Blog Sabree Hussin

Senaman untuk perut, peha, pinggul dan bawah lengan

“Apa dia jenis senaman yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan perut yang kempis (kalau boleh nak dapatkan six pack), peha dan pinggul yang sekata dan menjadikan bawah lengan kelihatan lebih seksi?”

 

Ada ke? Dah tentulah jawapannya ADA. Kalau tak ada, buat apalah saya susah payah nak tulis pasal benda ni dalam blog ni… dan untuk pengetahuan para pembaca dan pelawat sekalian, sekarang ni saya agak excited nak kongsikan dengan anda semua tentang sejenis senaman yang anda boleh lakukan hanya dari rumah sahaja.

 

Saya tak pasti, sekarang ni adakah saya seorang yang selalu rasa macam tak ada masa nak bersenam, atau semua orang rasa benda yang sama? Tak kira dalam apa jenis senaman, sama ada untuk dapatkan perut yang lebih kempis, mahupun nak membuang lemak di sekitar pinggul, ia memerlukan senaman yang dilakukan secara konsisten.

Pada masa yang sama, kita juga perlu jaga diet dan pemakanan. Kalau tidak, semuanya akan jadi sia-sia apabila kita dah bersusah-payah lakukan senaman, tiba-tiba kita tak jaga pemakanan. Maka kesannya, mungkin agak sukar untuk kita lihat.

 

Adakah anda jenis yang cepat putus asa jika kaedah senaman yang dilakukan tak menampakkan sebarang hasil? Anda sendiri ada jawapannya. Saya melihat diri saya bukannya jenis yang cepat putus asa, tetapi kalau bila dah selalu buat senaman yang sama, dan kesannya masih tak kelihatan, satu masa nanti saya juga akan putus asa.

 

Rasanya, benda ni normal, kan. Bila kita buat sesuatu, dah tentu kita nak tengok hasilnya dengan seberapa pantas yang boleh. Betul tak? Banyak senaman yang bagus-bagus kita boleh lakukan, kalau kita ada masa nak pergi ke gym. Eh, bila kali terakhir anda ke gym?

 

Dah lama tak pergi? Atau seumur hidup tak pernah jejak kaki langsung ke mana-mana gym nak bersenam disitu?

 

Tak apa. Saya nak share dengan anda satu alat bantuan senaman yang saya percaya ia juga berguna untuk anda. Dengan adanya alat ini, anda boleh lakukan pelbagai jenis senaman (dalam iklan dikatakan boleh buat 40 jenis senaman) hanya dari rumah, dan harganya juga tidaklah semahal mana!

 

Ini dia yang saya maksudkan. Revoflex Extreme Set. Dari nama pun dah nampak mengancam, kan?

 

Inilah dia rupa alat senaman yang saya maksudkan tu. Alat ni memang nampak simple, namun dari segi kegunaan, macam-macam yang alat ni boleh buat. Bahagian-bahagian sasaran, iaitu seperti peha, pinggul, perut, bawah lengan, semua ini adalah bahagian-bahagian yang memang kita sedia maklum, cukup degil untuk dibentuk supaya menjadi lebih menarik.

 

Lagi-lagi kalau di bahagian pinggul. Kalau pakai seluar yang saiznya agak kecil, nampak sangat buruknya, kan? Sebenarnya, tanpa alat ni, kita masih lagi boleh lakukan senaman untuk kecilkan perut dan sebagainya. Cuma, anda mungkin tak akan lakukan senaman tersebut dengan konsisten. Sebabnya? Ia susah.

 

Jom lihat video dibawah untuk lihat bagaimana senaman ini dilakukan.

 

Baiklah, untuk dapatkan Revoflex ni, anda boleh order secara online sahaja disini. Saya ada berikan link untuk anda buat perbandingan harga. Setiap seller menawarkan harga yang berbeza-beza. Pilihlah mana-mana satu yang menepati bajet anda dan jom kita mula work out!

 

Anda juga boleh lihat pada laman web tersebut, produk yang sama juga dihasilkan dengan jenama yang berbeza. Kalau jenama Revoflex nampak agak mahal, anda boleh cuba jenama lain.

 

Produk yang sama, sebab dibuat dikilang yang sama, cuma nama sahaja yang ditukar.

 

Exit mobile version