Blog Sabree Hussin

Apa yang dimaksudkan dengan Artikel SEO Optimized?

Setiap pakej iklan advertorial dan review yang ditawarkan dalam blog ini akan dioptimasikan dengan teknik Search Engine Optimization (SEO).

 

Apa benda sebenarnya SEO Optimized tu? …dan apa pula kelebihannya untuk anda sebagai pengiklan?

 

Topik perbincangan pada kali ini adalah mengenai kaedah pemasaran menggunakan search engine. Ada tiga laman search engine yang popular, iaitu Google, Bing dan juga Yahoo. Namun, untuk perbincangan disini, kita fokuskan kepada Google sahaja.

 

Apabila bercakap tentang teknik pengiklanan melibatkan search engine, ada dua komponen yang perlu dibincangkan supaya kita sama-sama lebih jelas. Pertama adalah kaedah Search Engine Marketing (SEM) dan satu lagi ialah Search Engine Optimization (SEO).

 

Kedua-dua ini adalah kaedah pemasaran menggunakan search engine. Matlamat menggunakan kaedah ini adalah bagi tujuan mendapatkan atau menarik web trafik yang berpunca daripada pengguna search engine.

 

Apa itu web traffic?

Web traffic ini merujuk kepada jumlah pelawat atau pelayar yang mengunjungi sesebuah laman web dan berinteraksi dengan kandungan (konten) web tersebut.

Setiap kunjungan ke laman web direkodkan sebagai “hit”, “visit” atau “session”. Setiap aktiviti ini mempunyai titik permulaan dan juga pengakhiran.

 

Sebagai contoh, pelayar A bermula dengan membuat carian kata kunci tertentu misalnya “bercuti ke Pulau Pangkor” di search engine Google. Kemudian dia menemui beberapa laman web dan salah satunya ialah laman web Xplorasi Destinasi.

Lalu dia pun klik pada pautan yang tersenarai dan dia membaca isi kandungan laman web tersebut. Selepas dia mendapatkan maklumat yang diperlukan, dia pun menutup browser tersebut, maka disitu dikira pelayarannya pada laman web tersebut sudah berakhir.

 

Kebanyakkan traffic yang melayari sesebuah laman web bermula dari search engine. Ia bermula dari aktiviti carian yang dilakukan oleh pengguna internet di search engine. Trafik jenis ini dikategorikan sebagai organic traffic. Maka atas sebab ini, ada usahawan yang menggunakan search engine ini sebagai medium untuk pemasaran.

 

Untuk memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai kaedah pemasaran menggunakan search engine ini, saya perlu terangkan satu lagi topik iaitu mengenai kajian kata kunci. Kajian kata kunci ini adalah langkah penting sebelum nak menjalankan kaedah pemasaran SEM mahupun SEO.

Kajian kata kunci (keyword research)

Langkah pertama dalam fasa untuk melakukan pemasaran melalui search engine adalah dengan membuat kajian kata kunci. Jika ini merupakan kali pertama anda membaca topik ini, mungkin anda juga tertanya-tanya, kenapa kita perlu buat kajian kata kunci?

 

Apa tujuan buat kajian ini?

Ada beberapa sebab kenapa kajian kata kunci itu dilakukan.

1. Kita membuat kajian kata kunci untuk mengenalpasti potensi yang ada pada sesuatu kata kunci.

Kata kunci yang mempunyai jumlah carian yang sangat besar berpotensi untuk memberikan limpahan trafik yang banyak ke laman web kita. Walaubagaimanapun ada juga kata kunci yang kurang carian.

 

2. Kita ingin tahu apakah yang dicari oleh pelayar internet

Kebanyakkan pelawat sesebuah laman web datangnya daripada laman carian. Mereka ini menaip sesuatu kata kunci lalu menekan butang search. Jadi, bila kita dah tahu apakah yang sebenarnya dicari oleh mereka, lebih mudah untuk kita perah idea untuk hasilkan konten yang related dan relevan dengan apa yang mereka cari.

 

3. Kita ingin tahu tahap persaingan bagi kata kunci tersebut

Kebiasaannya kalau jumlah carian untuk sesuatu kata kunci itu banyak, persaingan untuk merebut tempat pertama juga banyak. Situasi yang selalu berlaku ialah, untuk kata kunci yang tinggi persaingan, akan ada banyak laman web yang turut menghasilkan konten dan merebut kata kunci tersebut.

 

Anda boleh cuba buat carian di google dan lihat sendiri ada berapa banyak halaman yang dipaparkan. Dalam contoh ini saya ingin melihat berapa banyak hasil carian untuk kata kunci “pelaburan emas”.

Terdapat 1,420,000 halaman yang ingin merebut tempat di mukasurat pertama Google! Persaingannya sangat sengit.

 

4. Kita ingin kenalpasti apa kata kunci yang kurang persaingan

Ada juga kata kunci yang ada potensi yang baik, tapi kurang dari segi persaingan. Kalau berjaya jumpa kata kunci seperti ini, ianya ibarat satu bonus.

 

5. Untuk mendapatkan idea dalam menghasilkan konten

Untuk content creator seperti saya, penting untuk kita tahu apa dia kata kunci yang dicari oleh pelayar internet. Bila kita ada maklumat ini, barulah mudah untuk hasilkan konten yang memang dicari oleh pengguna.

 

Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan bagi tujuan melakukan kajian kata kunci (keyword research). Ada yang berbayar, percuma dan ada juga yang percuma tapi memberikan anda akses secara terhad.

 

Antara laman web adalah seperti berikut

1. Google Keyword Planner

2. keywordtool.io

3. SEMRush

4. Ahrefs Keywords Explorer

5. Moz Keyword Explorer

6. Keywords Everywhere

7. Ubersuggest

 

Sekarang kita dah tahu, apa dia senarai kata kunci yang berkaitan dengan bisnes yang kita jalankan. Apa seterusnya?

 

Pada peringkat ini, anda boleh buat keputusan sama ada anda ingin menggunakan kaedah SEM ataupun SEO.

 

Search Engine Marketing (SEM)

Lazimnya bila kita sebut SEM, ia merujuk kepada kaedah pengiklanan berbayar, jenis pay per click, bagi memastikan iklan kita muncul dimukasurat pertama bagi halaman hasil carian (search engine result page atau SERP) Google.

 

Kita perlu membayar sejumlah kos untuk meletakkan iklan kita disitu. Contohnya adalah seperti dibawah. Katakanlah ada seseorang yang menjalankan bisnes homestay di Tangkak.

Iklan kita ditandakan dengan tanda “Ad” bagi menunjukkan bahawa itu sebenarnya adalah iklan berbayar.

 

Bagi pelayar internet yang menaip kata kunci “homestay tangkak” dia akan dapat lihat iklan tersebut terlebih dahulu.

 

Pemilik iklan akan dikenakan bayaran mengikut jumlah klik. Dari data yang saya ambil dari laman web Ubersuggest, kos untuk setiap klik bagi keyword homestay Tangkak ini ialah RM1.18

Lagi banyak klik yang anda terima, maka lagi mahal kos iklan yang perlu dibayar.

 

Kalau anda menyediakan bajet pengiklanan sebanyak RM200, iklan anda akan terus dipaparkan sehinggalah anda kehabisan bajet tersebut. Dari RM200 bajet pengiklanan tersebut, anda boleh dapat sejumlah 169 klik.

 

Kita harapkan dari 169 klik itu, ada antaranya yang betul-betul minat nak buat tempahan. Barulah kos iklan disitu berbaloi.

 

Search Engine Optimization (SEO)

Alternatif bagi SEM adalah SEO.

 

SEO merujuk kepada satu kaedah dimana kita menyediakan atau menghasilkan konten yang dapat muncul dimukasurat pertama Google. Pelawat yang menjumpai laman web melalui kaedah ini, dikenali sebagai pelawat organik (organic traffic).

 

Menggunakan contoh yang sama, jika ada pelawat yang membuat carian kata kunci “homestay Tangkak”, dia juga boleh menemui laman web saya dimuka surat pertama.

Oleh kerana sebelum ini, saya pernah menulis tentang sebuah homestay di Tangkak, maka laman web saya ada tersenarai di mukasurat pertama Google. Keseluruhan isi kandungan laman tersebut sebenarnya adalah sebuah iklan! 

 

Katakanlah, ada pengguna internet yang memang mencari tempat penginanan jenis homestay di Tangkak, lalu dia membuat carian di Google. Hasil dari carian tersebut, dia terjumpa blog saya dan dia baca apa yang saya tulis dalam artikel tersebut. Kalau dia suka dengan homestay tersebut, besar kemungkinan individu ini akan menghubungi pemilik homestay yang saya ceritakan dalam posting tersebut dan dia akan membuat tempahan.

 

Berapa kos pengiklanan yang perlu dibayar oleh pemilik homestay ini? Jawapannya ialah… nothing.

 

Kalau ada beratus-ratus orang cari homestay di Tangkak menggunakan google, lepas tu dia baca blog saya, maksudnya pemilik homestay ini tak perlu bayar apa-apa kos iklan ke?

Ya, tepat sekali.

 

Cuba bayangkan, kalau artikel saya tu berada di muka surat pertama Google untuk tempoh 5 tahun misalnya. Kita buat sedikit pengiraan ya.

Dalam sebulan, ada 480 carian untuk kata kunci homestay Tangkak (rujuk kolum volume)

Dalam setahun, ada 5,760 carian (480 carian sebulan x 12 bulan)

Kalau kali dengan 5 tahun berada di mukasurat pertama, ada 28,800 carian (5,760 setahun x 5 tahun)

 

Kalau satu klik kena bayar RM1.18, berapa perlu bayar jika iklan tersebut mendapat 28,800 klik dalam tempoh 5 tahun?

Jawapannya ialah, RM33,984 (kos terkumpul)

 

Tapi anda janganlah anggap pengiraan ini tepat. Ini cuma berdasarkan kepada andaian semata-mata. Mungkin dalam masa 5 tahun tu, tak adalah sampai 28 ribu klik yang terhasil, tapi tak mustahil kalau ada at least 5 ribu klik.

 

Secara tak langsung mungkin anda boleh lihat, sebenarnya kaedah SEO ini dapat menjimatkan kos pengiklanan untuk jangkamasa panjang.

 

Mungkin timbul pula pertanyaan, kalau macam tu, kenapa tak semua orang gunakan kaedah pengiklanan Search Engine Optimization (SEO) ini dalam kempen pemasaran mereka?

 

Bukankah ianya sangat menjimatkan dan pada masa yang sama, iklan perniagaan kita masih tetap boleh muncul dihalaman pertama Google!

 

Its a good question.

 

As of now, apa kata anda teruskan pembacaan supaya anda benar-benar faham mengenai kaedah ataupun teknik SEO ini. In Shaa Allah nanti bila anda dah betul-betul faham mengenai topik ini, anda akan tahu apa sebabnya orang tak bersungguh-sungguh dalam menggunakan teknik ini.

 

Bagaimana cara untuk pastikan artikel atau konten yang kita hasilkan akan berjaya masuk ke halaman pertama Google bagi kata kunci yang kita sasarkan?

 

Google memiliki formula atau algorithm dia yang tersendiri dalam menentukan laman web yang mana satu yang layak untuk ditempatkan pada halaman pertama. Sebagai content creator, ada beberapa peraturan yang kita perlu berikan perhatian, iaitu

1. Technical

2. On-page

3. Off-page

4. User Experience

 

Setiap satu ini diterangkan seperti berikut.

 

1.0 Technical

Merujuk kepada aspek teknikal pada laman web atau blog.

 

1.1 Mobile friendly

Sama ada laman web kita tu boleh dipaparkan menerusi skrin smartphone ataupun tidak. Ada sesetengah laman web yang tak mesra mobile view. Apabila laman web tersebut diakses menggunakan smartphone, paparan akan jadi rosak.

 

1.2 Menggunakan versi php yang terkini

PHP adalah akronim bagi PHP: Hypertext Preprocessor. Ia merupakan skrip yang digunakan dalam pembinaan sesebuah laman web.

 

1.3 Menggunakan https

Maksud bagi https ialah Hypertext Transfer Protocol Secure. Ia merupakan extension bagi Hypertext Transfer Protocol. Penggunaan https ini menunjukkan bahawa sambungan adalah selamat (secure).

 

1.4 Duplicate pages

Setiap kandungan yang diterbitkan dalam sesebuah laman web mestilah original dan tak boleh diulangsiar dibeberapa platform atau laman web yang berbeza. Sesetengah pemilik akaun FB suka copy paste status update orang lain. Hal yang sama jika dilakukan oleh pemilik website boleh menyebabkan kedudukan SEO terjejas.

 

1.5 Robot.txt

Sejenis file terdiri daripada text yang fungsinya memberi arahan kepada crawler search engine untuk mengindex sesebuah laman web atau mengecualikan daripada ianya diindex.

 

1.6 Sitemap

Ini merupakan satu halaman yang menyenaraikan semua halaman yang terdapat dalam sesebuah nama domain. Selain memberi informasi mengenai setiap halaman yang ada, ia juga menunjukkan perkaitan antara satu halaman dengan halaman yang lain. Halaman ini diwujudkan bagi memudahkan crawler milik search engine melakukan scan pada laman web kita.

 

2.0 On-page

Merujuk kepada setting yang perlu dilakukan pada halaman yang ingin disenaraikan di halaman google.

 

2.1 Penggunaan title tag

Konten yang dihasilkan perlu mempunyai tajuk dan dalam tajuk tersebut mesti ada kata kunci yang disasarkan.

 

2.2 Ada meta description

Posting yang dihasilkan perlu mempunyai meta description. Fungsi meta description ini adalah sebagai rumusan bagi konten yang dihasilkan.

 

2.3 Heading tag

Merujuk kepada penggunaan tag H1, H2, H3 dan seterusnya. Jika sesuai perlu masukkan keyword yang disasarkan disini.

 

2.4 URL structure

Dalam alamat url bagi setiap post yang ingin dioptimasikan dengan SEO perlu ada kata kunci yang disasarkan.

 

2.5 Keyword pada image

Penggunaan imej dalam posting juga perlu dioptimasikan dengan SEO.

 

3.0 Off-page

Ini merupakan faktor luaran yang biasanya diluar kawalan kita namun ia memberi impak kepada kedudukan laman web kita di google.

 

3.1 Number of inbound link

Merujuk kepada jumlah laman web luar yang membuat pautan kepada artikel kita. Biasanya kalau artikel yang kita hasilkan sangat bagus, akan ada banyak laman web yang ingin membuat pautan ke artikel tersebut.

 

3.2 Quality of backlink

Tak cukup sekadar mempunyai banyak lama web yang membuat pautan kepada laman web kita. Pautan tersebut mestilah mempunyai kualiti.

 

3.3 Competitive analysis

Ada ketikanya sesuatu kata kunci mempunyai persaingan yang sangat sengit di halaman carian. Bila kita buat keyword research, baru kita nampak, ada banyak laman web yang bersaing untuk kata kunci yang sama. Kalau persaingan terlalu banyak biasanya agak susah untuk berjaya masuk ke page pertama.

 

3.4 Traffic analysis

Satu lagi parameter yang dilihat adalah dari segi jumlah trafik yang diperolehi oleh sesebuah laman web. Jika laman web masih baru dan kurang trafik, biasanya ia tak di anggap laman web yang bagus. Laman web yang sudah berusia lebih mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan ranking yang baik di search engine.

 

4.0 Content

Kandungan yang kita hasilkan.

 

4.1 Keyword research

Konten yang dipaparkan di muka surat pertama perlu mengandungi kata kunci yang dicari oleh pelayar.

 

4.2 Quality of content

Google akan membuat penilaian terhadap kualiti sesebuah konten. Mereka hanya akan letakkan artikel ataupun konten yang betul-betul ada kualiti, relevan dan related dengan apa yang dicari oleh pengguna di muka surat pertama. Kalau konten tersebut hanya mengandungi keyword yang disasarkan tapi dari segi konten, ia langsung tak relevan dengan apa yang dicari oleh pengguna, ia akan jatuh ke halaman belakang.

 

4.3 Relevance

Konten tersebut mestilah relevant dan related dengan kata kunci yang ditaip oleh pelayar internet. Bukan sekadar ada kata kunci, ia mestilah menjawab dan memenuhi kehendak pengguna internet.

 

5.0 User Experience (UX)

Merujuk kepada tabiat, perilaku dan pengalaman yang dilalui oleh pelawat yang melayari laman web kita.

 

5.1 Click through rate

Peratusan pengguna internet yang menekan klik pada konten yang anda hasilkan apabila disenaraikan di halaman carian Google. Jika jumlah yang klik pada artikel anda banyak bermakna artikel anda sangat relevan dengan keyword yang dicari oleh pelayar internet.

 

5.2 Average time on site

Ini merujuk kepada tempoh masa yang yang diperuntukkan oleh pengguna internet untuk berinteraksi dengan konten yang anda hasilkan. Biasanya jika mereka meluangkan masa yang agak lama, ia memberi signal bahawa pengguna internet sukakan konten anda dan konten anda relevan dengan tujuan asal.

 

5.3 Bounce rate

Dikira dalam unit peratusan dan ia merujuk kepada tingkah laku pelawat yang terus keluar dari laman web tersebut setelah dia membuka sesebuah halaman. Kita mahukan bounce rate yang rendah.

 

5.4 Ease of reading

Artikel yang dihasilkan mestilah mudah dibaca. Ayat yang digunakan tidak meleret-leret, ada spacing, ada perenggan, penggunaan bold, dan penggunaan saiz font yang bersesuaian.

 

5.5 Web Design

Ini juga sangat penting. Design yang tersusun lebih mudah untuk dibaca.

 

5.6 Image size

Saiz imej yang digunakan juga mestilah sesuai, sebolehnya jangan gunakan imej yang terlalu besar, misalnya satu imej bersaiz 20MB. Kalau ada banyak imej dalam posting, ini akan melambatkan loading laman web tersebut.

 

5.7 Internal link

Dalam posting yang dihasilkan juga mesti ada internal link, yang mana ia menunjukkan posting yang kita buat itu berkait dengan posting sebelumnya.

 

5.8 External link

Posting yang sama juga perlu ada link ke luar, atau pautan luar. Pautan luar ini mestilah ke laman web lain yang relevan dan related dengan posting yang dihasilkan.

 

5.9 Site navigation

Ini untuk memudahkan pelawat anda bergerak dari satu halaman ke halaman yang lain. Kalau dalam konteks blogpost, anda perlu memudahkan pelawat anda membaca posting lain.

 

Untuk memastikan strategi SEO kita menjadi, ada macam-macam perkara yang perlu diberikan perhatian. Walaubagaimanapun, boleh juga jadi satu keadaan dimana kita dah ikut semua formula dan peraturan SEO, namun posting kita tetap tak berjaya masuk ke halaman pertama Google.

 

Keadaan ini biasa berlaku kalau persaingan antara laman web yang merebut untuk mendapatkan kedudukan tempat pertama Google terlalu tinggi.

 

SEO ini bolehlah kita katakan ia sebagai satu usaha untuk meyakinkan Google supaya meletakkan halaman yang kita hasilkan sebagai relevan dengan apa yang dicari oleh pelayar. Konten yang kita hasilkan mestilah mengandungi seberapa banyak informasi yang diperlukan oleh pengguna.

 

Mana satu cara yang lebih senang untuk memastikan iklan kita muncul dihalaman pertama Google? Gunakan kaedah SEM atau SEO?

Kalau nak bercerita dari sudut senang atau susah, mungkin anda juga setuju kalau saya katakan cara yang senang adalah SEM. Menerusi kaedah ini, anda perlu pastikan yang anda mempunyai bajet pengiklanan yang mencukupi bagi memastikan iklan anda akan sentiasa dipaparkan dihalaman carian Google bagi kata kunci yang anda bakal sasarkan.

 

Kebiasaannya memang begitulah. Kebanyakkan perkara boleh diselesaikan apabila kita sediakan duit dan bayar sahaja. Selagi mana anda mampu bayar, selagi itu iklan anda akan terus disiarkan di halaman carian Google.

 

Dapatkan akaun Google Adwords dan mulakan kempen pengiklanan anda.

Langkahnya sama sahaja. Anda mulakan dengan aktiviti mencari kata kunci (keyword research) dan seterusnya mula membida kata kunci tersebut mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Google.

 

Apabila iklan anda telah muncul di muka surat pertama Google, anda akan mula dikenakan caj apabila iklan tersebut mula mendapat klik dari pengunjung.

 

SEO itu susah?

Adakah kaedah SEO itu susah? Pada pendapat saya, ianya bukan susah. Cuma banyak kerja perlu dilakukan sebelum boleh nampak hasilnya.

i. Anda perlu buat keyword research

ii. Anda perlu pastikan konten anda relevan dengan keyword yang anda pilih

iii. Anda perlu bina backlink

 

Ada kalanya kerja-kerja SEO ini boleh makan masa berbulan-bulan barulah akan nampak hasilnya.

 

Antara SEO dengan SEM – Mana satu yang patut anda pilih?

Jika diberi pilihan, antara SEO dengan SEM mana satu yang patut anda pilih?

Jawapannya mudah sahaja. Ianya terpulang kepada anda.

 

Semua terpulang kepada strategi dan juga bajet yang anda bersedia untuk peruntukkan bagi tujuan pengiklanan. Pada masa yang sama, kita juga perlu ambil kira aspek seperti skil, pengetahuan dan juga masa yang anda ada.

 

Apapun, semua ini bergantung kepada anda.

 

i. Apa matlamat anda?

Jika anda mahukan hasil yang cepat, ataupun anda mahukan trafik yang cepat untuk tujuan sale, maka kaedah yang lebih baik adalah menggunakan SEM. Katakanlah anda perlu bersaing dengan seller lain untuk tawaran promosi yang sifatnya bermusim, contohnya sempena musim perayaan, sempena cuti sekolah dan sebagainya, lebih logik kalau anda gunakan SEM.

 

Tapi kalau anda mensasarkan pertumbuhan perniagaan bagi jangkamasa panjang, maka kaedah SEO ini sangat membantu.

 

Kos dan margin keuntungan

Jika produk atau servis yang anda jual memberikan margin keuntungan yang tinggi, maka kaedah SEM ini adalah sangat baik dan boleh menampung kos pengiklanan.

 

Sebaliknya, kalau margin keuntungan produk anda sangat rendah, dan kos per click adalah sangat tinggi, adalah tak munasabah untuk anda habiskan duit untuk tujuan SEM.

 

Walaubagaimanapun, saya berpendapat adalah lebih baik anda menggunakan kombinasi antara SEM dan juga SEO dalam perniagaan yang anda jalankan.

 

Gabungkan strategi SEM dengan SEO

Tak ada siapa yang larang untuk anda gabungkan kedua-dua kaedah ini dalam strategi pemasaran anda.

 

Malahan dalam banyak keadaan saya dapati ramai usahawan yang menggabungkan kedua-dua kaedah pemasaran ini. Pada peringkat permulaan mereka akan sediakan bajet pengiklanan dan menggunakan SEM.

 

Pada masa yang sama, mereka juga menghasilkan konten untuk bisnes mereka. Jika mereka tak ada masa untuk hasilkan sendiri konten untuk bisnes mereka, mereka akan dapatkan khidmat dari freelancer untuk buat konten bagi pihak mereka.

Baca juga: 7 Tugasan anda boleh outsource untuk kembangkan bisnes anda

 

Apabila konten mereka mula menduduki halaman pertama Google, dan mula memberikan hasil, mereka akan mula mengurangkan bajet pengiklanan mereka sedikit demi sedikit.

 

 

Pada dasarnya, setiap artikel yang dihasilkan dan disiarkan di mana-mana laman web akan tersenarai di laman carian google. Apa yang membezakan antara setiap artikel ialah, dimuka surat berapa ia bakal disenaraikan. Sudah tentu kedudukan yang terbaik adalah di muka surat pertama, dan bukannya di muka surat 9, 15 atau pun muka surat 20.

 

Salah satu soalan yang saya akan tanyakan kepada anda sebelum mendapatkan perkhidmatan iklan dari saya ialah,

“Anda mahu rank iklan anda untuk kata kunci apa?”

 

Jawapan untuk soalan itu sangat mudah didapati jika anda sudah pandai melakukan keyword research.

Itulah dia kata kunci yang patut anda sasarkan.

 

“Alright, boleh saya tahu berapa lama masa yang diambil untuk ranking sesuatu keyword di laman web carian google?”

 

Jika tak ada sebarang masalah, ia akan ambil masa paling cepat 3 – 6 bulan. Wow lamanya! Ya, memang lama. Adakalanya ia boleh makan masa sehingga bertahun-tahun namun masih tak dapat masuk ke page pertama google.

 

Ini biasa berlaku jika kata kunci tersebut mempunyai persaingan yang terlalu sengit. Dengan menggunakan keyword planner tu, anda boleh lihat untuk sesuatu kata kunci atau”search term” ada berapa banyak persaingannya. Adakah ianya medium, high dan sebagainya.

 

Berita baiknya ialah, terdapat juga kes-kes tertentu yang mana proses untuk ranking kata kunci hanya ambil masa sekitar 24 – 48 jam sahaja. Terutama sekali jika kata kunci tersebut tidak mempunyai persaingan yang banyak. Walaubagaimanapun, mendapat kedudukan pertama hanyalah salah satu daripada matlamat yang ingin dicapai bagi pengguna kaedah pemasaran SEM ini.

 

Ia mungkin belum lagi menjamin kita untuk dapat jualan, tetapi setidak-tidaknya apabila berada di kedudukan yang pertama, laman web kita mempunyai peluang yang lebih baik berbanding orang lain.

 

Kali pertama saya mengenali teknik pemasaran SEO ini saya terus jatuh cinta. Ia mungkin tidak memberikan hasil sepantas teknik pemasaran di media sosial umpamanya, namun apa yang buatkan teknik pemasaran ini menarik ialah, saya hanya perlu tulis artikel sekali sahaja.

 

Apabila artikel tersebut telah masuk ke muka surat pertama google, saya akan terus dapat prospek dan jualan secara automatik walaupun saya dah tak buat sebarang promosi.

 

Baiklah, saya harap penerangan saya tentang apa yang dimaksudkan dengan “SEO Optimized” ini dapat menjawab persoalan yang bermain difikiran anda.

 

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya atau tinggalkan dibahagian komen dibawah.

 

Kesimpulan

Dalam melakukan pemasaran di search engine, ada dua kaedah yang boleh anda lakukan. Pertama adalah Search Engine Marketing (SEM), yang mana ini merupakan kaedah iklan berbayar. Cara kedua adalah cara yang percuma dikenali dengan istilah Search Engine Optimization (SEO).

 

SEM untuk anda dapatkan hasil segera.

SEO untuk anda dapatkan hasil yang lebih konsisten tanpa sebarang kos tambahan.

 

 

 

Exit mobile version