Blog Sabree Hussin

Buat duit dengan menjadi seorang penulis bebas

“Tahukah anda, dengan menulis anda sebenarnya boleh hasilkan pendapatan yang lumayan?”

 

Berapa lumayan? Itu soalan yang kita nak tau.

 

Hmm… kalau disukat dalam matawang kita iaitu RM, saya boleh katakan yang anda berupaya untuk menerima bayaran dari serendah RM0.01 sehinggalah sebanyak RM1,000 (atau mungkin lebih tinggi dari itu) untuk hasil kerja-kerja penulisan anda.

 

Namun saya agak keliru. Entah kenapa… aktiviti buat duit hanya dengan menulis atau buat duit sebagai penulis ni agak kurang dipopularkan.

 

Kurang mendapat pendedahan dan kurang menerima publisiti.

 

Saya percaya, kat Malaysia ni sahaja ada berjuta-juta orang yang mempunyai kemahiran dan skil menulis.

 

Kalaulah setiap orang memanfaatkan kemahiran menulis yang mereka miliki untuk menghasilkan pendapatan, boleh jadi semua orang yang mempunyai masalah kewangan sedikit sebanyak dapat ringankan bebanan mereka.

 

Sebenarnya kalau kita perhatikan, sejak dari bangku sekolah lagi kita dah didedahkan dengan pelbagai bahan-bahan dan hasil kerja yang bertitik tolak daripada bidang penulisan. Kita belajar dengan bantuan buku teks, novel, cerpen, majalah, akhbar pendidikan dan sebagainya.

 

Kesemua yang saya sebutkan ini adalah tergolong daripada kumpulan harta intelek yang dilindungi oleh akta hak cipta. Sudah tentu, ada seseorang atau sesebuah syarikat yang dapat manfaat sama ada dalam bentuk komisyen, royalti, dan sebagainya daripada bahan-bahan penulisan tersebut.

 

Saya percaya, setiap daripada kita pernah mendapatkan latihan untuk menjadi seorang penulis. Ya… sejak dari sekolah rendah lagi kita telah dilatih untuk memiliki kemahiran dan skil penulisan. Pada waktu itu, matlamat kita mungkin sekadar untuk mendapatkan A dalam peperiksaan atau ujian.

 

Ada antara kita yang menumpukan seluruh tenaga untuk mendapatkan A dalam kertas peperiksaan karangan. Namun apa jadi lepas dah habis sekolah? Kita mula meninggalkan bidang penulisan. Walhal sebelum ni, kita adalah seseorang yang tak ada masalah langsung nak dapatkan gred A ataupun sekurang-kurangnya gred B dalam penulisan karangan.

 

Tetapi selepas bertahun-tahun meninggalkan bidang penulisan, kita terus jadi seperti seseorang yang langsung tak pernah mendapatkan latihan profesional dalam bidang penulisan.

 

Berapa ramai agaknya yang BENCI dengan karangan masa di sekolah?

Mungkin sangat RAMAI. Rasa blank, blur dan rasa stuck bila kena mula menulis. Kalaulah mereka tahu… yang sebenarnya jika mereka menggunakan kemahiran menulis yang mereka miliki untuk sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan, mesti mereka akan mempunyai pandangan yang berbeza sama sekali terhadap bidang penulisan.

 

Secara peribadi, masa di zaman sekolah dulu, satu-satunya perkara yang buatkan saya begitu minat dengan kertas karangan ialah ia adalah kertas yang paling mudah nak score A.

 

Sekarang ni? Saya pun masih minat dengan subjek karangan. Sebabnya, dengan karangan juga lah saya dapat hasilkan banyak pendapatan secara online sahaja. Semuanya saya lakukan hanya dengan menulis. Sama ada menulis artikel review, artikel advertorial, mahupun menulis iklan tentang sesuatu produk.

 

“Jika anda masih bersekolah atau masih belajar, bagaimana cara nak buat duit sebagai penulis?” 

 

1. Hantarkan karya penulisan anda ke akhbar, atau majalah untuk diterbitkan. Ada majalah yang menawarkan upah sehingga RM100 – RM500 untuk karya penulisan yang original dan yang menarik.

 

2. Jika anda masih belajar, nota-nota ringkas yang anda pernah sediakan untuk mata pelajaran tertentu ada nilainya dan boleh jual kepada pelajar lain yang MALAS nak salin nota. Daripada anda bagi percuma, lebih baik anda jual.

 

3. Tawarkan servis untuk menaip semula thesis untuk projek akhir pelajar-pelajar lain.

 

4. Belajar bagaimana untuk menulis iklan, dan hasilkan iklan yang bagus untuk mempromosikan produk tertentu secara online sahaja. Jika ada jualan, anda akan dapat komisyen.

 

5. Anda suka menulis diari atau jurnal? Apa kata anda menulis blog seperti yang saya dan ramai lagi kawan-kawan penulis blog lain yang buat. Selain sebagai satu cara mudah untuk meluahkan perasaan dan release tension, blogging juga sangat berkesan untuk buat duit tambahan.

 

Anda nak pelajari alternatif lain untuk buat duit dengan jalan penulisan. Adakah anda bersedia untuk mendapatkan pulangan sehingga RM1,000 – RM2,000 setiap bulan hanya dengan bekerja sebagai seorang penulis?

 

Ilmu ini boleh didapati hanya dengan melaburkan RM37 yang anda miliki ke jalan ilmu. Klik sini untuk dapatkan RAHSIA tersebut.

 

Akhir kata, saya ucapkan selamat menjana pendapatan sebagai seorang penulis!

 

 

Exit mobile version