Blog Sabree Hussin

Buat Duit Dengan Laman Web Komuniti

Satu masa dulu saya pernah berhasrat untuk wujudkan sebuah laman web komuniti saya sendiri.

Tujuannya adalah untuk menghimpunkan bekas-bekas pelajar dan rakan sekelas saya dalam sebuah platform bagi tujuan networking dan knowledge sharing.

Seingat saya waktu tu adalah sekitar tahun 2010.

Zaman kegemilangan forum.

Pada waktu tu juga memang ramai kaki forum yang memang rajin lepak di forum. Jadi, selepas saya berkira-kira sendiri, maka saya pun cuba.

Saya beli skrip untuk bina forum beserta dengan panduan pemasangan. (phpBB)

Saya sewa domain dan hosting untuk setahun terus. Ambik pakej yang paling murah.

RM60 setahun.

Saya ingat saya pasti akan berjaya sebab benda ni masih belum dibuat orang lagi. Rupa-rupanya…

FAILED

Laman forum yang saya bina tak dapat sambutan. Walaupun sebenarnya agak ramai yang register, tetapi jumlahnya masih tak begitu memuaskan hati.

Ada yang sekadar register, tapi langsung tak aktif dan tak participate dalam discussion.

Saya cuba selidik-selidik apa puncanya.

Kesimpulan awal.

Orang tak berminat nak join sebab leceh.

Ye la apa taknya…

1. Nak jadi ahli kena buat pendaftaran dulu.

2. Nak baca posting daripada kawan-kawan kena log in ke dalam forum

3. Lagipun masing-masing busy nak online banyak benda dalam satu masa

Mungkin ada banyak lagi sebab lain yang saya tak perasan.

Masa tu lagi dah ada yang suarakan, buat forum guna Facebook je.

Setahu saya FB mana ada fungsi forum. Kalau group FB tu ada la.

Kredit imej –> http://jualanproreview.com/sistem-jualan-pro

(Masa tu masih jahil lagi dalam bab-bab FB Marketing)

Percubaan pertama untuk bina community based site, gagal.

Tak apa. Saya masih belum putus asa. Saya simpan dulu idea tu.

Saya percaya, kegagalan saya tu memberi signal yang sebenarnya masih ada benda lain yang saya tak tau. Apa dia sebenarnya yang kurang.

Hampir 4 tahun lepas tu saya lancarkan sekali lagi idea untuk wujudkan laman komuniti.

Tak perfect, tapi kali ini berhasil.

Syukur. Along the way saya dapat kenalpasti mana yang kurang dan saya keep on improving.

Dalam sedar tak sedar, saya dah ada lebih daripada 5 laman komuniti saya sendiri! Yang saya bina menggunakan platform percuma FB Group.

Bayangkan, jika purata satu FB Group memberi hasil pulangan RM1,000 setiap bulan secara konsisten, bagaimana pula bila ada 5 group?

Kiralah…

Perjalanan saya bina FB Group dan komuniti group ini telah saya rekodkan dalam ebook. Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Dah 3 kali ebook ni di kemaskini.

Sehingga kini, ebook ini juga dah dimuat turun melebihi 600 kali.

Adakah anda minat nak baca?

 

Exit mobile version