Blog Sabree Hussin

Generasi Warisan Prihatin: Program Sumbangan Amal Ramadhan 2015

Bismillahir Rohmaanir Rohim. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.

 

Tahun ni, kelab Generasi Warisan Prihatin sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk anjurkan program sumbangan amal sempena ramadhan. Kalau tahun lepas, kami jalankan program seumpama ini di Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang, tahun ni kami buat di Meru.

 

Meru. Tempat kelahiran saya. Kat sini tempat saya dibesarkan, dan kat sini jugak banyaknya tersimpan kenangan. Program kali ni, sememangnya sangat dekat dengan kampung halaman.

 

Majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung dan penerima sumbangan

Setinggi-tinggi terima kasih buat pengerusi dan AJK Surau Al Mahmun Jalan Kenangan, Meru kerana sudi memberikan ruang untuk program ini dijalankan.

 

Dalam program ini, 50 buah keluarga telah terpilih untuk diraikan.

Seawal jam 6.30 petang, para jemputan dah pun mula sampai ke surau Al Mahmun untuk persiapan berbuka puasa.

Masing-masing dah mula ambil tempat.

Meja pertama dari sebelah kiri, makanan siap dihidangkan diatas meja bagi memudahkan jemputan kerana dimeja ni kita khaskan untuk mereka yang OKU dan yang ada masalah pergerakkan.

Sebahagian yang dah tiba awal. Ada yang bawa semua ahli keluarga memeriahkan lagi majlis buka puasa.

Bersiap-sedia untuk buka puasa.

Makanan style buffet.

Ada macam-macam juadah disediakan.

Sementara menunggu waktu berbuka, ucapan ringkas dari wakil GWP.

Ucapan ringkas dan aluan dari Pengerusi Surau.

Program Shopping Raya & Serahan Barangan Dapur

Keesokkan harinya, iaitu pada 5 Julai 2015, agenda pada hari ni ialah nak bawa adik-adik seramai 20 orang untuk shopping baju raya dan serahan barangan dapur.

Sesi suai kenal dengan adik-adik sebelum shopping raya.

Adik berbaju hitam ni sebenarnya mengidap penyakit jantung berlubang.

Sesi shopping sambil bergambar.

Sesi bergambar sambil shopping.

Budak-budak. Pandai pilih warna apa yang dia berkenan, tapi tak berapa pandai nak pilih saiz. Kalau tak tolong carikan, nanti dia pilih baju yang kecik pulak.

Untuk acara penutup program, kita mintak adik-adik ni pakai pakaian yang dibeli tadi.

Para urusetia membantu mempersiapkan adik-adik yang dibawah jagaan masing-masing.

Bersiap-siap dengan baju baru untuk raya.

Ada yang pandai pakai sendiri, ada yang kena tolong pakaikan. Kalau tak, nampak pelik pulak.

Atas ni gambar sebelum pergi shopping.

Ini pula gambar lepas shopping. Nampaknya masing-masing dah sedia nak sambut raya.

 

Serahan barangan dapur

Sebahagian daripada barangan yang bakal diagih-agihkan kepada 50 orang keluarga.

Majlis penutup. Saya mewakili Kelab Generasi Warisan Prihatin (GWP) memperkenalkan kelab GWP kepada penduduk kampung.

Simbolik serahan barangan dapur. Setiap bag disertakan nombor, dan kemudian penerima sumbangan perlu ke khemah untuk ambil barang-barang dapur.

Penerima sumbangan yang OKU.

Disebabkan ada kesukaran untuk masuk ke surau, serahan dibuat diluar.

 

Sumbangan duit raya kepada adik-adik oleh Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Malaysia.

Sumbangan duit raya kepada keluarga yang layak menerima sumbangan barangan dapur oleh Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Malaysia.

Agihan barangan dapur. Wakil penerima diminta berdiri di setiap barangan yang ada nombor miliknya.

 

Sumbangan duit raya.

.

..

Selesai sudah program GWP kali ini.

 

Keprihatinan Anda, Amanah Kami!

 

Setiap sumbangan yang sampai kepada penerima, semuanya adalah disumbangkan oleh orang perseorangan, organisasi, NGO, syarikat dan sebagainya. In shaa Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi di program seterusnya.

 

Sasaran penerima sumbangan kali ini ialah golongan fakir, miskin, asnaf, ibu tunggal, dan OKU. Wallahua’lam.

 

Exit mobile version