Blog Sabree Hussin

Cadangan tempat menarik untuk anda kunjungi apabila bercuti ke Cameron Highland

Best ke pergi bercuti ke Cameron Highland? Ada apa sebenarnya kat Cameron Highland tu?

 

Serius… bila sebut je Cameron Highland, benda pertama yang akan terbayang dalam kepala ni ialah ladang teh yang terbentang luas!

Kalau kita pergi ke belah-belah utara, macam di Kedah, Perlis, dan beberapa kawasan di sekitar Selangor, pemandangan yang kita bakal saksikan adalah sawah padi. Tapi kalau di Cameron Highland, ada banyak ladang teh.

 

Setakat waktu entri ni saya catatkan, saya dah dua kali ke Cameron Highland.

 

Kali pertama datang bercuti ke Cameron Highland, saya cuma duduk satu malam sahaja. Bertolak dari Kuala Lumpur awal pagi sabtu, dan check out pada keesokkan harinya. Dari KL nak ke Cameron Highland ni boleh dikatakan jauh jugak.

 

Perjalanan ambik masa lebih kurang 3 jam lebih, itupun kalau jalan tak jammed. Kalau jalan jammed, boleh ambik masa lagi lama. Kali pertama pergi tu, bertolak sebelum pukul 5 pagi macam tu. Solat Subuh di RNR yang terdekat.

 

Rupa-rupanya, kalau nak pergi bercuti ke Cameron Highland, pada hari hujung minggu, atau pada waktu cuti sekolah, memang TAK SESUAI. Jalan sangat sesak di Cameron Highland. Lagi memburukkan keadaan kalau datang bercuti pada hujung minggu yang memang kebetulan pada waktu tu sekolah tengah cuti.

 

Kali kedua saya datang bercuti di Cameron Highland, saya dan keluarga pergi pada hari biasa. Walaupun bercuti hari biasa, dekat Cameron Highland tetap jam juga. Cuma ianya tak seteruk pada hari cuti.

 

Ok, bukan nak cerita tentang keadaan trafik di Cameron Highland, sebaliknya nak kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ini tentang beberapa tempat menarik, yang menjadi destinasi tumpuan mereka yang datang bercuti ke Cameron.

 

Kalau anda tak tahu nak pergi mana, boleh rujuk perkongsian saya ini, dan mula jelajah tempat-tempat yang saya senaraikan ini ya.

 

(1) Ladang Teh Boh Sungei Palas

Rasanya tak salah kalau saya katakan, ladang Teh milik syarikat Boh adalah ladang teh yang terbesar yang terdapat di Cameron Highland.

Pengunjung yang datang ke sini, bukan setakat boleh jalan-jalan dalam ladang teh semata-mata, malahan boleh juga beli produk keluaran BOH disini. Anda mungkin akan temui ada beberapa produk yang dikeluarkan oleh syarikat Boh yang tak terdapat di mana-mana selain di sini.

Baca lagi: Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland

 

(2) Taman Agroteknologi MARDI

Dekat Taman Agroteknologi MARDI ini adalah tempat terbaik untuk melihat semua jenis tumbuhan sama ada sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan.

Anda boleh lihat, bagaimana cara penanaman sesuatu tumbuhan itu dilakukan, sama ada ianya dalam kategori tumbuhan herba, sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan perhiasan dan sebagainya.

 

Dekat sini juga anda boleh lihat pemandangan English Garden yang sangat cantik. Kalau anda memang pandai ambil gambar, dekat sini boleh nampak pemandangan seperti berada di luar negara.

Jom baca lagi: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

 

Kalau anda nak tahu, dekat MARDI ini juga ada ladang teh. Cuma ladang teh di MARDI tidaklah seluas ladang teh Boh. Di puncak bukit, terdapat menara tinjau yang mana anda boleh naik dan lihat pemandangan sekitar.

 

(3) Muzium Time Tunnel Terowong Masa

Kita imbas kembali pengalaman masa kecil-kecil dulu.

Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 60an, atau 70an, pasti anda akan dapat lihat ada banyak barangan yang dipamerkan dalam ini, adalah barang-barang yang anda sendiri pernah gunakan satu ketika dulu.

 

Konsep Muzium Time Tunnel di Cameron Highland ini adalah untuk menggamit atau mengenang semula pengalaman silam. Mungkin sebab itu, barang yang dipamerkan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu antik seperti kebanyakkan muzium lain.

Baca seterusnya: Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland

 

(4) Cameron Valley Tea

Ini merupakan satu lagi ladang teh yang popular di Cameron Highland.

Ianya dimiliki oleh syarikat Bharat Tea. Saya suka tempat ini sebabnya ia sangat mudah untuk dikunjungi. Lokasinya hanya terletak di tepi jalan sahaja.

 

Disini, anda boleh jalan-jalan sekitar ladang teh, dan anda juga boleh sewa kenderaan ATV atau 4X4 jika ingin melihat ladang teh dari tempat yang lebih tinggi.

Baca lagi disini: Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh

 

(5) Cameron Lavender

Biasa tengok cerita hindustan, mesti ada adegan hero dan heroin menyanyi di taman bunga pelbagai warna. Bukan setakat nyanyi, tapi siap guling-guling lagi dekat taman bunga tu.

Pemandangan yang lebih kurang sama, boleh dilihat di taman Lavender ini. Bunga lavender ni, bila disusun banyak-banyak, rupa-rupanya sangat cantik.

Baca lagi tentang Taman Lavender disini: Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah

 

(6) Cameron Rose Valley

Dekat sini ada macam-macam jenis bunga ros. Saya pun tak berapa reti sangat pasal bunga ros. Cuma yang pasti, bunga ros ni rupa-rupanya ada macam-macam warna.

 

(7) S’Corner Central Market

Kalau nak shopping, boleh ke sini.

Biasanya hari terakhir di Cameron Highland, baru saya akan singgah ke tempat ini. Dekat S’Corner ni pun ada macam-macam yang dijual. Tempat untuk lepak-lepak dan minum pun ada.

 

Dua kali datang ke Cameron, dua kali tu juga hujan lebat. Nasib baik tempat ni ada bumbung, jadi tak kisah sangat kalau hujan.

Sambung baca kat sini: S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland

 

(8) Restoran Taman Abang – Steambot and Grill

Ok ini tempat makan.

Dua kali datang ke Cameron Highland, dua kali tu juga makan kat restoran ni. Kat sini boleh makan sampai kenyang. Makanan yang disajikan juga best dan harganya juga berpatutan.

Baca lagi tentang tempat ini disini: Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland

 

(9) Pasar Malam Cameron Highland

Pasar malam Cameron Highland ini terletak di Golden Hills.

Dekat pasar malam ini, macam biasalah, kita boleh dapatkan pelbagai produk-produk keluaran tempatan, seperti strawberi, sayur-sayuran, dan macam-macam lagi.

 

Kalau anda nak beli makanan pun ada dijual dekat sini. Pertama kali saya pergi kat sini, tempat ini diselubungi dengan kabus yang agak tebal.

Boleh baca lagi kat sini: Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?

 

Apa yang saya kongsikan dalam posting ini, adalah tempat-tempat yang saya sendiri pernah kunjungi semasa pergi bercuti ke Cameron Highland. Mungkin ada banyak lagi tempat menarik di Cameron Highland yang saya tak masukkan dalam ni. Misalnya macam ladang strawberi di Taman Sedia.

 

Itu mungkin saya akan masukkan dalam artikel ini, bila saya dah sampai ke tempat tu. In Shaa Allah. Ada dalam perancangan, nak datang lagi ke sini.

 

Bagi yang telah luangkan masa untuk baca perkongsian saya ini, saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih. Sebagai menghargai masa anda, ni saya nak hadiahkan kepada anda Travel Credit bernilai RM120 untuk anda gunakan apabila menempah tempat penginapan di Cameron Highland melalui Airbnb.

Sila ke halaman ini untuk menebus travel credit ini.

 

Bila anda dah berjaya tebus travel credit ini, apa kata anda buat tempahan di homestay milik salah seorang pelanggan saya. Homestay beliau diberi nama SophiaRose Muslim House dan ia terletak di Tanah Rata.

Anda boleh baca tentang homestay tersebut disini: SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland

 

Bagi mereka yang sebelum ni masih belum ada kesempatan nak pergi bercuti ke Cameron Highland ini, mungkin lepas ini boleh cari masa dan rehat-rehatlah di sini. Nikmati pemandangan dan suasana di tanah tinggi Cameron highland.

 

 

Exit mobile version