Blog Sabree Hussin

Belajar dari Perang Khaibar: “Strategi Nabi menentang Yahudi”

Perang khaibar. Peristiwa perang khaibar ini tercetus antara tentera Muslim dengan pasukan Yahudi.

 

Dalam catatan sebelum ini, saya juga pernah menulis tentang buku yang menceritakan mengenai perang Khaibar yang berjudul

Klik: Perang Khaibar: Penaklukkan Kota Khaibar

 

Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang untuk membaca satu lagi bahan bacaan yang menarik yang berkisarkan tentang Perang Khaibar.

 

Bezanyanya pada kali ini ialah, dalam buku ini kita dapat pelajari banyak poin-poin penting yang berlaku semasa atau sepanjang Perang Khaibar terjadi.

 

Maka memang sesuailah buku ini diberi judul Belajar Dari Perang Khaibar.

 

Saya syorkan anda baca dulu buku yang ditulis oleh Abdul Latip Talib dulu sebelum baca buku ni. Dari segi gaya penulisan dan penceritaan, saya memang tabik cara penulisan beliau.

 

Buku Belajar Dari Perang Khaibar ni saya beli dah agak lama. Tapi baru sekarang saya ada kesempatan nak baca. Itupun sebab saya tergerak hati nak baca buku ni sebab saya dah baca buku tentang Penaklukkan Kota Khaibar. Selepas baca buku tu, barulah jelas apa sebenarnya perkara-perkara penting sepanjang berlakunya Perang Khaibar dan bagaimana kita sebagai umat Muhammad dapat belajar daripada peristiwa yang pernah terjadi.

 

Sejarah dan asal-usul bangsa Yahudi

Bermula sejak dari zaman Nabi Ibrahim. Buku ini menceritakan secara ringkas asal-usul bangsa Yahudi dan kehidupan mereka bermula dari zaman Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Samuel, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Haziqual, Nabi Ashiya bin Amous, Nabi Armiya, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa.

 

… dan diceritakan juga dalam buku ini bahawa memang menjadi sifat bangsa yahudi atau bani Israel untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran atas muka bumi ini. Sifat mereka memang cenderung untuk menyembah berhala (idol worship) turut diceritakan dalam al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah.

 

Dalam kalangan nabi-nabi yang disebutkan itu tadi, Nabi Haziqual, Nabi Ashiya bin Amous dan Nabi Armiya adalah antara para nabi yang mati dibunuh oleh bani Israel.

 

Tentera Islam telah mencapai kemenangan dalam Perang Khaibar

Kota Khaibar adalah pusat bagi bangsa yahudi. Disinilah tempatnya kubu kuat bangsa yahudi dan tempatnya dimana mereka mula-mula sekali merancang untuk menghancurkan kota Madinah menerusi Perang Khandaq. Perang Khandaq, iaitu perang yang terjadi sebelum berlakunya perang Khaibar adalah salah satu perang yang dirancang oleh Yahudi.

 

Bangsa Yahudi pasti tak akan berdiam diri dan melihat sahaja kebangkitan Islam di Kota Madinah. Mereka akan sentiasa mencari-cari peluang untuk memusnahkan usaha daqwah Islamiah yang makin berkembang di Madinah.

 

Menerusi buku belajar dari Perang Khaibar ini, kita dapat pelajari kebijaksanaan strategi politik, ketenteraan dan pemerintahan yang dijalankan oleh Rasulullah yang bukan sahaja berjaya menyekat penguasaan orang Yahudi, malahan berjaya mengalahkan mereka dalam siri peperangan yang terjadi.

 

Ya buku ini memang menarik. Saya tak tipu. Kalau anda belum pernah baca buku ni, boleh dapatkan buku ni secara online sahaja disini.

 

 

 

 

Exit mobile version