Blog Sabree Hussin

Tips SEMPOI Promosi Tone Excel di Facebook

Siapa yang ada akaun Facebook, kemudian dia hari-hari login FB, tapi tak pernah manfaatkan laman web FB untuk tujuan promosi simkad Tone Excel, dia memang rugi!

Bukan susah sangat pun nak update status kat FB. Tulis ayat lebih kurang je, janji maksudnya sampai dan rakan-rakan kita kat FB faham yang kita memang ada buat bisnes Tone Excel.

Dengan adanya FB, anda tak perlu susah payah nak kena keluar rumah, nak ajak kawan-kawan lepak kat kedai makan dan belanja mereka makan, cukup sekadar anda ikuti teknik-teknik asas promosi di FB yang bakal saya bincangkan ni nanti.

Sebahagian daripada tips yang anda bakal baca ini adalah tips yang dikongsikan oleh Saudara Fami sendiri kepada ahli Geng Simkad Magic.

Anda boleh layari laman web beliau iaitu http://www.usahawantoneexcel.com

Tips #1 Ketahui bila waktu paling sesuai untuk buat status update

Ada setengah orang, saya perhatikan, tengah-tengah malam macam tu baru dia update status. Bukan satu status, tetapi banyak status secara SERENTAK.

Ada setengah orang, dia akan update status lepas subuh. Ataupun awal-awal pagi waktu orang belum bangun tido.

Mengarut betul.

Entah diorang ni faham marketing ke tidak sebenarnya.

Sebenarnya bila masa paling sesuai nak update status tentang Tone Excel? Jawapannya ialah

Bila semua orang online, atau pada waktu paling ramai rakan-rakan FB kita online

Ya saya faham… mungkin kita susah nak tau bila sebenarnya waktu puncak atau waktu paling ramai kawan-kawan kita online kat FB ni. Untuk itu, anda boleh gunakan indicator berikut, berapa ramai yang available untuk FB Chat.

Ada pendapat yang mengatakan, at least pada waktu tu, 10% daripada jumlah keseluruhan rakan FB kita sedang online, maka itulah waktu puncak dan antara waktu terbaik untuk post sesuatu di wall kita dalam bentuk iklan.

Tips #2 Pastikan ada engagement & interaksi

Newsfeed (suapan berita) kita hanya memaparkan status update daripada mereka-mereka yang ada interaksi dengan kita sahaja.

Interaksi dari segi like, komen, share dan sebagainya. Mereka yang selalu buka profil FB kita walaupun mereka tak berinteraksi dengan kita secara terus juga akan dapat lihat status update kita di newsfeed mereka.

Apa jadi pada mereka yang jarang, dan langsung tak pernah berinteraksi dengan kita?

Yup.

Status update kita tak akan keluar di newsfeed mereka. Jadi, perbanyakkan interaksi.

Like status update kawan-kawan lama kita, sama ada kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan masa kat universiti dan sebagainya.

In Shaa Allah, bila FB dah detect wujudnya interaksi, maka status update kita pasti akan keluar kat newsfeed mereka. Teruskan berkongsi di wall FB anda dan lihatlah hasilnya, pasti ada kawan-kawan lama anda yang akan hubungi anda untuk tanyakan dengan lebih lanjut mengenai Tone Excel.

Tips #3 Private Mesej

PM je la kawan-kawan FB anda tu.

Maksud saya kawan-kawan yang memang anda kenal ya, bukannya kawan-kawan yang anda add saja-saja. Just tanya khabar dan soalan-soalan mudah seperti

1. Pernah dengar pasal Tone Excel tak?

2. Boleh tak saya nak mintak izin nak cerita pasal Tone Excel kat awak?

Disebabkan mereka adalah kawan kita, lazimnya mereka tak akan tolak untuk mendengar. Dengar je pun, bukan kena bayar.

Walaubagaimanapun, anda kena ingat, tujuan anda semata-mata nak berkongsi sahaja. BUKAN NAK CLOSE SALE!

Apakah worst case scenario jika anda buat cara ini?

Ok… ramai yang tak berani buat macam ni. Hubungi kawan-kawan lama untuk kongsikan tentang bisnes ni.

Entah apa benda entah yang dia takut sangat. Ada tu, dia cuma mengharapkan keajaiban… dan berharap satu hari nanti, kawan-kawan lama dia dengan tiba-tiba dan dengan tak semena-mena akan contact dia dan mintak didaftarkan untuk join Tone Excel.

Sorry sikit… benda ni hampir MUSTAHIL untuk berlaku.

Nothing will happen until you make it happen.

Worst case scenario… ermmm… kawan anda akan kata

1. Aiseh… ko lambat la bro… aku dah join dah Tone Excel

2. Aku bukan tak minat, cuma aku tak ada masa la nak buat benda ni

3. Sebenarnya aku tak minat sangat buat bisnes-bisnes ni… tak pandai

4. Tak nak

5. Tak balas PM langsung .. haha

Jangan risau. Belum ada lagi kes, keesokkan harinya, kawan anda tu datang rumah bawak parang nak bunuh anda, sebab anda nak kongsi cerita mengenai Tone Excel. ha ha

Tips #4 Manfaatkan fungsi FB Group

Macam saudara Fami sendiri, pada awal-awal dulu dia buat satu group khas untuk kongsikan tentang Tone Excel.

Privacy group di set sebagai Open atau Public. Kemudian selepas satu tempoh masa, ahli group semakin berkembang, dia ubah setting kepada closed.

Bila dah ubah privacy kepada closed group, mereka yang sebelum ni cuma baca status update di newsfeed, ada yang berminat nak join sebagai member.

Maka dalam group tersebut, beliau terus lakukan soft selling dan akhirnya sampai sekarang ni, makin berkembang network Tone Excel dia.

Mungkin dia belajar cara pemasaran di Fb Group melalui panduan ini.

Mungkin je la… kalau nak tau macam mana dia buat, anda contact dia sendiri. Kalau belum sertai Tone Excel, masuklah rangkaian dia. Banyak benda anda boleh belajar nanti dari dia.

Silap-silap, teknik promosi melalui t-shirt pun anda akan dapat belajar 🙂

Tips #5 Jangan sesekali amalkan COPY PASTE

Alah… benda ni nak cakap ulang-ulang pun rasa malas. Tapi kena cakap jugak untuk kebaikkan anda.

Ya.

Anda.

Untuk individu-individu yang memang ada follower sendiri, dah ada pengikut, dah ada tribe, subscriber atau apa sahaja gelaran, mereka lazimnya tak buat kerja-kerja copy paste ni.

Setiap idea yang mereka keluarkan sama ada idea spontan, atau idea yang telah di inovasikan daripada idea lain yang secara kebetulan mereka terlihat dimana-mana.

Adakah anda menyangka, prospek anda akan ikut anda, sedangkan anda hanyalah usahawan copy paste, pirate, FAKE, palsu dan langsung tak ada inisiatif sendiri untuk majukan diri selain MENIRU?

Saya personally, memang akan REJECT leader macam tu.

Daripada aku follow leader yang TAK RETI pakai akal, baik aku cari leader yang ORIGINAL. Dia tak power sangat tak apa, at least dia ASLI dan dari dia saya boleh belajar banyak erti susah payah untuk membina empayar perniagaan yang sebenar-benarnya.

Kaki copy paste?

Sorry la…

Kalau korang dapat sale banyak sekali pun, aku tak respek langsung.

Bagi saya, spesies ni tak lebih dan tak kurang ibarat seorang PENCURI dan PARASIT yang tak ada maruah dan mencuri idea pemasaran orang lain.

Dia tak pernah usaha pun nak fikir sendiri idea pemasaran, apa yang dia tahu, curi je hasil kerja orang lain.

Curi je idea orang lain.

Apa yang anda dapat belajar daripada leader macam ni?

Jangan terkejut, kalau dia cuma akan ajar anda cara nak copy paste je. Itulah ilmu paling hebat yang dia bakal turunkan pada anda. Dia pun tak ada ilmu lain.

Terasa?

Kalau tak buat kerja-kerja copy paste, buat apa nak terasa. Orang yang buat salah je yang akan terasa.

**

Baiklah, 5 tips ini jika anda buat dengan konsisten, In Shaa Allah pasti akan beri hasil kepada kerja-kerja promosi anda.

Syaratnya ialah KONSISTEN.

KONSISTEN ni senang untuk diucapkan dan mudah untuk disebut, tetapi sebenarnya ia amat payah untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi apabila kita terpaksa melalui hari-hari tanpa sales dalam bisnes ni.

Be strong.

Ingat ni,

“Empayar perniagaan yang KUAT dan KUKUH tidak terbina dalam masa 2 – 3 bulan. Beri masa at least 2 – 5 tahun dan In Shaa Allah anda pasti tersenyum apabila melihat hasilnya 5 tahun dari sekarang.” 

 

 

Exit mobile version