Blog Sabree Hussin

Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

Apakah cara TERBAIK untuk kita bina kekayaan? Adakah melalui jalan bisnes ataupun menerusi makan gaji?

 

Dua-dua boleh. Tak kira sama ada kita makan gaji ataupun kita jana pendapatan dengan cara menjalankan bisnes, melalui kedua-dua kaedah ini, kita berpeluang untuk bina kekayaan. Namun, disebalik persoalan ini, terdapat satu lagi persoalan yang lebih penting, iaitu

“Dari sumber pendapatan apakah patut kita gunakan untuk kumpul kekayaan?”

 

Jawapan bagi persoalan tersebut saya temui dalam buku berjudul Kaya Dengan Rumah ini.

 

Buku ini menyedarkan saya bahawa setiap apa yang kita usahakan, ianya belum tentu akan kekal lama dan memberi kita pulangan sampai bila-bila.

 

Tak kiralah sama ada kita adalah seorang yang buat duit dengan cara makan gaji, ataupun yang buat bisnes.

 

Jika kita adalah seseorang yang pendapatannya datang dari bisnes, pada bila-bila masa bisnes kita boleh jatuh. Setiap kali terjadi masalah ekonomi, bisnes yang dibina bukannya dalam kategori produk keperluan adalah antara yang terawal akan menuju kearah kehancuran.

 

Situasi mereka yang makan gaji juga tidaklah begitu baik. Bisnes majikan kita juga tak kalis kepada masalah-masalah ekonomi yang boleh mengakibatkan majikan kita gulung tikar. Situasinya lebih kurang begini, kalau majikan kita gulung tikar, kita juga akan kehilangan pekerjaan kita, tak kiralah walau sebesar mana pendapatan yang kita pernah nikmati sebelum ini.

 

Pendapatan pasif. Berapa ramai agaknya dari antara kita yang memberi penekanan yang lebih terhadap pendapatan pasif? Berapa ramai yang mengasingkan sebahagian daripada duit gaji ataupun duit keuntungan yang diperolehi menerusi jalan bisnes untuk mewujudkan pendapatan pasif?

 

Selama ini, saya cuma tahu, cara mudah untuk wujudkan pendapatan pasif adalah dengan menyertai program network marketing (Tone Excel) dan mula memperkenalkan simkad tersebut kepada kenalan dan ahli keluarga. Saya kira itu dah cukup mudah, hinggalah saya baca buku Kaya Dengan Rumah ini.

 

Rupa-rupanya, buat duit dan bina pendapatan pasif dengan cara menjadi pemilik rumah adalah lebih mudah berbanding lain-lain kaedah menjana pendapatan pasif!

 

Namun, satu masalah yang lazimnya akan dihadapi oleh setiap orang. Kita perlu modal yang besar untuk memiliki sebuah rumah untuk dijadikan rumah sewa atau rumah pelaburan.

 

Kita memerlukan modal sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah yang kita ingin miliki. Bakinya yang lagi 90% itu kita boleh dapatkan pinjaman dari pihak bank.

 

Buatlah pengiraan sendiri. Jika harga rumah ialah RM100, 000 maka kita perlu ada wang tunai sebanyak RM10, 000 untuk dijadikan downpayment untuk memiliki rumah tersebut. Sekarang ni, masih wujudkah rumah dengan harga serendah RM100,000 tu? Agak sukar untuk ditemui terutama sekali di kawasan-kawasan yang strategik seperti di pekan-pekan dan juga di bandar.

 

Baiklah, buku ini membincangkan topik mengenai pelaburan hartanah. Satu topik yang sepatutnya di berikan pendedahan kepada setiap orang. Ini adalah kerana pelaburan hartanah adalah salah satu pelaburan TERBAIK yang wujud di dunia ini, dan ianya juga rendah dari segi risiko, terutama sekali jika anda tahu, apa sebenarnya yang anda sedang lakukan.

 

Tahukah anda, hartanah yang bernilai ratusan ribu boleh dibeli dengan harga yang sangat murah?

 

Sebagai contoh, jika harga hartanah tersebut ialah RM100, 000, anda hanya perlu bayar dengan harga RM10,000 sahaja. Iaitu 10% sahaja daripada harga hartanah tersebut.

 

Ok… jadi siapa yang akan bayar bakinya? Bukankah sepatutnya masih ada lagi baki sebanyak RM90, 000 yang perlu dibayar?

 

Memang betul. Dalam pelaburan hartanah, anda hanya perlu tanggung kos sebanyak RM10, 000 itu sahaja. Bakinya, penyewa yang akan bayarkan bagi pihak anda. Sekarang, anda dah dapat gambaran ke belum, kenapa penulis buku ini kata yang kita boleh jadi kaya dengan menggunakan duit orang lain?

 

Buku ini di cetak buat pertama kalinya pada tahun 2008. Jadi, agak sukar untuk beli secara online. Kebanyakkan laman web yang menjual buk-buku secara online dah kehabisan stok. Laman web bookcafe juga kehabisan stok buku ini. Jadi, jika anda ingin baca buku ini, anda sama ada

(1) Cari di kedai-kedai buku yang mungkin masih menjual buku-buku lama seperti ini

(2) Pinjam di perpustakaan

(3) Baca versi ebook di laman web PTS ini

 

Baca buku ini, dan anda akan dapati konsep pelaburan hartanah sebenarnya tidaklah begitu rumit. Ianya tidak sesukar mana. Secara asas, anda akan dapat gambaran awal, bagaimana pelaburan hartanah dapat dilakukan dengan risiko yang paling minima.

 

Saya percaya, siapa yang pernah baca buku ini, pasti akan termotivasi untuk memiliki hartanah sendiri untuk dijadikan rumah sewa. Bukan satu atau dua rumah sahaja, mungkin ada yang akan berangan-angan untuk memiliki sehingga 100 rumah sewa sendiri!

 

Silakan… silakan. Lagipun, berangan-angan bukannya kena bayar. Siapa tahu, dengan usaha yang betul dan setimpal, akan ada antara kita yang mampu untuk merealisasikan angan-angan kita tu.

 

Baiklah, walaupun sekarang ni kita mungkin masih belum mampu untuk memiliki rumah sewa kita sendiri untuk dijadikan aset pelaburan, namun ini bukan penghalang untuk kita mendalami topik ini. Sementara masih belum mampu dari segi kewangan, gunakan masa ini untuk mantapkan dan tambahkan pengetahuan kita dalam bidang pelaburan ini.

 

Supaya nanti kita tak buat silap dan tersalah langkah ketika kita dah pun mempunyai kemampuan untuk melabur.

 

Apa pun, buku Kaya Dengan Rumah ini sememangnya sebuah buku yang bagus. Saya dah pun habis baca buku ini, dan saya rasa anda pun patut baca buku ini!

 

Ehem… Mungkinkah satu hari nanti, komisyen Tone Excel saya dapat bantu saya untuk beli beberapa buah rumah?

 

Exit mobile version