Blog Sabree Hussin

6 Langkah BERKESAN Promosi Produk di FB Group

Ada tak cara berkesan untuk kita promosikan produk yang kita jual di FB Group?

 

Soalan ini ditanyakan oleh salah seorang pembeli ebook Panduan Dominasi FB Group Version 3.0 yang pernah saya tulis sebelum ini. Dalam post ini saya akan kongsikan step by step cara yang saya lakukan untuk hasilkan jualan di FB Group. Buat mereka yang masih belum lagi dapatkan panduan ini, ada beberapa perkara yang saya ingin highlight kepada anda.

 

Pertama, group yang saya maksudkan ialah group yang kita tubuhkan sendiri. Bukan group orang lain, kemudian kita tiba-tiba nak buat macam group sendiri nak promosi produk yang bukan-bukan tanpa minta kebenaran dari admin. Sebab tu kadang-kadang saya akan tapis siapa yang patut ada dalam group saya, dan siapa yang saya patut ditendang keluar.

Ada sesetengah pengguna fb yang nak join group kita semata-mata sebab dia nak iklankan produk yang dia jual. Dia jenis tak kisah pun posting yang kita buat dalam group, group tentang apa dan sebagainya. Dia cuma berminat dan berniat nak buat iklan semata-mata.

 

Individu seperti ini pasti akan menyusahkan anda dimasa akan datang. Setiap hari atau selang beberapa jam dia akan buat posting yang langsung tak ada kaitan dengan tujuan group anda ditubuhkan.

 

Boleh jadi dia menggunakan software ataupun apps tertentu untuk buat iklan secara pukal di setiap group yang dia join.

 

Oleh itu, saya amat mengesyorkan anda mengubah setting discussion yang ada pada FB Group anda.

Pada bahagian “Approve All Member Posts” kita tukar kepada setting seperti dibawah.

Pastikan “post by members must be approved by an admin or moderator” dipilih. Tujuannya supaya setiap kali ahli group ada buat posting, post tersebut tidak akan terus muncul di wall.

 

Hanya setelah kita approved post tersebut, barulah ia akan muncul. Ini salah satu cara untuk elakkan group kita jadi group sampah yang penuh dengan iklan. Biasanya group yang memang aktif, ramai pengikut dan banyak posting, akan dijadikan sasaran.

 

 

Kedua, kenapa pemasaran di FB Group lebih berkesan adalah kerana kebanyakkan ahli group adalah mereka-mereka yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan kita.

Group yang anda bina berkaitan tentang topik apa?

Jika anda bina group berkaitan dengan tips penjagaan kucing misalnya, lazimnya yang akan join group anda juga rata-ratanya adalah peminat dan pemilik kucing. Anda boleh sembang apa sahaja berkaitan dengan kucing dalam group tersebut. Apa yang penting sekali ialah, pastikan anda stay on topic dan bukannya mencampur adukkan konsep group anda dengan hal-hal yang tak ada kaitan.

 

Kadang-kadang group yang ada banyak admin ni, dia ada pemikiran dan cara kerja yang berbeza. Kadang-kadang dalam ramai-ramai admin tu, ada yang cenderung dalam bab politik. Bila dia buat posting, dia suka menghentam orang-orang politik, dan ini akan menjadikan sesuatu group itu jadi kurang seronok.

 

Kebarangkalian untuk sesama ahli bergaduh juga akan jadi tinggi. Pada mulanya memanglah semua ini bagus untuk group admin, sebab group sangat aktif. Tapi kalau aktif untuk tujuan yang tak tepat, ianya akan jadi sesuatu yang merugikan dimasa akan datang.

 

Anda sendiri pun patut boleh fikir, apa kaitan group tentang kucing dengan posting politik? Kan terlalu jauh menyimpang tu. Walaupun pada peringkat awal, ia mungkin membuatkan group jadi aktif, namun setelah isu reda, anda akan dapati ada ramai ahli yang telah meninggalkan group anda, dan mereka yang leave group mungkin adalah seorang pelanggan yang pernah beli sesuatu dari anda!  

 

Sebenarnya tak susah untuk jual sesuatu kepada mereka (ahli group), lebih-lebih lagi kalau produk atau servis yang kita tawarkan tu memang relevan dengan keperluan mereka. Tetapi, jika anda join group yang bercampur-campur ni, contohnya group yang terdiri daripada iklan-iklan semata-mata, maka agak sukar untuk kita dapatkan jualan pada group yang dibina.

 

Jadi kena ingat nasihat ini. Buat group yang spesifik, mempunyai tujuan yang jelas, dan dari situ anda akan dapati lebih mudah untuk menghasilkan jualan.

 

Langkah-langkah berikut boleh anda ikuti jika anda berhasrat untuk mempromosikan sesuatu di FB Group anda

Ya saya tahu, saya asyik ulang beberapa kali ayat “tak susah nak buat jualan di FB Group”. Tapi mungkin ada pembaca yang kurang setuju. Mungkin sebab anda ada banyak pengalaman buat pemasaran di FB Group sebelum ini, dan langsung tak berjaya buat jualan.

 

Baiklah, saya kongsikan antara langkah yang saya sendiri lakukan untuk hasilkan jualan. Cara ini saya sendiri gunakan dan ia berhasil. Anda boleh cuba sendiri dan lihat sendiri keberkesanannya. Berikut adalah langkah-langkah yang saya sendiri lakukan.

 

(1) Buat survey dan kenalpasti wujud permintaan

Sebelum kita nak tawarkan sebarang produk atau servis, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah buat survey terlebih dahulu. Jangan terus cuba menjual, kalau tak nak posting jualan anda jadi posting jenis syok sendiri.

 

Bila kita buat survey, prospek kita (ahli dalam group) tak akan terkejut dan mereka akan dapat serba sedikit gambaran bahawa dalam masa terdekat anda akan lancarkan sesuatu produk baru atau perkhidmatan baru.

 

Produk yang bakal anda lancarkan ini pula, mestilah produk atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan tujuan asal kenapa group anda dibina. Jangan sesekali mempromosikan produk yang tak ada kaitan langsung dengan tujuan asal kenapa group anda ditubuhkan. Kalau anda mula mencampur-campurkan produk, ini akan beri kesan yang tak baik dimasa akan datang.

 

Saya nak cerita sikit kenapa melakukan survey ini merupakan satu langkah yang sangat penting. Anda perlu ambil kira beberapa perkara.

(1) Survey untuk kenalpasti wujudnya permintaan

Best case scenario apabila bila kita buat survey, kita dapati rupa-rupanya ada ramai ahli dalam group yang memang memerlukan produk yang bakal kita lancarkan tersebut.

 

Sebelum ini mereka memang pernah dengar tentang produk tersebut, tapi disebabkan mereka kurang yakin dan tak berapa kenal dengan penjual, mereka tak pernah buat keputusan untuk membeli. Kini bila mereka tahu anda akan jual produk tersebut, mereka tak sabar-sabar nak buat tempahan.

 

(2) Beritahu bakal pelanggan yang sebenarnya dia perlukan produk anda

Ada juga keadaan dimana bakal pelanggan anda sebenarnya memang memerlukan produk tersebut, tapi disebabkan sebelum ini tak pernah ada sesiapa yang beritahu pada dia, kepentingan, kelebihan dan kegunaan produk tersebut, maka selama ini dia tak tahu pun yang dia sebenarnya perlukan produk tersebut.

 

Maka disini, proses survey yang anda lakukan itu bukan semata-mata survey, tapi ia juga perlu bertindak sebagai satu proses untuk memberi didikan atau to educate bakal pelanggan anda. Sebelum ini mereka mungkin tak sedar yang mereka perlukan produk anda. Tapi setelah anda melakukan kempen kesedaran, barulah mereka nampak yang mereka memang perlukan produk yang anda jual.

 

Andai kata dari survey yang anda lakukan tu nanti, ada respons positif, walaupun hanya dari seorang sahaja, barulah anda lancarkan produk atau servis tersebut.

 

Kebiasaannya selepas seorang dah dapatkan, yang lain-lain pasti akan menyusul. Kesan ini dinamakan sebagai social effect. Sesetengah orang tak berani untuk terus buat pembelian. Dia nak tengok dulu, ada tak orang lain yang beli.

 

Bila orang lain dah beli sesuatu produk, kadang-kadang kita pun akan rasa macam nak dapatkan jugak. Kalau ramai sangat yang dapatkan produk yang ditawarkan kita pun jadi tertanya-tanya kenapa orang lain semua berebut-rebut nak beli?

 

… dan kalau harga, fungsi dan servis semuanya menepati citarasa bakal pembeli, lambat laun mereka pasti akan beli.

 

(2) Lancarkan produk

Pada saat ini kita dah tahu produk yang bakal kita jual memang ada permintaan. Dengan maklum balas yang kita dapat, sepatutnya kita akan jadi lebih yakin untuk mula lancarkan produk tersebut.

 

Jadi apa tunggu lagi? Tetapkan satu tarikh yang spesifik dan beritahu kepada ahli group anda, bahawa anda akan mula lancarkan produk tersebut dan akan mula menerima tempahan pada hari tersebut.

 

Apabila anda sudah nyatakan tarikh dan masa untuk anda lancarkan produk, contohnya seminggu dari sekarang, pastikan setiap hari anda akan buat post reminder di group. Post reminder, bukanlah sekadar post yang memberitahu “lagi 5 hari” atau apa-apa ayat yang membawa maksud yang lebih kurang sama.

 

Sebaliknya posting yang anda perlu buat adalah posting tentang kebaikkan produk, manfaat yang bakal diperolehi, cara menggunakan produk, apa kerugian yang bakal dihadapi jika tak mendapatkan produk yang bakal anda jual. Diakhir penerangan tu nanti barulah anda selitkan dengan ayat seperti “lagi 5 hari” untuk pelancaran produk atau servis anda.

 

Reminder cara ini barulah orang tak rasa menyampah, sebab ada konten berguna yang bakal mereka baca.

 

Bila dah sampai tarikh dan masa yang dijanjikan, barulah anda lancarkan produk tersebut.

 

(3) Letakkan harga

Proses untuk penetapan harga juga ada strategi dan kaedahnya. Biasanya untuk produk yang baru dilancarkan, kita akan bermula dengan memperkenalkan satu harga yang istimewa dan agak rendah. Tujuannya adalah supaya ahli group rasa berminat untuk dapatkan harga yang rendah yang ditawarkan untuk tempoh terhad tersebut.

 

Saya nak sentuh sedikit lagi mengenai kaedah penetapan harga. Umumnya kita boleh katakan ada dua jenis harga yang boleh kita tetapkan. Harga yang saya maksudkan adalah normal price dan juga special discounted price.

 

Normal price untuk jualan biasa untuk orang luar.

Harga biasa atau harga pasaran. Kalau produk yang anda jual, adalah produk yang boleh didapati ditempat lain, dan anda tawarkan harga yang sama dengan harga pasaran kepada ahli group anda, anda perlu tanyakan pada diri anda, apa yang istimewa sangat dengan diri anda atau tawaran anda hinggakan prospek memilih untuk beli dari anda dan bukannya beli dari orang lain?

 

Special discounted price eksklusif untuk ahli group sahaja.

Apabila anda tawarkan dengan harga diskaun, ini memberi kesan terhadap keuntungan yang bakal anda perolehi nanti. Namun pada masa yang sama, bakal pelanggan anda akan nampak, ini merupakan satu kelebihan dan keistimewaan yang dia perolehi sebab menjadi ahli dalam group anda.

 

Walaubagaimanapun, anda perlu buat keputusan, sama ada nak tawarkan harga diskaun sampai bila-bila, atau hadkan kepada jumlah unit tertentu sahaja. Misalnya, anda letakkan syarat dari awal, harga diskaun ini untuk 100 pelanggan terawal sahaja.

 

Apabila cukup terjual 100 unit, anda naikkan harga jualan ke satu harga yang lebih tinggi.

 

Bila prospek kita nampak ada keistimewaan harga sebagai member, mereka pasti akan beli. Of course, dengan syarat produk tu memang relevan, diperlukan dan berguna untuk dia.

Dalam strategi penetapan harga, saya suka untuk gunakan limited time offer. Kita mulakan dengan harga pengenalan pada harga diskaun, kemudian sedikit demi sedikit kita naikkan harga supaya menyamai harga pasaran. Sifat manusia memang begitu, bila mereka fikir harga murah akan kekal sampai bila-bila, mereka akan bertangguh untuk buat pembelian.

 

(4) Strategi TERHAD

Bagaimana cara untuk menghadapi bakal pelanggan yang suka bertangguh atau melewat-lewatkan untuk buat pembelian dari anda, sedangkan dia memang perlukan barang yang anda jual?

 

Ya, kita katakan pada dia, apa yang dia bakal beli ini adalah terhad. Kalau terlambat, orang lain akan dapatkannya dan anda akan terlepas peluang terbaik ini sampai bila-bila.

 

Tahukah anda, apabila kita bercakap mengenai “strategi terhad” ada sekurang-kurangnya empat pendekatan berbeza yang kita boleh gunakan. Ini antaranya

i. Harga diskaun ini adalah untuk tempoh masa terhad (masa terhad)

ii. Harga diskaun ini hanya untuk 100 pelanggan terawal sahaja. (harga diskaun terhad)

iii. Produk ini hanya dibuka jualan untuk 100 orang pelanggan sahaja dan selepas itu jualan akan ditutup. (kuantiti produk terhad)

iv. Bonus istimewa ini hanya sah untuk 30 pelanggan terawal sahaja. (Bonus terhad)

 

Terpulang kepada anda bagaimana anda ingin menggunakan strategi terhad ini. Sama ada nak gunakan keempat-empat cara diatas atau gabungkan beberapa cara.

 

Cuma satu yang saya nak ingatkan, bila anda kata produk yang anda jual ini adalah terhad, pastikan anda memang benar-benar maksudkannya.

Contohnya, stok produk ini terhad kepada 100 unit sahaja. Selepas cukup kuota, jualan akan dihentikan.

Contoh masa terhad, harga akan dinaikkan pada 24 haribulan ini. Dapatkan sekarang sementara ia masih dijual dengan harga yang paling rendah dan menjimatkan.

 

Apabila sampai masa, pastikan anda betul-betul tamatkan jualan. Apabila sampai masa, pastikan anda betul-betul naikkan harga. Jika anda gagal berbuat demikian, orang akan nampak anda sebagai seorang yang suka buat gimik dan tak serius dalam bisnes.

 

Lebih memburukkan keadaan lagi kalau orang dah mula tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut anda.

 

(5) Bukti penghantaran

Untuk tingkatkan kepercayaan mereka yang masih belum beli, tunjukkan juga bukti-bukti seperti tracking number, gambar produk sedang di balut, gambar anda on the way ke pejabat pos dan sebagainya. Semua ini penting untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang komited dalam menyediakan perkhidmatan dan akan secepat mungkin urus tempahan.

 

Mungkin impak tak begitu kuat, tapi tak apa, sebab anda boleh gunakan strategi seterusnya iaitu

 

(6) Beri testimoni pelanggan

Biasanya apa yang orang akan buat ialah testimoni dalam bentuk screenshot, gambar dan sebagainya.

 

Yang tu tak berapa best dan biasa sangat orang buat.

 

Apa kata kali ini kita buat sedikit perubahan. Kita  mintak ahli group kita yang dah dapatkan servis kita untuk post di timeline group dan berikan testimoni di situ.

 

Anda boleh pinned post tersebut supaya mudah dilihat oleh ahli group yang lain. Dengan ini, semua orang boleh nampak yang testimoni tersebut benar-benar asli dan datangnya dari pengguna sebenar yang berpuas hati.

 

Kalau orang masih tak percaya?

 

Mereka boleh terus komen di status update tersebut, dan orang yang beri testimoni tu sendiri boleh jawab direct. Kadang-kadang, ada yang segan nak tanya secara terbuka, jadi dia akan personal message orang yang berikan testimoni tersebut.

 

Jadi, bagaimana dengan 6 langkah yang saya kongsikan ini? Senang kan?

 

Saya pasti, anda juga mampu untuk lakukannya.

 

Tiga syarat untuk berjaya promosi produk di FB Group

Anda boleh jadikan tiga syarat ini sebagai guideline sahaja. Ianya tak semestinya betul dan boleh juga berlaku keadaan dimana seseorang itu akan mendapat result yang berbeza walaupun telah mengikuti syarat yang saya bincangkan disini.

 

Syarat pertama – Group tersebut mestilah group anda sendiri

Benda ni memang saya selalu ulang berkali-kali. Kalau nak betul-betul berjaya dalam pemasaran di FB Group, kena bina sendiri group. Memang benda ni agak memakan masa, tapi percayalah bila anda sudah mempunyai follower anda sendiri, waktu tu anda akan lebih mudah membuat jualan.

 

Satu lagi, bila guna group sendiri, anda tak disekat dengan apa-apa peraturan. Memandangkan itu adalah group anda, maka andalah yang akan cipta peraturan.

 

Syarat kedua – Kita mempunyai sales target yang jelas

Ini pun satu perkara yang penting. Sebelum nak buat sebarang usaha jualan, kena tahu, berapa banyak target yang kita nak capai. Kita andaikan, anda hanya target untuk buat jualan 50 unit produk sahaja.

 

Bila dah tahu target, maka usaha pun kenalah sepadan dengan target. Kita kena buat posting dengan lebih kerap, sampailah target jualan kita tercapai. Bukannya buat posting sekali je, lepas tu mengharap dari posting tersebut akan berlaku jualan. Ya, tak salah mengharap, dan mungkin teknik harapan ini boleh membuahkan hasil, namun ia bukanlah cara yang betul.

 

Syarat ketiga – Kita tak hanya bergantung pada satu medium pemasaran semata-mata

Ini pun merupakan satu syarat yang penting. Jangan sesekali hanya bergantung pada satu medium semata-mata. Sebaik-baiknya, pelbagaikan platform pemasaran.

 

Selain guna FB group, kita boleh jual di blog, jual melalui email marketing, jual di laman web e-commerce seperti Lazada ataupun Shopee. Pilihan itu ada sangat banyak dan tak ada sebab untuk kita hanya hadkan diri kita pada satu medium semata-mata.

 

Baiklah, semoga posting ini bermanfaat buat anda.

 

 

 

Exit mobile version