Blog Sabree Hussin

Dialog Santai Topik Internet Marketing Bersama Awek Comel

“You kerja apa?”

“Err… saya tak kerja.”

“Tipu lah… kalau tak kerja macam mana you nak survive. Macam mana you boleh dapat income untuk bayar itu ini?”

“Oh itu… saya buat IM”

“IM tu apa benda?”

“IM tu singkatan bagi Internet Marketing. Orang yang buat kerja-kerja internet marketing ni kita panggil sebagai internet marketer.”

“So you ni promoter la ye?”

“Lebih kurang macam tu la. Saya ni promoter… Promoter di alam maya.”

“Ada beza ke promoter alam maya dengan promoter kat shopping complex?”

“Tak ada banyak beza. Peranan kami tetap sama, untuk pastikan sesuatu produk itu dapat dijual. Mungkin apa yang membezakan kami ni pun sekadar method dan cara kerja.”

“Maksud you?”

“Bagi promoter biasa, mereka perlu approach satu per satu prospek yang lalu lalang… dan biasanya mereka terhad untuk buat jualan hanya pada kawasan tertentu sahaja untuk satu tempoh masa.”

“Jadi, apa yang membezakan diri you dengan promoter biasa tu?”

“Macam saya kata tadi tu la… cara kami bekerja yang sedikit berbeza. Macam saya, saya gunakan medium pemasaran seperti blog untuk hasilkan artikel pemasaran. Apabila sesuatu artikel tu dah dihasilkan dan disiarkan, ia akan terus menempa suatu kedudukan tertentu di halaman carian popular seperti google, yahoo, bing dan sebagainya. Bermakna, selagi mana artikel promosi yang saya tulis masih boleh di akses oleh sistem search engine, selagi itu kerja-kerja pemasaran saya tetap berjalan.”

“Really? Tell me more about it please… macam menarik je konsep IM you ni. You fokus pada blog semata-mata ke?”

“Tak jugak, selain blog, kita pun guna jugak kaedah pemasaran di media sosial. FB tentu sekali. Sekarang ni kan semua orang ada FB. Ada jugak yang online FB 24 jam. Jadi, ini peluang yang sangat baik, untuk buat marketing pada mereka.”

“FBAds pun you tau guna la ni ye?”

“Tau guna. Cuma saya tak berapa minat sangat nak guna FBAds. Saya ada method saya sendiri. Selagi cara percuma yang saya guna ni pun masih lagi membuahkan hasil, jadi tak ada sebab saya nak spend duit untuk bayar pada FB”

“Dalam banyak-banyak kaedah pemasaran, mana satu yang paling berkesan?”

“Sebenarnya semua berkesan. Bergantung pada cara kita gunakan. Saya melihat setiap kaedah pemasaran yang digunakan adalah sesuatu yang berkait antara satu sama lain. Bukannya sesuatu yang terpisah-pisah…”

“Ok… teruskan…”

“Kalau nak close sale dengan cara yang pantas dan mudah, guna kaedah emel marketing. Jadi, dalam hal ini, kena ada sistem autoresponder untuk memudahkan sistem penghantaran emel. Dengan hanya menggunakan fungsi broadcast, dan menekan butang SEND NOW, emel saya boleh sampai kepada beribu-ribu mailing list atau senarai emel yang saya simpan.”

“Macam SPAM tu ke maksud you?”

“Tak. Bukan SPAM. Dalam konteks pemasaran emel ini, setiap emel yang dihantar dan diterima adalah atas kerelaan penerima emel tu tadi. Lagi satu, setiap emel juga disertakan dengan butang unsubscribe. Fungsinya adalah untuk memudahkan penerima emel unsubscribe jika mereka dah tak nak terima sebarang emel dari sistem saya.”

“Eh kalau macam tu, rugi la you… kang semua orang tekan unsubscribe macam mana?”

“Hmm… sebab tu la kita perlukan ilmu pemasaran. Kita pun perlu bertimbang rasa dan rancang betul-betul, emel yang bagaimana kita nak hantar pada senarai emel kita. Kalau setiap masa, dan dalam sehari berkali-kali pulak tu kita hantar emel promosi, dah tentu orang akan bosan dan mereka akan klik unsubscribe.”

“Cara you cerita ni… macam senang je kerja you kan. Asalkan ada PC/Laptop dah boleh jalan…”

“Ha’a… asalkan ada pc boleh jalan … Asalkan ada PC boleh jalan…”

Balas saya sambil tersenyum dan minta izin untuk berlalu.

Sebenarnya, kerja-kerja IM ini menuntut modal yang sangat besar.

Tahukan apa modal yang saya maksudkan tu?

IDEA.

IDEA PEMASARAN.

IDEA PENCERITAAN.

Idea ini milik Allah. Kalau Dia tak bagi, buat macam mana pun tak akan menjadi.

“By the way, berapa gaji you ye?”

Lantas saya menoleh dan menjawab.

“Kerja macam kami tak ada gaji. Kami bekerja base on komisyen. Lagi banyak jualan kami berjaya hasilkan, lagi banyak income yang kami dapat hasilkan”

 

 

 

Exit mobile version