Blog Sabree Hussin

Bisnes, Networking dan Anda. Pentingkah?

Salah seorang yang saya follow di Facebook ialah Tuan Afyan Mat Rawi. Pada saya, beliau adalah seorang pejuang yang menegakkan dan memenangkan sistem kewangan Islam agar bertapak dan berkembang kukuh di negara kita.

 

Saya pun tak ingat entah sejak bila saya mula add beliau sebagai rakan.

 

Apa yang saya dapat ingat, dah banyak sebenarnya post-post update dari beliau yang saya ikuti dan contohi dalam senyap. Saya anggap beliau sebagai mentor saya dalam diam.

 

Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna semua perkongsian yang beliau terbitkan di FB milik beliau saya setuju dan ikuti seratus peratus. Boleh jadi dalam 10 posting, mungkin ada satu atau dua yang saya kurang setuju dan tak sependapat.

 

But its okay. Apa salahnya kita berbeza pandangan dan pendapat, kan? Setidak-tidaknya kita tahu, diluar sana ada macam-macam pandangan yang dapat kita raikan.

 

Salah satu contoh posting beliau yang terkesan di hati saya ialah posting mengenai networking. Kebetulan pada masa ini, saya sedang aktif bergiat dalam satu perniagaan yang menggunakan konsep networking sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan.

Networking.

 

Istilah networking bukan sesuatu yang asing bagi saya. Malahan sewaktu saya masih lagi bekerja di syarikat korporat di ibu negara, saya juga dilatih untuk membuat networking dengan ramai kenalan.

 

Sama ada dengan mereka yang datang dari agensi kerajaan mahupun swasta. Setiap kenalan baru yang saya perolehi, kita perlu jaga dengan sebaik mungkin. Kalau bukan hari ini, mungkin satu masa nanti khidmat mereka akan kita perlukan. Hidup ibarat roda.

 

Hari ini kita berkawan dengan mereka. Kita beri mereka khidmat yang mampu kita tawarkan. Pada masa yang sama, kita bina perhubungan dan persahabatan agar ukhuwah itu tidak terputus.

 

Tak mustahil, satu hari nanti, bila muncul situasi tertentu, kita akan perlukan mereka semula untuk bantu masalah yang kita hadapi.

 

Saya teringat satu masa dulu, saya pernah berkawan dengan seseorang yang bekerja di kedai peralatan elektronik, Thunder Match. Sepanjang perkenalan tersebut, saya sempat beli dua buah laptop, satu external hard disk dan sony MP3 Player. Bila dah mula selesa berkawan dengan dia, saya jadi tak teragak-agak untuk shopping di kedai tempat dia bekerja.

 

Lagipun saya tahu, kalau beli dengan dia, saya boleh dapat special price dan nasihat yang dia bagi saya yakin ianya boleh dipercayai. Cuma sayangnya sekarang ini dah terputus hubungan. Maklumlah masing-masing dah move on, dan dah tukar kerja.

 

Apa yang saya belajar menerusi kehidupan ini ialah kita tak akan dapat berjaya seorang diri.

 

Kalau beberapa tahun kebelakang, network saya terdiri daripada penulis blog dan juga pembaca blog.

 

Semenjak saya mula amalkan kaedah pemasaran menerusi FB dan juga pemasaran menerusi emel, nampaknya network saya makin berkembang.

 

Alhamdulilah.

 

Lagi besar network, lagi besar peluang untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang.

 

Ada yang baik, ada yang tak baik.

 

Ada yang kaya, ada sederhana, ada juga yang tak punya apa-apa.

 

… ah pendek kata, macam-macam latar belakang dan juga budaya.

 

Kalau ikutkan pesan mentor bisnes saya, sebaiknya kita ber’networking’ dengan orang yang lebih kaya, berjaya dan berpengaruh dari kita. Barulah kita pun akan dapat tempiasnya.

 

Barulah kita pun akan mudah jadi insan yang lebih berjaya. Langkah ini bertujuan untuk jadikan diri ini lebih terinspirasi untuk sama berjaya seperti mana yang mentor kita lakukan. Orang berjaya bukanlah orang yang duduk diam dan hanya tunggu peluang. Sebaliknya mereka sendiri yang cipta peluang itu.

 

Bukan berniat untuk menidakkan pesan tersebut atau cuba nak tunjuk pandai. Bukan juga berniat nak jadi hero.

 

Saya lebih terkesan dengan network yang saya temui yang sebilangannya begitu cekal ingin memajukan ekonomi diri dan keluarga walaupun mereka zero tentang selok belok perniagaan dan pemasaran online.

 

Ada antara mereka yang ‘percaya’ bahawa saya mampu main peranan untuk bantu ubah kehidupan mereka jadi yang lebih baik.

 

Ini mengingatkan saya pada diri saya sendiri satu masa dulu. Saya pun pernah berada dalam situasi tak tau apa-apa, dan langsung tak tau macam mana nak survive dalam bidang pemasaran dan perniagaan online.

 

Mungkin kali ini masa saya untuk berkhidmat pula.

 

Sepanjang saya bergiat aktif mencari ilmu-ilmu buat duit online ni, memang ada banyak teknik-teknik advance yang saya dah temui.

 

TETAPI

 

Saya tak boleh nak terus ajarkan teknik advance tersebut jika perkara yang asas pun masih belum kukuh.

 

Disebabkan itu, saya lihat perlunya untuk saya hasilkan beberapa panduan dari peringkat asas hingga ke peringkat advance sebagai tujuan untuk mempersiapkan network saya.

 

Maka lahirlah ebook Seni Jualan Psiko Pelanggan.

Pada pendapat saya, kalau asas kita kukuh, In Shaa Allah kita tak akan mudah goyah kalau di uji dengan pelbagai masalah di masa akan datang.

 

Tetapi, kalau asas kita zero, reput dan rapuh, kita senang jatuh walaupun pada waktu tu kita tahu banyak teknik advance.

 

Betul ke tidak?

Wallahua’lam

 

Terpulanglah pada sesetengah orang, sama ada setuju mahupun tidak. Bercakap tentang diri saya sendiri, saya sendiri lebih kerap amalkan teknik-teknik “biasa” apabila membuat pemasaran diinternet. Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat, dan teknik tersebut adalah teknik yang betul.

 

Kemudian kita kena konsisten. Barulah hasilnya konsisten juga.

 

Apa pun, banyak pengalaman berharga saya dapat lalui menerusi bisnes jenis networking ini. Kalau anda masih belum pernah sertai mana-mana bisnes networking, mungkin boleh cuba untuk sertai. Pilihlah satu. Kalau anda tak berjaya dalam bisnes itu sekalipun, setidak-tidaknya anda akan berjaya dapat pengalaman dan ilmu bisnes. Percayalah!

 

 

Exit mobile version