Blog Sabree Hussin

Teknik SEO – Tiada Kerisauan, Tidur Lebih Tenang & Aman

Syukur Alhamdulilah.

Kesinambungan bagi artikel saya sebelum ini berjudul, adakah teknik SEO sesuai digunakan untuk mempromosikan bisnes anda, mendapat respons dan maklum balas yang membina dari pembaca dan pelawat blog ini.

Saya juga menerima beberapa soalan menerusi emel, seperti

… saya buat bisnes baju kanak-kanak, boleh ke nak buat marketing pakai SEO?

… saya buat bisnes baju, sesuai tak nak pakai teknik SEO?

… saya ni sebenarnya masih baru dalam perniagaan online ini, awak rasa SEO ini sesuai tak untuk bisnes saya?

Alamak. Kalau tanya saya soalan macam tu, dah tentu saya akan jawab semua jenis perniagaan sesuai untuk dipromosikan menerusi teknik SEO.

Sekarang ni kan zaman IT. Zaman informasi! Hakikatnya ialah, kalau bisnes anda tak dapat dijumpai secara online, bermakna bisnes anda tak wujud.

Saya kongsikan satu komen dari rakan penulis blog, Saudara Anuar. Boleh layari blog beliau, “Coretan Anuar – Perkongsian Informasi Di Alam Cyber

Saudara Anuar merupakan pengusaha bisnes Home Stay. Ok kalau anda minat nak tau dengan lebih lanjut tentang bisnes beliau, boleh baca: Pak Ya Homestay

Bila kita dah SEO kan bisnes kita tu, In Shaa Allah tak perlu buat banner, tak perlu bisnes kad, tak perlu poster dan tak perlu pasang sign board. SEO kan ada…

Saya juga tak terkecuali daripada jadi pengguna teknik pemasaran SEO ini. Walaupun kerja dia banyak, tapi In Shaa Allah, bila kita buat dengan istiqomah, ianya akan beri hasil yang memberangsangkan.

Kuncinya ialah, sabar dan istiqomah.

Salah satu kata kunci sasaran yang saya target. “Pemasaran FB Group

Alhamdulilah, dapat masuk ke page pertama google.

Jadi, lepas ini, setiap kali ada yang ingin maklumat tentang pemasaran di FB Group, besar kemungkinan mereka akan masuk ke laman web saya. Kalau tak beli sekalipun, at least akan ada yang opt in dalam mailing list saya.

Ini salah satu contoh, sebenarnya ada banyak lagi keyword tertentu yang saya target.

In Shaa Allah satu masa nanti, blog saya akan mendominasi laman carian google.

Amiin. Amiin. Amiin.

Betullah, dengan teknik SEO, saya boleh tidur dengan lebih tenang dan aman, tanpa perlu khuatir dan risau terlebih bajet untuk tujuan pengiklanan.

Sebabnya… mana ada kena bayar apa-apa bila guna teknik SEO ni.

 

 

 

Exit mobile version