bisnes jual tudung juga adalah salah satu bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah.

 

Kenapa jual tudung? Ada beberapa sebab, antaranya

i. Harga tudung yang tidak terlalu mahal.

Sekitar RM20 – RM50 dah boleh dapat tudung. Jadi orang boleh beli tudung setiap bulan. Kalau baju, mungkin orang hanya akan beli jika ada keperluan, misalnya ketika hari raya, ketika ada acara khas, baju untuk kegunaan semasa kerja.

 

ii. Tudung tak perlu fitting

Cukup sekadar pelanggan tahu, tudung yang dijual itu bidang berapa.

 

iii. Tudung tak berat

Jadi kos untuk pos selalunya tak begitu mahal

 

iv. Dah ada bukti orang yang jalankan bisnes tudung dari rumah boleh berjaya

Kejayaan dalam bisnes tudung dari rumah bukan sekadar teori semata-mata. Terbukti, ada individu yang berjaya dalam bisnes ini.

Anda boleh lihat laman web ini untuk pelajari macam mana nak berjaya dalam bisnes jual tudung.

 

(5) Bisnes menjual makanan dari rumah

Bakat dan minat memasak yang anda miliki juga boleh diterjemahkan dalam bentuk bisnes menjual makanan. Kalau anda buat bisnes menjual produk bakeri seperti kek, muffin, dan sebagainya, anda hanya perlu buat jika ada tempahan.

 

Kalau tak ada tempahan, tak perlu susah payah nak simpan stok. Ini secara tak langsung dapat mengurangkan risiko kerugian bagi pihak anda.

Anda boleh muat turun panduan ini kalau minat nak pelajari macam mana nak buat duit melalui bisnes bakeri dari rumah.

 

(6) Bisnes dari rumah berkaitan dengan bidang pendidikan

Di kampung-kampung, masih ada lagi orang alim yang membuka kelas mengaji Al-Quran dirumah. Biasanya pada waktu petang, ataupun selepas maghrib, anak murid akan datang dan belajar mengaji Al-Quran.

 

Bidang pendidikan ini sangat luas. Tak semestinya sekadar ajar mengaji, boleh juga diperluaskan lagi dengan membuka kelas tusyen, tutor bagi persediaan menduduki peperiksaan dan sebagainya.

 

(7) Jadikan rumah anda sebagai tempat penginapan dan buat duit melaluinya

Akhir sekali, anda boleh jadikan rumah anda sebagai sebuah homestay ataupun anda hanya sewakan sebahagian ruang sahaja.

 

Anda sewakan bilik yang memang jarang digunakan. Sekiranya anda kurang selesa untuk tinggal bersama dengan individu yang anda tidak kenali untuk jangka masa panjang, anda boleh sewakan untuk jangka masa pendek.

 

Contohnya, anda hanya sewakan untuk hujung minggu sahaja. Bermula dari hari Jumaat sehingga hari Isnin sahaja. Pada hari-hari lain, anda tutup tempahan.

 

Semua ni boleh dilakukan dengan mudah apabila anda mengiklankan kediaman anda di laman web Airbnb. Saya tidak merancang untuk menerangkan secara terperinci mengenai prosesnya, sebab ia hanya akan buatkan artikel ini jadi sangat panjang.

 

In Shaa Allah, di masa akan datang jika berkesempatan, saya akan sentuh lagi mengenai topik ini.

 

Baiklah, saya harap sedikit perkongsian mengenai Idea Bisnes Dari Rumah yang saya muatkan disini dapatlah memberikan anda idea dan harapan untuk memulakan bisnes anda pada hari ini juga.

 

Saya mendoakan hanya yang terbaik buat anda dan semoga anda beroleh kejayaan.

 

 

Exit mobile version