Blog Sabree Hussin

Bagaimana Mengekalkan Momentum Pemasaran Bisnes Tone Excel Anda?

Masalah HILANG FOKUS.

Pada saya masalah ini berlaku pada semua jenis bisnes yang kita usahakan. Tak semestinya hanya akan berlaku apabila kita menceburkan diri dalam perniagaan Tone Excel sahaja.

Kalau anda buat bisnes dropship, akan tiba ketikanya anda macam blur dan tak tahu, apa lagi yang perlu dilakukan untuk dapatkan sales.

Kalau anda buat pemasaran affiliate, pun sama. At least sekali dua, anda akan rasa seperti lost… lebih-lebih lagi apabila income yang diharap-harapkan tetap tak kunjung tiba.

Afterall, kita buat semua kerja-kerja ni dah tentu sebab kita mengharapkan untuk dapat buat side income. Tetapi, kalau semuanya yang kita buat masih lagi tak membuahkan sebarang hasil… macam mana? Apa kita nak buat?

Sabar.

Komisyen Tone Excel September

Tenangkan fikiran dan semak balik apa yang kita dah buat selama ni. Mungkin apa yang kita dah buat selama ini, bukannya tak berhasil, cuma kurang berkesan. Ataupun, mungkin selama ni kita dah terlalu fokus untuk buat marketing pada golongan sasaran yang silap.

Dalam konteks Tone Excel tu sendiri, saya perhatikan ramai yang guna FB untuk buat marketing. Mereka add semua kawan-kawan yang dah buat Tone Excel. Lepas tu, mereka pun mula update status yang bagi saya memang menarik.

Namun masalahnya, anda tujukan mesej pemasaran anda tu pada siapa? Kalau anda tujukan pada mereka yang memang dah join Tone Excel… memang lah tak menjadi.

Ataupun, anda memang tujukan pada orang yang memang anti dengan Tone Excel. Buat apa pun dah tentu tak akan ada hasil.

Nak buat apa pun, anda kena sentiasa buat check and balance. Jangan terlalu tertumpu pada satu-satu method sahaja. Kaedah promosi ada sangat banyak. Satu kaedah tak berhasil, (setelah anda konsisten gunakan kaedah tersebut at least sebulan) maka anda perlu move on dan tukarlah strategi.

Faham?

Janganlah jumud sangat. Kalau strategi A tak berhasil, tak apa. Adjust strategi. Buat cara promosi lain pulak. Kan ada berpuluh-puluh dan mungkin beribu-ribu strategi pemasaran lagi yang boleh anda cuba.

*

Bagaimana cara saya buat marketing Tone Excel?

Cara saya buat pemasaran pulak… Selalunya saya akan pelbagaikan strategi. Orang putih kata diversify.

Namun anda jangan salah faham, walaupun strategi saya pelbagai, namun sebenarnya setiap strategi juga berkait rapat antara satu sama lain.

Contohnya, saya akan siap sedia dengan 4 tahap atau 4 stage pemasaran.

Bermula dengan stage pertama. Ada prospek yang akan terus sertai rangkaian Tone Excel saya selepas mereka lalui tahap pertama ini. Ada juga yang masih lagi belum berminat.

Untuk yang belum berminat, saya akan bawa mereka ke tahap kedua.

Kemudian ketiga dan seterusnya keempat.

Selepas melalui keempat-empat tahap ini, pastinya akan ada yang sertai network saya, dan ada juga yang tetap tak berminat dan REJECT bisnes ni. Its okay.

Ini memang part and parcel of doing this business. This is all business matter. Nothing is personal.

Apa yang penting sekali ialah anda mesti mempunyai sistem pemasaran dan perancagan yang rapi. Bukan main redah dan main hentam je buat promosi. Kalau anda main hentam je, memang susah sikit nak berjaya.

Sebab tu, anda kena pilih betul-betul siapa network anda. Group siapa yang anda nak sertai? (walaupun sebenarnya siapa upline anda tidaklah jadi faktor utama sama ada anda akan berjaya atau tidak)

**

4 Peringkat Sistem Pemasaran BERKESAN Tone Excel

Sebelum anda baca dengan lebih lanjut, saya nak terus terang dengan anda.

Sistem ini berkesan untuk saya. Ia MUNGKIN berkesan juga untuk anda. Walaupun saya katakan ianya berkesan, tak bermaksud ia akan berkesan serta-merta.

Anda perlu beri ia masa.

Ini adalah tools yang saya sendiri gunakan bagi menjayakan strategi pemasaran ini.

1. Blog

Saya sarankan sistem blog wordpress self hosted. Kalau tak tau macam mana nak pasang blog wordpress, rujuk entri saya sebelum ini yang bertajuk Panduan pemasangan sistem blog wordpress self hosted.

Fungsi blog bukan sekadar nak menjual atau nak cari pembeli semata-mata. Skopnya lebih meluas lagi.

… dan jika anda pandai, blog juga anda boleh jadikan satu alat untuk mengumpul prospek anda ke dalam sistem database.

2. Sistem Autoresponder

Bagi saya, ini adalah tools wajib jika anda benar-benar serius nak buat marketing secara online.

Jangan sia-siakan usaha pemasaran online anda tanpa anda menyimpan maklumat nama dan alamat emel prospek anda.

Cuba anda bayangkan sendiri kerugian anda.

Kalau dalam sehari anda berjaya dapatkan 3 nama prospek, dalam sebulan berapa anda boleh dapat?

Boleh jadi dalam 90 nama. Kalau setahun? Jumlahnya akan terus meningkat dan terus meningkat. Jika prospek anda tak buat tempahan sekarang, anda masih lagi boleh buat follow up di masa akan datang.

TETAPI… kalau anda tak ada sistem autoresponder, setiap hari anda TERPAKSA cari prospek baru. Ini kan sesuatu yang memenatkan.

Saya juga selalu ingatkan network saya, sebelum nak buat sebarang marketing online, pastikan anda dah siapkan sistem opt in anda sendiri.

Anda tak tahu macam mana nak setup? Jangan risau, benda ni saya boleh bantu. Khusus untuk network saya.

3. FB Group

Buat masa ini, FB Group adalah salah satu ingredient terbaik untuk anda masukkan sebagai salah satu senjata pemasaran anda.

Ya.

Prospek masa kini memang suka luangkan masa di FB dan bersosial disitu. Jadi, mereka memang tak kisah kalau kita invite mereka untuk join FB Group. Kadang-kadang tu, mereka sendiri yang akan request untuk masuk ke dalam group kita.

Kalau anda buat pemasaran secara online, FB Group memang sesuatu yang tak sepatutnya anda abaikan. Banyak manfaatnya. Kalau nak cerita satu per satu memang panjang.

Jadi, apa kata anda download je panduan FB Group marketing ni.

4. FB Personal Profile

Apabila ketiga-tiga marketing tools sebelum ni dah ready, dan prospek pun dah lalui ketiga-tiga fasa sebelum ni, maka kini barulah tiba giliran FB Personal Profile anda untuk main peranan.

Tunjukkan bahawa anda juga seperti insan lain.

Ada life.

Ada pekerjaan.

Ada tanggungan dan ada peranan dalam masyarakat.

Tunjukkan bahawa bisnes ni tak mengganggu pun tugasan anda yang lain-lain. Almaklumlah, ada yang menyangka, bila kita buat bisnes Tone Excel ni, kita kena fokus buat benda ni je.

Sampai kerja lain turut terabai.

Jika jadi begitu, maknanya anda dah buat marketing cara yang silap.

***

Macam mana cara anda nak susun tools pemasaran ni?

Jawapannya adalah bergantung pada kesesuaian anda.

Rajin-rajinkan diri anda untuk layari laman blog saya. In Shaa Allah di lain masa saya akan ceritakan.

Terima kasih saya ucapkan kerana ada sudi untuk luangkan masa anda untuk membaca catatan saya ni. Jika tak keberatan, saya harap anda dapat doakan semoga saya diberi rezeki yang berpanjangan menerusi program rujukan Tone Excel ini ya.

 

 

Exit mobile version